Kelebihan Refinance Loan Rumah Menggunakan Islamic Loan

refinance rumah islamic

Finally dapat jugak refinance flat kat Shah Alam yang dibeli hujung 2012.

Asalnya guna loan konvensional daripada CIMB. Jadi bila refinance ni saya request untuk pembiayaan Islam. Apa kelebihannya?

1. 100% stamp duty exemption. Jadi tak perlu bayar apa-apa cukai setem. Berdasarkan loan amount RM114,000, cukai setem yang perlu dibayar adalah RM570. Jimat dah kat situ.

2. Interest rate dah tetap untuk Islamic loan. Not sure macam mana tetapnya interest rate ni, ada yang kata bank still boleh ubah.

3. Kalau ada bayaran tertunggak, bayaran ni tak dikenakan caj interest yang bersifat compounding. Yang ni saya tak kisah sangat sebab tak plan nak bayar lambat untuk demi untuk menjaga CCRIS.

Keburukan Islamic loan? Orang kata nak refinance atau top up loan ni susah dan makan kos tinggi. Kena buat perjanjian baru dan sebagainya. Tak kisah sangat pasal ni, asalkan urusniaga tu dah patuh syariah, cukup bagus dah. Boleh kata ni wealth purification lah jugak.

Saya tak plan nak refinance lagi dalam masa terdekat selepas ini. Dapat refinance ni pun sebab dapat beli pada harga murah dulu. Nak refinance sebab nak release FD yang dicagarkan masa nak buat loan dulu. Baru kerja, loan susah approve, jadi terpaksa pledge.

Loan konvensional dengan Islamic ni lebih kurang je. Kelebihan paling besar ialah kita dah tenang sebab urusniaga tu patuh syariah. Kena slow-slow convert apa yang bukan syariah compliant kepada syariah compliant.

Tak tau berapa lama nak kena tunggu sampai dapat excess amount tu. Dan ya, saya dapat 35 year punya financing, bukan 10 years seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Hong Leong OCBC Al-Amin bank. Interest rate dapat 4.45%. Monthly installment lebih kurang RM535.

MRTA/MRTT tak ambil. Ambil terus life insurance. Yang ni nanti saya cerita kemudian kaedahnya bagaimana.

Baca seterusnya Bagaimana Nak Refinance Rumah. Saya terangkan step-by-step bagi terang.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

32 Comments

  • Sha

    26 May, 2014 at 11:41 pm

    Assalammualaikum Tuan..

    saya pn berminat nak tahu perihal Life Insurance instead of MRTA/MLTT.. Bercadang nk mohon re-financing rumah ke Islamic Loan tp mmg dh ada life Insurance Islamic
    mohon share ya tuan. Tq in advance

  • hamid

    8 May, 2014 at 5:09 pm

    Assalam tuan Arif…nak tanya apakah syarat utama untuk layak refinance rumah…sye dah beli rumah rm210k tahun 2010….dan skang harga rumah dah rm350k…mohon pencerahan tuan.

    • Ariff

      8 May, 2014 at 8:51 pm

      Takde syarat apa-apa. Just kelayakan income untuk loan yang bakal dipohon dan komitmen Tuan. Kalau banyak personal loan, hutang kad kredit, macam susah.

      Senang cerita, bila refinance ni requirement dia lebih kurang macam nak apply loan beli rumah je.

      Nanti jangan ambil MRTA. Gantikan dengan life takaful.

  • SAADAH

    18 April, 2014 at 1:51 pm

    Salam tuan,saya baru dalam refinance ke Citibankislamic dari bank yang sama n belum settle process. Macamana caranya jika tak ambik MRTA/MLTT tak ambil. Ambil terus life insurance. ? Loan lama saya sebelum refinancing ambik ATIQA insurance. masih valid ke insurance tersebut?

  • lin lina

    14 April, 2014 at 2:40 pm

    hi Ariff,

    boleh bagi info pasal insurans tu, sy pki ocbc, x wajib mrtt/mltt tapi nak ambil mrtt sebab risau kalau mati hutang tertangguh. kalau insurans tu harap boleh dijelaskan dalam mail. tq

  • Muzammir Zainol

    10 April, 2014 at 4:20 pm

    Salam Ariff,

    saya berminat nak tahu perihal Life Insurance instead of MRTA/MLTT.. saya skrg dlm proses permohonan re-financing rumah ke Islamic Loan, plus menukar Life Insurance saya dari konventional ke Islamic juga..
    mohon share ya tuan.

    ahmad.muzammir@gmail.com

    Jazakallah.

  • asyifa'

    5 April, 2014 at 12:10 am

    1o thun tu utk personal pembiayaan shj.. bukan utk pembiayaan perumahan..ya.. u r rite..bank bukan charity… thats why kita guna term pembiayaan bkn loan..bank membiayai..btw..bank rkyt pn ada offer pembiayaan perumaha.. pembiayaan manzili.. n as u know b.rkyt 100% syariah compliance utk semua pembiayaan kami..no doubt at at all..do contact us for further information..

    • Ariff

      3 April, 2014 at 4:00 pm

      Interest tu bahasa mudah.

      Dalam term loan islamik, benda ni dipanggil keuntungan. Sebab bank adalah sebuah perniagaan dan bukan charity, maka bank perlu buat untung atas modal mereka.

      Itu yang saya faham la. Nak teknikal lagi kena tanya orang bank. Apa yang boleh kita buat, follow je lah recommendation badan syariah bank. At least kita dah berusaha ikut yang betul.

  • Ahmad

    3 April, 2014 at 9:51 am

    salam tuan,saya pon bru lepas refinance ke bank islam dari bank merah n blom settle process.mcm mana elak mrtt n buat life takaful?bleh bagi tunjuk ajar walaupon sya mmg dh proceed mrtt :-( mana tau pda masa depan bleh apply ilmu ni.terima kasih tuan

  • Alias

    2 April, 2014 at 8:43 pm

    Wow.. info menarik. Last week baru survey kt RHB, tp dh implement yg 10yr tu.. Tuan, Hong Leong cwgn mana tu..hehhe

  • nadri cool daddy

    2 April, 2014 at 5:48 pm

    Klu ikut guideline BNM excess amount drp refinancing sepatutnya capped at 10 tahun. Ikut mcm personal loan. Sepatutnya semua bank dah kena comply. Klu dpt longer tenor rezeki tu namanya..

    • Ariff

      2 April, 2014 at 6:25 pm

      Not sure about that. Belum pernah baca lagi guideline tu cuma bank sekarang je tiba2 jadi strict.

      Tapi 35 years tu depends on bank, ada kata depends on amound jugak. Ada yang bagi lagi.

      • asyifa'

        5 April, 2014 at 12:17 am

        bukan psl knape bank jd strict en.ariff..kami kna follow rules BNM.. BNM skrg menetapkn DSR dlm menentukn qualification plggn utk dptkn pembiayaan..bahasa mudah,komitmen seseorg kt luar tntukan brape dia akn dpt.etc dia ada pmbiayaan/loan kt tmpt lain mcm kerete, credit card,rumah.

  • myvitrd

    2 April, 2014 at 4:38 pm

    bagus bro.. plan yg baik ke arahan pinjaman islamic.. aku pun plan lepas abis lock period baru nak refinance.. kalau tak kena byr pulak dekat bank tu 5k saja2..