Dukacita untuk dimaklumkan bahawa kesihatan diri aku ni masih pada tahap yang tidak mengizinkan. Dari rasa nak demam minggu lepas, kepada sakit tekak sampai aku nak makan pun susah sangat kepada batuk-batuk yang membuatkan aku rasa macam aku ni orang tua yang menghidap kanser disebabkan zaman mudanya merokok sampai tak ingat dunia. Teruk betul serangan penyakit yang Allah kasi pada aku ni (ya.. aku tau ada orang kena lagi teruk) dan sememangnya aku ni memang banyak buat dosa pun. Aku sedar.
Dalam pada Allah uji aku dengan memberi serangan pelbagai penyakit, aku juga diuji dengan serangan di dunia internet ni jugak. Sejak 2-3 hari ni akaun email aku telah diceroboh, akaun WordPress aku pun sama dan kalau korang perasan ada entri yang telah dipublish kelmarin tapi dah hilang. Terbaru malam tadi akaun Innity dan akaun Paypal aku pula telah dipecah masuk sebab si pengacau boleh masuk ke akaun Gmail aku.
Sebelum korang kasi nasihat standard untuk menukar semua password, security answer dan sebagainya, aku bagitau ni. Aku dah tukar kesemuanya. Tak taulah macam mana dia boleh masuk gak. Adakah Gmail ni tak selamat sampaikan ada orang boleh buat macam ni?
Dalam kes akaun Paypal aku pula, si pengacau ni sempat menggunakan akaun aku untuk beli sesuatu pada harga $12. Aku tak nak reveal macam mana dia boleh dapat reset password aku kat sini sebab aku pun dah cadangkan satu penyelesaian kepada Paypal tentang kelemahan sistem mereka tu. Agak senang sebenarnya nak pecah masuk akaun Paypal orang lain setelah kita tau password email mereka. Ada maklumat yang mudah untuk didapati yang membolehkan password tersebut direset.
Untuk entri yang telah dipublish tanpa izin tu, kalau sesiapa terbaca tak payah percaya langsung la. Aku tak akan bertanggungjawab kalau korang kena tipu atau apa.
Siapa si pengacau tu? Dari entri tu, aku rasa ni kerja orang Melayu kita jugak. Entah la, aku tak tau apa nak jadi dengan orang ni. Bulan puasa macam ni pun nak cari rezeki cara yang tak halal. Bermaruahkah anda? Kepada yang berkenaan, cukuplah buat kerja tak betul ni. Hidup tak berkat dunia akhirat. Walaupun mungkin kau boleh curi apa-apa sekarang ni, tapi fikir-fikirkanlah dari segi jangkamasa panjang nanti macam mana. Hidup susah kalau takde keberkatan ni. Kalau boleh cukuplah mengganggu hidup aku, takde apa sangat pun dalam akaun Paypal tu. Abang harta takde, tapi..
Apa-apa pun aku dah buat apa yang patut untuk selamatkan apa yang boleh dan aku harapkan sangat sokongan & kesabaran daripada korang semua sepanjang tempoh aku diuji ni. Doakanlah si pengacau tu pergi dan berhenti terus daripada mengganggu atau mungkin mencuri daripada orang lain. Semoga dengan doa daripada korang semua di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni dapatlah doa itu dimakbulkan oleh Allah.
Itulah nilai yg perlu dibayar bila jadi terkenal kerana orang Melayu biasa nya buka semua memang tak senang kalau kawan jadi lebih bagus dari dia. Orang macam ni lebih suka kita jadi lebih buruk dari mereka yg buruk. Inilah ujian untuk terus berjaya.
Alhamdulillah… Bersyukur apabila diuji dengan kesenangan…bersabar apabila diuji dengan kesusahan… Hargailah apa yg sdg dimiliki…jgn tgu sampai segalanya diambil semula olehNYA.. uppsss bukan nak ngajar agama..skdr meluahkan rasa prihatin pd teman blogger….
kesian juga awk yer.. awk kan bru ni masuk paper (femes), mgkin psl tu la ada yg nk ceroboh akaun awk…
errm apa tindakan awk selanjutnya? sy tak reti nak advice apa2 sbb sy pun xmahir sgt internet ni.. kalau ada solution nya. jgn lupa buat entri ya.. boleh tumpang info..
Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan…. salam
Dah tukar sikit2 itu ini, buat email baru. Harap tak kena lagilah.
alhamdulillah… doakan saja org tu akan berubah..semua pun atas izinNYA jua.. sini dah berbuka.. pekena air cendol ngan popiah goreng jerr…
all the best yaa
redha dengan ketentuan…
bahya gak jadik femes nie… ini maknanya.. bila dh femes, security perlu ditingkatkan. walaupun semua akaun aku x kena ceroboh mcm hang ariff.. tapi pc pejabat aku telah digunapakai oleh seorang wanita rakan sepejabat.
al-kisahnya, habis semua apa benda kat pc aku semua diubahnya.. wallpaper gua x kisah. tapi semua favourite kat firefox aku telah ilang(tidakkkkk).. apala punya terlebih bijak security agaknya. aku rasa dia bukak maybank2u.. then mesti nak clear cache ngan history.. ok xdak hal la.. setakat history tu aku boleh surf semula dan semua web boleh access balik.. tp yg p clearkan favourite tu? haiyooo…. benda2 aku bookmark untuk santapan minda aku habis.. nak kena google semula belum tentu jumpa balik. hangin jugak nie.. tapi sabar jela.
nasib blog ariff dah bookmark kat kepala otak as a backup. :P
haha.. thanks sebab bookmark blog ni awal2.
tapi memang ralat gaklah kalau bookmark lain2 hilang. Macam hilang arah tuju kejap dalam internet ni.
salam,
simpati dengan saudara,ada juga org macam ni yer..
doa orang teraniaya dimakbulkan.
aku rasa hosting baru hang ni tak secure / ataupun hang tak set permission yang betul kat directory wwwroot hang (membolehkan orang lain dari hosting yang sama, access file hang).. lepas tu password email hang maybe sama dengan wordpress login mysql dan bla bla..
kalo akulah yang dapat tapau domain hang, aku check password wordpress n mysql dulu.. lepas tu baru check password email sama ka tak.. lepas tu, pacak backdoor agar aku boleh revisit lagi ke domain hang ni walaupun hang dah tukaq password ftp/cpanel/ssh dan bla bla.. aehehehe.. beware.. makesure find file yang baru dicreate atau baru di modified dalam semua subdir..
security gmail and paypal adalah selamat setakat yang aku tau.. my 20sen..
hehehe. bro, macam biasa nnt klu ym, ajar aku. hehe
paypal ade hole? ini sangat bahaya, better saperate email lepas ni :)
bukan hole la, cuma kelemahan. Ada maklumat yang senang didapati untuk orang tu reset passsword, kalau dia dah pecah masuk kat email kita.
sama la nasib kita.. haha
http://www.almuhandisu.com/kembara-scotland/
Entah mcm mana la boleh pecah masuk.. alhamdulillah dah delete awal2 segala jenis ID/password utk akaun2 len…
makan ubat ye bro.. susah gak bulan puasa sakit2 cani =)
Get well soon.. :) isk kedengki betol manusia itu. nak tumpang glemer pon wat la blog sendiri. isk. minci minci. sabar yea. org tuh sure baca punya entri neh. kasi insaf sikit.
this one based on experience, Gmail is insecure..kawan aku hari tue pecah masuk 4 akaun Gmail budak kelas dia..bila aku tanya dia buat macam mana..jawapan dia, “senang jer..”..sebelum tue pun aku dah dengar cerita yang Gmail nie senang kena pecah masuk..
ouh. sian…sabo2.
Susah bila ada orang dengki. Dugaan dunia maya.
Semoga pesalah itu berhenti buat kerja tak berfaedah, dan dihukum.
