Kem Jati Diri

Salah satu perkara dibenci dalam hidup ni adalah kem jati diri. Kenapa?? Kenapa perlu ada benda-benda ni semua?

Dulu zaman sekolah dah puas berkem-kem ni. Masuk kadet tentera, tiap tahun ada kem. Masuk keluar hutan, duduk dalam khemah, berkawad tengah panas… Semua tu dah lalui sampai muak.

Sebelum terbang ke Moscow dulu dah lalui Biro Tatanegara (BTN). 5 hari kot..  Ni dah start kerja takkan nak kena lalui benda sama sekali lagi?

So weekend ni saya akan berada di Kedah untuk melalui kem jati diri selama tiga hari bermula dari hari Jumaat. Penat dan memenatkan.

Kalau tak silap kakitangan kerajaan kena lalui kursus/kem BTN/kem-kem yang sewaktu dengannya sebelum naik pangkat kan? Ke takde dah?


27 thoughts on “Kem Jati Diri

  1. Bro kalau pergi kem BTN.. Selalunya duduk dalam bilik je. Sebab orang BTN terutama orang atas kenal bro sapa dulu he..23x

    Jangan di tanya ek.

    Rasanya masa event dengan Dr. M hari tue kalau Ariff perasan ada orang besar yang bersalam dan bersembang dengan bro.

    Masa nak amik air sembahyang masa solat jumaat dekat PWTC tue pun bro sembang dengan dia. Orang kuat BTN tue tau
    Entri terbaru Bro Framestone >> RedMummy Buat Bro Framestone MerajukMy Profile

  2. Mmm…kem jati diri. Kenalah anggap semua tu macam cuti-cuti Malaysia je. Kalau tak mesti tak semangat punya. Mungkin memang ada sesuatu disebalik tu. Nak basuh ke, sental ke. Tapi untuk peserta ambil je yang positif. Jati diri kita, kalau ia pun tanggungjawab kita sendiri. Tak ada orang lain boleh influence. Our mind, our body and our soul.
    Entri terbaru adillaharun >> PENANGAN USTAZ AZHAR IDRUSMy Profile

  3. ada yang kata kem ni nak basuh supaya sokong BN, kenang jasa pemimpin terdahulu.. tapi saya pergi BTN tak ada plak semua tu, best ja dapat belajar ilmu-ilmu baru walaupun byknya benda yang sama, tapi pengalaman tu tetap tak sama.. :)
    Entri terbaru cmratu >> Sunset di Teluk BayuMy Profile

  4. Tak penah pegi BTN.hmm. Join komander kesatria ketika study dulu, berkawad dan jaga pelajar ko-ku dr part 1 smpi part 6.sehingga kini terbiasa hidup penuh disiplin dan tepati masa dan appointment,mesti smpi 10minutes awal.ada ketikanya,ms kem-kem sebegini,kita akan menemui sesuatu yg sgt berguna dlm kehidupan tanpa kita sedari.

  5. Satu Perkara Yang Saya Tidak Dapat Lupakan Ketika Menghadiri Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah :-

    Ketua Pelatih merungut : “Aku Tidak Termasuk Dalam Qiamullail Ini. Tapi Udah Kamaruzzaman (Budak Part 02 : Masa Tu Saya Part 01) Kejut Aku, Terpaksalah Aku Sembahyang”.
    Entri terbaru Tho Ha >> DAGING PANGGANG CEPAT MASAKMy Profile