Kejap Untung, Kejap Rugi

Reading Time: < 1 minute

Mula-mula mereka cakap untung. Hebat untungnya, berbillion-billion. Ada kata staf dapat 5 bulan bonus.

tnb-untung

 

Dah tu kalau untung kenapa nak naikkan tarif sebab nak elakkan kerugian?

 

tnb-rugi

Alasan tak munasabah. Kalau rugi macam MAS lepas tu nak naikkan tarif rakyat faham.

Let me guess. Ada certain pembekal tenaga yang supply tenaga kat TNB. Pembekal ni charge tinggi supaya dapat untung tinggi, kalau tak pelabur mereka tak untung. Then TNB turunkan caj tinggi tadi kepada rakyat. Make sense.

Dengan itu, TNB kekal untung. Pembekal tenaga juga untung. Yang rugi? Rakyat yang undi pemimpin yang tak jaga kebajikan rakyat.

Jadi rakyat marhaen kena kerja keras lagi. Work like a dog kalau boleh. Kerja luar Malaysia nanti ada yang kata tak patriotik pulak.

Duduk je kat Malaysia ni diam-diam, hidup dengan gaji yang tak seberapa di samping mengharungi kenaikan kos sara hidup. Cakap banyak-banyak pun tak boleh, nanti orang kata kita tak bersyukur.

Pada masa yang sama, sesetengah pemimpin negara boleh terus jalankan tugas post gambar selfie dengan pemimpin lain di laman social media kerana itu adalah tugas no.1 anda!


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Kejap Untung, Kejap Rugi”

  1. Me Avatar

    Kat youtube ada cara nyalakan lampu kipas cooler laptop + magnet. Bolehla buat lampu meja study :P

  2. brohantu Avatar

    Dah agak semua ni akan berlaku. Macam biasa kita pengguna terpaksa menerima. Bulan lepas bil TNB aku naik sekali ganda dan mencapai RM600 sebulan.
    Masa pilihanraya diaorang tanam tebu, sekarang kutip hasil…

  3. Firdaus Hashim Avatar
    Firdaus Hashim

    http://www.beritasemasa.com.my/sejarah-ipp-di-malaysia

    Pembekal itu adalah IPP dan lebih 50% dalam industri elektrik di malaysia.

  4. hazman aka species1980 Avatar

    Confirm akan jadi modal untuk 2 pilihanraya kecil yang akan datang la pasal isu nie

  5. Nasuha Avatar

    TNB dah “rugi” tu, kena cepat-cepat jimat elektrik :)

  6. Zahrul Avatar

    aku tak nampak apa yang merugikan TNB

  7. Yuzz Avatar

    Untung berbilion tapi masih memerah keringat rakyat..

  8. Ismail N Avatar

    Wah! marah nampak? :D Then again, that’s the point i.e utk kekalkan TNB untung, so tak de sbb utk depa provides poor service. Bab TNB, pembekal air, konsesi jalan mmg agak complicated sikit sbb ia libatkan ‘public interest’. In most cases, agreement tu berat sebelah dan untungkan concessionaire. My boss dulu pemegang konsesi juga and he becomes millionaire dgn mende ni je.

    When I went the meeting, I realised bhw utk baiki hal ni, kita perlukan lebih banyak government servants yg bukan sahaja tidak korup tetapi juga brilliant utk counter argument dgn pihak konsesi.My boss selalu bawa satu army dari opis bila libatkan rundingan yg penting whereas in part of govt agencies, ramai yg tak mahu hadir. So, you know lah why everytime bila ada rundingan, govt is at the losing end.

    As for the menteris, PM or big bosses kat govt depts, mmg diaorg takut bila hal2 pasal public interest jadi masaalah. Imagine if you PM, would you rather bayar over the top (b’cos that what your staff advised you) then hadapi say masaalah bekalan api yg teruk or like what happen in Selangor now – masaalah bekalan air?

    Certain thing mmg tak masuk akal and buat PM and his ppl lokk very stupid. Tapi there are so many other consideration yg dia kena look into and that’s not and an easy thing to do.

