Kembara Petronas #DynamicXperience ke Tanjong Jara, Terengganu

River-crossing di kawasan Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang

River-crossing di kawasan Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang

Saya berpeluang untuk menyertai PETRONAS DynamicXperience yang dianjurkan baru-baru ini untuk menguji sendiri PETRONAS Dynamic Diesel. Kembara kali ini melibatkan 20 kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Lumpur ke Tanjong Jara, Terengganu sejauh 450 km perjalanan sehala.

Ini adalah kali kedua saya menyertai kembara bersama PETRONAS. Kali pertama adalah ketika event Harley Asia Days di mana saya menyertai konvoi Harley Davidson (pecah rekod konvoi terbesar di Asia) dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan singgah di Pulau Pinang sebelum pulang semula. Baca kisah pengembaraan sejauh 1353 km ini.

On the Event day. Kami berkumpul di kafe Rondaevoo @Ativo Sri Damansara seawal jam 8 pagi. Selepas sarapan, sesi taklimat dan fotografi, kami flag-off jam 10 pagi. Sebanyak 9 buah Nissan Navara NP300 terbaru yang diisi PETRONAS Dynamic Diesel bersama-sama perserta lain yang datang dengan kenderaan pacuan empat roda mereka sendiri menyertai konvoi ini.

Bersama partner-in-crime saya, Faizal Fredley

Bersama partner-in-crime saya, Faizal Fredley

Beberapa peserta DynamicXperience sudah mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti konvoi 4×4 ni. Bagi newbie seperti saya, setiap langkah adalah sesuatu yang baru dalam pengembaraan ni lebih-lebih lagi dapat pandu Nissan Navara NP300 brand new, jadi memang sentiasa teruja all the way ke Tanjong Jara.

Petronas_DynamicXperience_68

Petronas Bentong, Lebuhraya Karak

Kami singgah sebentar di PETRONAS Bentong sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang. Teringat balik suatu masa dulu penuh PETRONAS Bentong ni pernah penuh dengan Harley Davidson. Suka memandu di laluan ini sebab udara memang nyaman.

ariffshah-dynamic-diesel

Jadi bangla stesen minyak jap

Perjalanan masuk ke Air Terjun Jerangkang adalah yang paling ditunggu-tunggu sebab kami akan mengharungi laluan off-road. Masa inilah nak tau hebat ke tak kenderaan yang diperkuasakan oleh PETRONAS Dynamic Diesel ni.

Off-road experience. Lagi extreme, lagi seronok

Off-road experience. Lagi extreme, lagi seronok

Sebagai pengguna diesel yang pernah ulang alik pergi kerja setiap hari dengan kenderaan pacuan empat roda sebelum ni, saya sedar satu ciri yang paling ketara masa gunakan PETRONAS Dynamic Diesel ini ialah asap tak banyak atau sangat kurang asap yang dikeluarkan.

Orang ramai mungkin dah terbiasa dengan idea bila sebut je kenderaan diesel, mesti terfikir pasal asap yang keluar warna hitam dan bau asap yang kuat. Dengan PETRONAS Dynamic Diesel, asap hitam ni boleh kata memang kurang atau takde. Formula baru ni menghasilkan pembakaran yang lebih bersih.

Petronas_DynamicXperience_141

Jadi bila pandu kenderaan pacuan empat roda ni macam rempit pun kat dalam hutan, takdelah keluar asap hitam atau bau asap dalam kereta. hehe. Kurang sikit pencemaran kan.

Boleh kata memang saya enjoy perjalanan off-road tu. Partner in-crime saya Faizal Fredley taulah macam mana :p

Petronas_DynamicXperience_161

Kalaulah dapat berendam kejap kat sini..

Kami berehat sebentar di Air Terjun Jerangkang. Ingatkan boleh mandi. Rupa-rupanya tak. Just makan-makan je. Air Terjun Jerangkang ni agak private sebab laluan masuk pun off-road, jadi tak banyak kenderaan yang masuk. Yang tak sayang kereta boleh je sebab masa kami sampai tu, ada sebuah kereta Proton Saga kat situ.

Ok. Satu soalan, apa makanan paling power pernah korang makan kalau berkelah kat air terjun? Kalau saya, dapat nasi ayam bungkus dalam polisterin pun jadilah. Cukup nikmat sebab memang sedia maklum nak masuk kawasan ni agak susah. Kedai pun takde.

Tapi sebaliknya, bila sampai je dan terus tengok apa yang terhidang, memang terkejut sekejap. Diorang serve pasta, salad dengan braised beef kat tengah hutan ni woi! Ada roti dengan smoked salmon siap chicken/beef ham dengan pickel. Mat saleh habis!!

Petronas_DynamicXperience_151

Salad & penne pasta with mushroom

Petronas_DynamicXperience_149

Braised beef & steamed broccoli

Petronas_DynamicXperience_156

Sorry nampak penat sikit. Siap ada coffee, tea and chocolate brownies for dessert

The best part it, tak payah tunggu siap langsung. Datang terus makan. Very well prepared. Double thumbs up to whoever that made this happen.

Lepas makan macam kat hotel walaupun hakikatnya kat dalam hutan, kami bertolak ke Tanjong Jara, tapi sebelum tu sesi off-road sekali lagi XD

Petronas_DynamicXperience_189

Kali ni lagi best sebab dapat redah sungai. Sebenarnya tak susah mana pun. Enjin kenderaan pacuan empat roda yang diperkuasakan dengan PETRONAS Dynamic Diesel tak menghadapi sebarang masalah walaupun ketika enjin ditenggelami air. Sesi meredah sungai berlangsung dengan jayanya.

