Kelengkapan Jet Pejuang

First time aku masuk lab ni dan aku rasa ni kali terakhir dapat masuk bilik ni. Tiap-tiap hari lalu depan bilik tu tapi tak pernah tahu pulak apa ada dalam bilik tu. Masuk-masuk je memang agak terkejut dengan koleksi roket yang ada. Kagum sekejap walaupun pada hakikatnya benda tu semua hanyalah badan roket tu sahaja yang telah dikeluarkan bahan letupan daripadanya dan memang tak boleh berfungsi lagi. Tapi entahlah. Memang sesuatu yang baru, mungkin sebab itu aku teruja lebih sikit.

Sebenarnya dalam universiti aku ada larangan kamera. Bukan boleh main rekod video atau gambar sesuka hati, tapi orang macam tak kisah dah. Masa aku rakam video roket kapal selam tu dulu pun dah kena marah dengan classmate. Nampak macam spy pun ada, itu sebab diorang tak suka. Jadi enjoylah gambar-gambar limited edition ni. Yang paling penting, pergilah universiti mana-mana pun kat dunia ni, memang takkan jumpa macam kat Russia ni. heh.


Video yang sempat aku curi rakam. Sedikit sebanyak sesi pembelajaran kat sini. Lecturer aku tu ada iras-iras Lenin kan?

32 Comments