    My 5 cents bro. Harap u don’t mind kawe melalut panjang2. And I’m not org gomen or BN gak. Cuma a very concerned citizen.

  9. asha Avatar

    Kadangkala memang nonsense. Lately pemimpin macam tak educated. Suka bagi statement yang sakitkan hati. Rakyat marhein yang tersepit.

  10. Ahmad Ijat Avatar

    Malaysia ni memang banyak berlaku perkara2 yg misteri dan mengelirukan. Hari ni ckp lain, minggu dpn ckp lain. Hmmm

  11. Mohd Isa Avatar

    Aku pun tak faham tang mana ruginya, tang mana nak tampung. Kejap untung, sekejap sahaja sudah rugi. Pening-pening…

  12. akubiomed Avatar

    Mengelirukan. Tang mana yang untung dan tang mana yang rugi. Ada rakan sepejabat kata apa yang TNB buat dengan deposit semasa bukan akaun? Bukankah duit deposit akaun tersebut sudah lama diperam?

  13. danita Avatar

    aduss, lomah tul bab naik2 harga ni, apa lglah lepas ni.kena control penggunaan aircond la camni

  14. takky Avatar

    mohon izin nak share entri nie……

  15. fazrol Avatar

    Bila apa yang dibuat tak ada tentangan macam tue laa…

  16. ejam Avatar

    rakyat semakin kuat “memberontak” selepas ini gara2 tekanan yang datang tak berkesudahan ini….
    jangan labelkan yang bersuara sebagai pembangkang tetapi itulah suara rakyat tak semua benda ada kaitan dengan politik okey..

  17. Khairil Mazri Avatar

    Biorlah labu. Kan mereka tunggu ‘hero kebanggaan Malaysia’ kononnya. Duit rakyat diutamakan.

  18. myvitrd Avatar

    Aku setuju kata bro… sebenarnya satu syarikat besar yg tak perlu aku sebut namanya yg supply bekalan tenaga dkt tnb yg charge mahal.. so setiap kali dia naikkn charge bahan bekalan… tnb terpaksa naikkn juga… atas kelulusan pm.. kalau pm tak lulus takkn naik punya… kenapa pm luluskn.. sbb kalau tnb untung gomen pun senang juga sebab itu salah satu lubuk duit yg boleh di korek kalau gomen yg takda dana… yg buruk nama tnb… yg bekalkn tenaga kepada tnb org tak pertikai pun sbb takda org cerita.. bonus syarikat tu lagi berganda2 dari tnb dpt… itulah nasib sikambing biru…

  19. Myra Jay Avatar

    Geram sebab baru je naik tariff, staf tnb konpem bonus lebat tp masih declare lagi rugi..
    Abis yg untung berbilion tu lebur kemana?
    Terima jela.. huhuuu

  20. BlogMalaya Avatar

    haha, kita hadap je lah. kalau komen terlebih, dihalau duduk negara lain.

  21. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Dia yg nak dtg.kita x panggil.dia yg umum KERAJAAN NAIKKAN. bukan kami yg naikkan.harap maklum

    1. Ariff Avatar

      I see. Jadi betullah tekaan saya. Gov tengah takde duit sekarang, jadi ada je cara diorang nak perah duit daripada rakyat.

      Cuma alasan dia buat orang sakit hati. Tak pasal-pasal cakap menjejaskan pekerja TNB. Kalau saya jadi staf, memang rasa nak mengamuk je.

      1. akak tulip Avatar
        akak tulip

        Awk ada kawan keje tnb kan..ask him. Tang 5 bulan bonus..berani kerat jari xde. Tak faham rumors mcm ni keluar, sbb nk cover cerita kenaikan tariff tu ke dgn mengkambing hitamkan staff. So sad.

  22. Hafiz Rahim Avatar

    Takpe bro..dia buat camni lagi cepat la orang paksa dia turun..aku cuba pikir positif (tangan ke bahu mata ke atas)