Kena Tenung Dari Jauh

Reading Time: 2 minutes

6 bulan setelah tragedi pengeboman di dua buat stesen metro di Moscow ni, apa impaknya kepada penduduk kotaraya ibu negara Russia ni?

Seharian aku pergi class, semuanya sekarang dah kembali normal, tak nampak dah polis berlegar-legar dalam stesen metro dengan kerap. Masih ada, cuma bilangannya lebih kecih pada kekerapan yang kurang berbanding beberapa bulan pertama selepas kejadian tersebut berlaku.

Cuma sekarang ni orang Moscow lebih peka pada keadaan sekeliling, tertutamanya orang dewasa, nenek-nenek dan pakcik-pakcik tua yang menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah ni. Bila gerabak kereta api masuk ke dalam terowong bawah tanah, body language diorang nih dah semacam nak pergi perang pun ada.

Dari raut wajah mereka ni, ada yang masih terpapar kegelisahan dan ketakutan dalam diri mereka. Apabila anak asing berambut hitam ni masuk ke dalam gerabak, mesti ada yang pandang dari atas sampai bawah. Memandang dalam diam, dan berfikir sejenak adakah insan di depannya menyembunyikan bom atau senjata api di sebalik jaket yang dipakai. Biasanya kalau pakai smart-smart nampak macam orang terpelajar sikit takdelah kena tenung gila-gila.

Satu benda yang kelakar tentang kegelisahan manusia-manusia ini ialah bila kita tenung orang tu dari jauh. Manusia ni ada semacam deria keenam: kalau orang pandang dan tenung kita dari jauh, mesti kita boleh merasai kehadirannya. Jadi nak buat eksperimen sikit dalam metro ni, kita tenung orang Russia ni dari jauh (kalau tenung orang dekat-dekat confirm kantoi la kan). Reaksi biasa, orang tu akan terasa semacam tak selesa dan mula pandang kiri, kanan, depan, belakang. Selepas beberapa ketika, menoleh lagi sampailah dia sampai ke destinasinya.

Aku sendiri pun pernah merasai benda ni. Aku pernah diekori oleh seseorang, bukan seseorang tapi beberapa orang. Beberapa kali di beberapa tempat yang berbeza. Memang boleh rasa bila ada orang pandang kita dari jauh. Dan kejadian ini diakui sendiri oleh mereka dan kena pada masa dan ketika aku merasai kehadiran itu.

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

36 responses to “Kena Tenung Dari Jauh”

  1. mankuchai Avatar

    Salam,

    Kalau disini bila kita tenung orang lebih-lebih siap kena sound jawabnya :)

  2. NoorAfzan Avatar

    scary juga le kalau rasa cam kena stalk.

  3. mas Avatar

    a common sense.

  4. ReD Avatar

    yup! macam pelik je rasa bila ada org pandang kita dr jauh.. mcm bleh rasa plak..x faham jugak kdg2 dgn dri sdri..mcm mana laaa boleh rasa…huhu

  5. Anwar Osman Avatar

    Polis russia follow buat identity check kut ariff? hehe… nama hang dah ada dlm database dorg. dengan harapan dalam database tu tulis.
    Name: Ariff Shah
    Danger level: Green.

  6. Ckin Kembaq Avatar

    kadang2 rasa cmtu jugak..tau sbb apa?..sbb tudung kot..huhu jalan kat kafe kat ipt,rasa cm artis la pulak..haha sbbnya bila masuk je,byk mata yang memandang..hadoih..nak kata prasan,ntah la..tak kot..sbbnya mmg nmpk dyorg tengok..hmm maybe rasa cm org asing kot…bilangan yg pakai tudng labuh hanya beberapa org,tu yang dyorg plik..haish…

  7. samanosuke_04 Avatar

    sixth sense kot!! hohoho.. aku selalu jer tenung gadis russia dalam metro.. apsal diorang x perasan eh?

    1. KNG6666 Avatar
      KNG6666

      jawapan:pasal jauh sagat….

    2. ariff Avatar
      ariff

      Sebab gadis dah biasa kena tenung tiap2 hari. Jadi diorang xkisah. Pegi try tenung pak cik tua lak.

  8. kng6666 Avatar
    kng6666

    Manusia ni ada semacam deria keenam: kalau orang pandang dan tenung kita dari jauh, mesti kita boleh merasai kehadirannya….
    SAYA SETUJU….

  9. rashid Avatar

    Tenung jauh dengan pandang jauh lain maksudkan…hehe…tapi memang betul kalau orang pandang kita akan rasa pandangan mereka..

  10. mrnamie Avatar

    kalau bab kena pandang tu memang ada betulnye.. hehe

  11. cEro Avatar

    luckily, malaysia tak camtu, kan??
    takut laa bom bom nih….

  12. paeh Avatar

    jangan gayboy yg ikut sudah arip oii. hahaha…

  13. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    tenung atau usya…sma je kan…haha kalau awek yg tenung aku lynkan je..kalau jantan yg tenung ni mmg tak lma dah..ekeke

  14. joegrimjow Avatar

    orang minat la tu
    layan je

    1. ariff Avatar
      ariff

      ish.. bahaya dah orang minat2 sekarang ni..

  15. intankuterpilih Avatar

    kalau org tenung aku, aku tenung dia balik…

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau tak tau sape tenung tu yang susah sket..

  16. L.Y.N.N Avatar

    ariffshah diekori beberapa orang??
    kenapa-kah??
    waaa..bwk duit banyak kah?ahahha

  17. nursarah puteri biru Avatar

    wow, diekori?. ada gay minat ko kowt. ekeke

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh tidak!

  18. syahrilhafiz Avatar

    tenung menenung..
    Awek rusia dia tenung2 ko tak bro?gyahaha…

  19. intanberlian Avatar

    huhu kalau dekat india. orang yang duk tenung pelik kat kau…

  20. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    aura tenung menenung!

  21. blowie Avatar
    blowie

    orang rusia tau muka ko muka penjenayah hijack keter ferrari kat genting :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahaha.. aku rindu kat ferrari tu..

  22. fartvxqhlovate Avatar

    ignore2…bcause we’ll never walk alone. Allah ada skali :)

  23. Lord Zara Avatar

    bila kau dah tenung, kau buat apa pastu?
    gelak senyap2 ke?
    :p

    1. ariff Avatar
      ariff

      gelak senyap2 dah. bosan oh dalam metro lama2. Tu sebab aku menyampah jalan2 sekeliling Moscow nih.

  24. Azah Avatar

    kalau kita tengok orang tu, kita akan hantar gelombang sbnrnya,.. sbb tu org tu rasa sumthing.. hoho…

    1. ariff Avatar
      ariff

      betul ke? wah. tak belajar pun pasal ni

      1. Azah Avatar

        tak tau la betul ke tak… tapi dgr2 kata macam tu la…

  25. meera Avatar

    tak rase takut ke bile dorg pandang semacam?

    1. ariff Avatar
      ariff

      buat bodo sudah..

  26. suffer8zine Avatar

    bahayani bom2 adesss :P