Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 7) – Kerana Passport Itu Nyawa

Entri ini adalah kesinambungan Siri 5 Kehidupan di Celah Bandar Moscow – Pergi Buat Passport Baru. Bila dah cerita pasal buat passport kat London kenalah berlagak sikit sebab passport tu istimewa. haha~ Apa yang istimewanya?

Bukan senang beb nak dapat passport dari London camtu. Dalam berjuta-juta orang Malaysia yang ada passport, rasanya tak sampai sejuta pun ada passport Malaysia dari London. haha~ Kerek habis aku ni..  Selama ni aku tak tau pulak boleh buat passport kat High Commission of Malaysia. Kalau tak silap aku, kat New Zealand pun ada High Commission. Beza dia? Entah. Beza dia dengan Embassy biasa boleh buat passport kat High Commission kot. Itu je la yang aku tau.

Cerita pasal passport ni, ada jugak kenalan aku yang pernah kena tahan polis dan tidur dalam lock up sebab takde passport punya pasal. Jangan main-main. Kalau tak silap aku, masa tu dia bukan pergi mana pun, area hostel ni gak. Tapi entah macam mana punya malang, polis tiba-tiba datang nak check passport dia dan masa tu passport pulak kat hostel so kena tahan kat lock up.

Masa kat lock up tu, yelah macam2 orang dia jumpa dan nampak. Paling tak boleh blah, ada satu orang homeless (takde rumah) ni cakap dia lagi sanggup kena tahan polis dan duduk dalam lock up daripada tidur ntah mana-mana kat luar tu. Giler ah.. Memang kesian habis hidup macam tu. Dipendekkan cerita, last-last polis tu call pegawai kat international department universiti aku, pegawai datang and dia dilepaskan.

Banyak lagi cerita kat bumi Russia ni berkaitan passport dan visa. Memang benda ni nyawa. Orang Malaysia biasanya akan tinggalkan passport kat hotel kalau diorang pergi jalan jalan kat negara lain tapi kalau kat sini janganlah sesekali buat macam tu. Memang bahaya. Kalau kena tahan time takde passport tu, macam-macam polis tu boleh buat. Paling ringan, rasuah la dalam 100USD macam tu, boleh la lepas. Kalau nak guna kad kredit atau debit kat sini pun kena tunjuk passport dulu. Sangatlah tak faham kenapa..

Tapi ada jugaklah aku 2-3 kali dalam hidup kat sini tertinggal passport kat hostel. Bila dah tertinggal tu, nak pusing balik amik memang malas. Kalau pusing balik, memang ponteng kelas la jawabnya sebab dah lambat tapi ada gak aku redah je pergi kelas tanpa passport. Setakat ni alhamdulillah tak pernah kena tahan lagi. Memandangkan baru-baru ni bandar Moscow jadi lagi famous sebab trajedi pengeboman tu, maka aku memang tak berani la nak keluar tanpa passport. Jangan cari pasal..

Jadi, ingat! Kalau datang Russia memang kena bawak passport ke hulu dan ke hilir bila nak keluar pergi mana-mana.

Comments

  1. leeya sizznie says

    nothing to say n xde kaitan pon ngan post ni..jus want to say..congrate2..best gak blog ni..hhehe~

  2. says

    leceh gile kene wat pasport..wat je la kad, alien card mcm kt Jpn ni haa..ilang apply balik..passport slamat dok diam2

  3. says

    Saya mempunyai pengalaman kehilangan passport ketika berada di Mesir. Waktu itu dah habis final exam dan kebetulan esoknya jadual penerbangan untuk pulang ke Malaysia. Memang kelam-kabut..! Terpaksa berkejar ke MSD (Malaysian Student Department) dan Kedutaan Malaysia untuk selesaikan masalah. Yang sedih flight terpaksa ditangguh kerana urusan untuk pas perjalanan balik sehala mengambil masa untuk disiapkan. huhu

    • ariff says

      Haha. Sebenarnya gambar tu lebih ok, tapi bila diorang print dalam passport, jadi ntah hape2. Fed up gak

  4. says

    Perghh…teruknyer sistem,selalu kalau pegi trip kat overseas passport aku simpan kat safe box. Hampehh! Bro KGB masih wujud ker kat sana..hehe..KANTOI birthdate tertera..ahakss..siap 12hb April akan wujud transformasi dan berita terkini..hehe..gua nak wish besday in advance happy besday to you bro..
    .-= Cerita terbaru JAI.. DEMAN DENGGI BERDARAH..SAMPAI BILA? =-.

    • ariff says

      Boleh2. Kene further study kat sini ataueropah la camtu.

      Gambar tu gambar lama. Aku rasa dah edit elok2 dah hari tu, ni masa dia print passport tu la jadi lain. Hampeh~

      Alala.. Lupe nak sorok birthdate tu.

    • ariff says

      Kalau hilang memang kena buat baru, tapi kalau time melancong hilang, kena cepat2 pergi embassy Malaysia. Dapatkan surat emergency supaya boleh balik Malaysia.

  5. says

    ya betul! kat sini pun jgn main2 wooo. aku selalu kalau travel mmg passport sentiasa ada. lagi satu bagus kalau ada copy passport sekali ngan kita. sebab kadang2 bila kita bagi kedai buat copy kita x sure dia buat apa ngan passport tuh. so better ada copy siap. pastu kalau kat hotel masa nak bagi copy tuh ko cross kan copy tu tulis “for hotel reservation only” mcm ala sign cheque la. safe sket kan hehe :)
    .-= Cerita terbaru KNizam.. Good Luck to MigDuck (MCKK) Hockey Team – Hockey U-16 North Zone Championship 2010 at Turf Pitch, Sg Petani Kedah =-.

    • ariff says

      Wah. Tak tau lak sampai macam tu sekali. Tapi betullah yang cross tu. Memang kena buat. Bahaya woo benda2 macam ni. Silap2 diorang buat passport palsu daripada segala jenis data tu, naya je..

    • ariff says

      Ha. Tu kena baca entri yang sebelum ni la. Kat embassy tak boleh buat, cuma kat High Commission je. Kat sini paling dekat, High Commission London, so nak buat passport kena hantar permohonan ke sana la