Kenapa Barang Make-Up Mahal?

Ahad yang lepas saya menghabiskan masa lapang hujung minggu di KLCC selepas menonton persembahan orkestra (entri coming soon). Persinggahan pertama adalah Seph*ra sebab peneman saya nak cari barang make up. Ikut jelah..

Satu yang saya perasan bila melangkah masuk  ke kedai yang menggunakan warna tema hitam putih ini ialah harga barang di situ memang mahal. Pensel (orang perempuan cakap eye-liner, saya panggil pensel je) harga RM30 – RM100, berus rambut pun dalam range yang sama.

Berus ni kalau tak silap harganya RM90. Gila!

Berus ni kalau tak silap harganya RM90. Gila!

Berpuluh jenis bedak yang sama warna, lipstik, maskara dan entah apa-apa lagi. Kepelbagaian barangan make-up ni adalah sama macam kepelbagaian barangan di kedai hardware.

Satu lagi yang saya sedar tentang kedai ini ialah ianya menjadi tempat selamat untuk lelaki lembut menunjukkan sifat feminin mereka yang sebenar. Boleh kata tempat ni adalah tempat kerja yang ideal buat mereka.

Kepada lelaki yang masuk kedai make-up sebab nak tengok awek, hati-hati supaya anda tidak tersilap. Bahaya.. Walaupun kedai make-up penuh dengan awek, anda perlu berhati-hati dengan golongan lelaki yang ingin kelihatan dan bergaya macam awek.

Dari segi perniagaan, bisnes kedai make-up ni adalah sure-win business. Buka outlet berjenama seperti kedai yang saya masuk ni di pusat membeli belah terkemuka dan pemilik kedai tak perlu risau kerana kedai ini akan menjadi mesin cetak duitnya untuk jangkamasa yang panjang.

Semua perempuan ingin kelihatan cantik dan disebabkan Malaysia semakin maju, semakin ramai kaum perempuan akan terdedah dengan penggunaan barangan make-up. Atas sebab ini juga, mereka tak kisah meletakkan harga yang tinggi pada barangan mereka kerana mereka tahu, beauty products sell dan beauty is priceless.

To make up or not? Pada saya terpulang. Walaupun saya adalah Modern Man, saya masih lagi seorang lelaki yang simple. Asalkan tak over make up sudah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

28 Comments