Bila dah habis belajar dan tunggu untuk mendapat kerja atau mungkin berehat sebelum melangkah ke alam pekerjaan, biasanya anak teruna yang bujang akan kembali ke rumah dan tinggal bersama ibu bapa. Ada kelebihan dan kekurangannya kalau tinggal bersama ibu bapa ni.. Mari kita bincang-bincangkan.
Duit sewa rumah dapat dijimatkan
Ikutlah kalau dapat kerja jauh lepas ni, akan mula merantau lagi. Tapi kalau dapat kerja dekat dengan rumah, lagi bagus. Duit yang sepatutnya jadi duit sewa rumah kalau tinggal di tempat lain bolehlah dikumpul untuk masa depan, manalah tau dalam setahun dua lagi nak kahwin ke. Penjimatan kos seperti ini sangatlah dialu-alukan terutamanya di awal kerjaya.
Makan, pakai dan sakit terjaga
Advantage pertama kalau tinggal dengan ibu bapa ialah, makanan confirm terjaga. Pagi-pagi confirm dah ada ibu yang masak di rumah untuk sarapan. Kalau ibu yang bekerja sekalipun, mesti ada punya masak dan tinggalkan lauk. Balik rumah lepas bekerja, dapur dah berasap untuk penyediaan makan malam.
Lagi beruntung kalau pakaian semua diuruskan oleh ibu sendiri. Tau-tau semuanya dah dibasuh dan siap berlipat.
Kurang sesuai untuk bawa rakan ke rumah
Bila tinggal dengan ibu bapa ni, memanglah janggal sikit kalau nak bawak kawan datang rumah. Ye lah, bila bawak, mesti mak kena sediakan makanan apa-apa. Kalau tinggal kat rumah bujang tak payah. Nak lepak pun boleh, kadang-kadang sampai tahap bermalam.
Kawan yang di bawa pun boleh ramai dan bermacam-macam jenis. Ada kawan lelaki yang mungkin mat rempit, mat ganja dan sebagainya dan silap hari kawan perempuan pun dibawa pulang. Memang jadi lainlah kalau bawak kawan perempuan kan.. Lebih-lebih lagi kalau kawan perempuan tu bermalam sekali. hm….
Kena soal siasat kalau keluar malam
Cuba kalau pukul 10 malam keluar. Mesti kena tanya punya nak pergi mana. Ada sedikit kekangan di situ. Macam saya yang dah 5 tahun tinggal sendiri dan pergi balik ke mana-mana ikut suka hati saya pada bila-bila masa, memang terasa lainlah kalau kena tanya.
Kat Moscow tu macam-macam dugaan. Cantik-cantik pulak tu..
Lambat kahwin
Ada anak bujang ni, kalau dah selesa sangat duduk rumah boleh menghilangkan rasa nak kahwin dalam diri dia. Betul beb. Pernah nampak sendiri contoh depan mata. Kalau duduk dalam rumah bujang, bila mengenangkan makan pakai yang tak terjaga dengan sempurna, mesti selalu terbayangkan hidup ada isteri sendiri yang uruskan semua tu.
Bila tinggal dengan parents dan semua yang tadi tu diuruskan, lama-lama jadi dia nanti jadi selesa sangat sampai hilang terus keinginan nak kahwin sebab keperluan asas tadi dah dijaga.
***
Untuk saya yang tak sampai sebulan pun kat rumah ni, dalam kepala dah ada contingency plan atau pelan jangka masa panjang untuk keluar dari rumah ni. Dapat cari apartment/studio apartment ataupun condo untuk tinggal sendiri best gak.
Btw. Beg dari Moscow haritu tak sempat lagi nak unpack. Kenapa? Sebab MALAS. Jadi saya nak buka jawatan kosong (awek sahaja) untuk unpack-kan barang-barang saya. Siapa yang berminat bagi tau la.. heheh.
lambat kawen tu tak kot.. haha..
good points been highlighted. mender2 neh biasanya org bujang yg biasa amek mudah aja. tp, tidak bagi tuan punya blog kan? akak ternanti2 ‘berita’ dari apa2 projek yang awk dah fikirkan itu..chaiyok2, ariff!!
that’s a good point…anak dara pn apa kurangnye…y bgosnye, bley la blaja masak n urus kerja uma tp y x bpe bgosnye smpai 1 tahap tu jd malas pn ade gak… cth mcm sy ni, asyik dok asrama smpai 10 thun, so klu dok uma, mesti akn nk manje2 ngan mak, smpai mkn pn nk mak suapkan… tp tu la kena kuatkn smangt x dok seruma dgn mak supaya xjd mngada2…
keluarlah merantau sekali lagi sahabat.
Entri terbaru Fazreen >> 5 Kereta Sport Baru. Nice Ride!
kalau ada peluang memang nak lagi
hahahaha..nasib baik aku masih stdy lagi…
kalau tak nampak la
Entri terbaru TopiJerami90 >> Gambar Anak Mawi Dan Ekin
hahaha.. orang lelaki patut keluar rumah.. tak patut dok ngan mak bapak.. baru laa leh carik lebih byk wang..
Entri terbaru Jaws >> Senarai Website Groupon Malaysia
so ko bila nak jadi expat? hehe :)
Entri terbaru KNizam >> Anak Aset Ke Syurga atau Neraka – Ceramah Ustaz Don Daniyal – Cukup Mengingsafkan!
tengah berdoa harap dapat. heheh