Dugaan…
Bersabarlah dengan dugaan. Sebab tanpa dugaan, hidup ini akan kosong.
Cepat sembuh,k Arif
mudah-mudahan akaun ariff x dceroboh lagih…amin
Amin.. Harap macam tu la
Salam,
Semoga cepat sembuh.
Doa orang yang teraniaya tu Allah makbulkan cepat aje…tambah2 lagu pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Apa kata Bro doakan dia jadi baik ;)
hehe.. biasalaa.. org femes ada la org dengki..
hmm.. batuk2 ek? ada kuar kahak ke?
sabar la ariff…besa la manusia ni…bila ada yg naik sikit mesti dengki…doakan la pengacau tu diberi hidayah agar dia tak buat benda sama kat org lain
Ni mungkin sebab blog ariffshah ada hantar email lepas setiap kali komen katsni. Ne tau dia ter’follow up comments via e-mail’ yang bg saya agak annoying gak sebab blog ni ramai orang komen, e-mail masuk setiap kali post tu dapat komen, kalau 80 orang komen = 80 emails.
Dari situ dia dapat email ariffshah, cuma tinggal nak teka-teka paswword je. Sebab blog ni guna wordpress.. lagila senang nak hack. Ada baca artikel ni http://tinyurl.com/6ej3wj kata hack wordpress sangat senang. Lagi senang nak hack akaun lain semua kalau semua akaun pun guna email sama tuk blog wordpress.
Sebenarnya boleh pilih nak subscribe ke tak dan rasanya by default bukan auto subscribe. Jadi email tu siapa nak je dapat.
pergh tak taw pon kes ni.. bahaya gak.. kalo leh password tu biarlah panjang dan berkombinasi.. nanti meet aku eh, aku bg ko makan ubat n ko story la… sian ko…
Password aku dah cukup kuat. Orang ni manipulate tempat lain, tak curi password pun rasanya
erk.. agaknya akaun gmail ada lubang dalam code dia kot.. tu yang bole curik data ..
ko kene phishing kot… tak pon ko guna pass yg sama utk akaun2 lain misalannya akaun email ngan akaun forum ke, ads company ke, or ape2 akaun yg admin dia leh taw pass ko.. satu agi maybe ko ada login kat lappy org then depa leh save pass ko.. mana taw kan?
sabar bro.. takpe hari nie hari dia.. ;)
sabo
Bagus nasihat sdr Ariff ni… Kejadian ini ialah satu kesedaran kepada semua
erk? sabar ariff… belum dapat hidayah tu si pencurik tuh..
salam..
yang dah dicuri, anggapla itu bukan rezeki kita atau pun ada la terhutang kat mana2 tu.
doa orang teraniaya ni makbul. janji Allah.
kita semua doakan yang terbaik untuk kamu dan si pencuri. biar dia dpt kesedaran. dan kamu dpt keberkatan dari kesabaran.
sakit pencuci dosa.
dugaan mencuci jiwa.
bulan Ramadhan bulan penyucian.
anggap ni peluang dekatkan diri denganNya.
Salam.
sabar byk2 yer, dugaan bulan puasa kepada blogger femes kan…
takper jgn tensen2, senyum selalu…hepi2 jer…
haih apa nak jadi lah mencuri dibulan puasa ni T_______T
ada software yang boleh trace password..almaklumlah cracker ni bukan ape sangat saje nak test power,paling bagus buat password yg berbeza setiap akaun dan rajinkan update password baru kalau melibatkan akaun penting..guna ASCII code character..hehe =) biar pening software tu nak cari…kalau guna password biasa senang x sampai 1 minit bleh trace….
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini..semoga cepat pulih dan selamat berpuasa =)
aku baru lepas hilang laptop dm3. patah kaki woooo. sekali hilang dgn passport plak tu. lagi la gundah gulana. hehe
Perrgghh.. memang patah kaki. Harap semuanya ok bro!
adehhh..bahaya tu sampai boleh guna duit lagi..
btw,get well soon!