Dukacita untuk dimaklumkan bahawa kesihatan diri aku ni masih pada tahap yang tidak mengizinkan. Dari rasa nak demam minggu lepas, kepada sakit tekak sampai aku nak makan pun susah sangat kepada batuk-batuk yang membuatkan aku rasa macam aku ni orang tua yang menghidap kanser disebabkan zaman mudanya merokok sampai tak ingat dunia. Teruk betul serangan penyakit yang Allah kasi pada aku ni (ya.. aku tau ada orang kena lagi teruk) dan sememangnya aku ni memang banyak buat dosa pun. Aku sedar.
Dalam pada Allah uji aku dengan memberi serangan pelbagai penyakit, aku juga diuji dengan serangan di dunia internet ni jugak. Sejak 2-3 hari ni akaun email aku telah diceroboh, akaun WordPress aku pun sama dan kalau korang perasan ada entri yang telah dipublish kelmarin tapi dah hilang. Terbaru malam tadi akaun Innity dan akaun Paypal aku pula telah dipecah masuk sebab si pengacau boleh masuk ke akaun Gmail aku.
Sebelum korang kasi nasihat standard untuk menukar semua password, security answer dan sebagainya, aku bagitau ni. Aku dah tukar kesemuanya. Tak taulah macam mana dia boleh masuk gak. Adakah Gmail ni tak selamat sampaikan ada orang boleh buat macam ni?
Dalam kes akaun Paypal aku pula, si pengacau ni sempat menggunakan akaun aku untuk beli sesuatu pada harga $12. Aku tak nak reveal macam mana dia boleh dapat reset password aku kat sini sebab aku pun dah cadangkan satu penyelesaian kepada Paypal tentang kelemahan sistem mereka tu. Agak senang sebenarnya nak pecah masuk akaun Paypal orang lain setelah kita tau password email mereka. Ada maklumat yang mudah untuk didapati yang membolehkan password tersebut direset.
Untuk entri yang telah dipublish tanpa izin tu, kalau sesiapa terbaca tak payah percaya langsung la. Aku tak akan bertanggungjawab kalau korang kena tipu atau apa.
Siapa si pengacau tu? Dari entri tu, aku rasa ni kerja orang Melayu kita jugak. Entah la, aku tak tau apa nak jadi dengan orang ni. Bulan puasa macam ni pun nak cari rezeki cara yang tak halal. Bermaruahkah anda? Kepada yang berkenaan, cukuplah buat kerja tak betul ni. Hidup tak berkat dunia akhirat. Walaupun mungkin kau boleh curi apa-apa sekarang ni, tapi fikir-fikirkanlah dari segi jangkamasa panjang nanti macam mana. Hidup susah kalau takde keberkatan ni. Kalau boleh cukuplah mengganggu hidup aku, takde apa sangat pun dalam akaun Paypal tu. Abang harta takde, tapi..
Apa-apa pun aku dah buat apa yang patut untuk selamatkan apa yang boleh dan aku harapkan sangat sokongan & kesabaran daripada korang semua sepanjang tempoh aku diuji ni. Doakanlah si pengacau tu pergi dan berhenti terus daripada mengganggu atau mungkin mencuri daripada orang lain. Semoga dengan doa daripada korang semua di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni dapatlah doa itu dimakbulkan oleh Allah.

biasa lah dah popular mesti ramai dengki hehehe
takdelah popular mana pun..
senasib. gua org tarpow email utk buat acc fb. dem.
takziah yer..
harap bersabar..
takut juga dunua siber ni..
apa lagi saya yang sememangnya zero tentang ni..
sabar sabar. nasib sama daa.
hari tuh, akaun facebook sy ada org ceroboh. ntah apa apa dia update status. grrr~
hi, bersabarla bro, nanti Allah gantikan dengan yang lebih baik
uish..seram jugak ni…banyk2 doa…semoga dilindungi