Skip to Content

Kelebihan Menjadi Anonymous Dalam Berblogging

Dalam dunia blogging ni, ada blogger yang tak reveal identiti diorang yang sebenar. Mereka lebih suka menggunakan nama pena daripada nama dan identiti sendiri. Tak salah bahkan ada kelebihan tersendiri kalau jadi anonymous macam ni. Antaranya ialah:

  • Boleh membincangkan sesuatu topik yang biasanya tidak dibincangkan oleh individu yang berada dalam lingkungan umurnya atau statusnya. Contohnya orang yang belum berkahwin menceritakan perihal kebahagiaan rumah tangga dan kadangkala menyentuh isu-isu berkaitan keintiman dan seksualiti dalam rumah tangga. Cuba kalau aku cerita perkara-perkara macam tu, mesti majoriti tak menghargai atau tak boleh terima apa yang aku cuba sampaikan.
  • Tidak perlu menjaga perhubungan sesama blogger lain. Yes, orang anonymous ni kira macam takde identiti. Dia boleh pilih dengan siapa dia nak berkawan dan dengan siapa untuk tidak berkawan (blogger lain) sebab takde efek sangat ke atasnya melainkan kalau dia cari pasal dan memburukkan orang lain la. Blogger anonymous ni umpama lone ranger, mereka buat apa mereka nak buat (menulis) tanpa perlu memikirkan sensitiviti sesiapa. Dengan ini penulisan mereka tidaklah perlu ditapis sangat dan hasilnya lebih original dan jujur. Kalau ada gathering dia tak pergi pun orang tak kisah.
  • Lebih bebas untuk mengutarakan sesuatu idea yang radikal dan luar daripada budaya masyarakat. Tak perlu memikirkan sensitiviti kaum. Lebih kurang sahaja dengan point pertama, cuma secara ringkasnya blogger yang menggunakan nama pena ni tak terikat dengan apa-apa peraturan yang kadangkala agak merimaskan.

Pada aku seronok jugak kalau jadi anonymous ni terutamanya kalau blogger tersebut jenis yang opinionated/mempunyai pendapat terendiri dalam pelbagai isu. Platform anonymous ni kalau digunakan dengan betul boleh jadikan blog tu popular sebab pendapat luar biasa yang mampu diutarakan oleh blogger tersebut.

Jadi kepada yang berminat nak mula berblogging atau nak cuba buat blog yang lain daripada yang lain boleh try jadi anonymous dan gunakan nama pena. Cuma kebebasan dan 'imuniti' tu janganlah disalahgunakan dengan menulis sesuatu yang memburukkan orang lain, memfitnah, melaga-lagakan orang dan sebagainya. Gunakan kebebasan itu untuk menyampaikan idea kreatif, luar daripada cara berfikir yang biasa.

***

blog.ariff's premium sponsor July 2010:

Denaihati

Related Posts with Thumbnails


45 Responses to “Kelebihan Menjadi Anonymous Dalam Berblogging” Leave a reply ›

Leave a Reply

CommentLuv Enabled