Walaupun nampak mudah, kenalah tau had kenderaan ini. Tak boleh main redah je. Dalam sungai pun ada batu-batu besar yang perlu dielak, so taklah straight forward sangat.

Selepas keluar dari kawasan hutan, kami meneruskan perjalanan ke Tanjong Jara, Dungun, Terengganu yang terletak kira-kira 200 km lagi dari lokasi air terjun.

tanjong jara

Kami tiba di destinasi iaitu Tanjong Jara Resort. Resort ni memang luas dan terletak betul-betul di tepi pantai. Bilik pengunjung resort ini ditempatkan di dalam istana kayu dan terdapat kira-kira 10 istana di resort ini. Memang klasik. Resort ni agak private jadi yang nak cari destinasi bulan madu tu boleh check out resort ni.

Petronas_DynamicXperience_214

Setelah check-in, semua pun terus masuk ke suite masing-masing sebab penat. Tak sangka pula dapat suite besar sorang satu. Walaupun besar dan best, kadang-kadang seram pulak duduk dalam suite sorang-sorang. Dah lah istana dan bilik saya paling hujung dalam resort.

Sebelah malam diadakan sesi soal jawab bersama fuel expert dari PETRONAS. Dalam sesi ini peserta diberi peluang untuk bertanya sendiri sebarang kemusykilan atau persoalan berkaitan PETRONASDynamic Diesel. Isu viral di social media juga disentuh. Antaranya:

1. Warna minyak berlainan jenama tidak memainkan peranan dalam prestasi enjin. Minyak bukan macam air kopi ya, daripada warna boleh tahu pekat atau tak. Warna minyak dipengaruhi oleh sumber bekalan minyak mentah.

Perbezaan prestasi adalah daripada additive atau bahan tambahan yang berbeza daripada pengeluar.

2. Minyak yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah mematuhi piawaian kebangsaan yang ditetapkan iaitu MS 123. Ini bermakna, kalau bandingkan minyak dari mana-mana pengeluar pun, piawaian ini perlu dipatuhi.

Jadi takde isu berkaitan minyak jenama X lebih bersih/baik kualitinya berbanding jenama Y. Yang lebih memainkan peranan dalam prestasi dan jarak diperolehi oleh minyak adalah kombinasi pelbagai faktor seperti bahan tambah, jenis enjin, cara pemanduan, keadaan jalan dan macam-macam lagi.

Walau bagaimananpun, sebelum apa-apa claim seperti jimat minyak atau pembakaran lebih bersih dibuat, pelbagai ujian dan R&D telah dilakukan untuk memastikan apa yang dikatakan tu tepat dan berasas. Bukan marketing semata-mata ya.

Purata jangkamasa untuk PETRONAS melakukan R&D formula minyak yang baru adalah kira-kira dua tahun dan memakan kos puluhan juta ringgit. This is serious business.

 

Tentang PETRONAS Dynamic Diesel:

petronas iveco

  1. PETRONAS Dynamic Diesel dihasilkan melalui pengalaman mereka sebagai technical partner kepada pasukan PETRONAS DE ROOY IVECO Dakar Team. Hasil kerjasama ini, pasukan Iveco muncul sebagai juara Dakar rally untuk tahun 2016 dan 2012.
  2. PETRONAS Dynamic Diesel memfokuskan kepada perlindungan enjin dengan mengurangkan binaan sisa pembakaran pada bahagian dalaman dan luaran fuel injector. Dengan itu, enjin akan tahan lebih lama dan menghasilkan prestasi yang lebih baik.
  3. Pembakaran yang lebih baik dan pengurangan geseran pada komponen dalam enjin sekaligus memudahkan enjin diesel dihidupkan. Kelebihan ini memang ketara seperti diakui oleh pengguna kenderaan diesel yang menyertai kembara DynamicXperience ini.

Keesokan harinya kami bertolak pada jam 10 pagi selepas sesi fotografi dan sampai ke Kuala Lumpur dekat jam 2 petang.

Secara peribadi dan berbanding dengan pengalaman saya memandu kenderaan diesel sebelum formula baru ini dilancarkan, penggunaan PETRONAS Dynamic Diesel menghasilkan pemanduan yang lebih lancar. Perubahan ini dapat dirasai serta-merta dengan formula baru ini.

Petronas_DynamicXperience_233

Kepada pemilik kenderaan diesel, cuba sendiri PETRONAS Dynamic Diesel ini untuk merasai perbezaannya. Boleh didapati di semua stesen Petronas seluruh negara. Untuk mencari stesen PETRONAS yang ada PETRONAS Dynamic Diesel, layari www.mymesra.com.my/petrol-station-locator.aspx atau muat turun PETRONAS Pitstop App di App Store untuk iOS atau Google Playstore untuk Android. Saya memang guna app ni sebab isi kat PETRONAS boleh kumpul poin dengan kad Mesra.

Terima kasih diucapkan kepada PETRONAS atas jemputan ke kembara DynamicXperience ini. I enjoyed my time. Looking forward to future collaboration with you guys!

+ Petronas Dynamic Diesel
+ Petronas Brands Instagram Facebook & Twitter

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments