Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 6) – Gejala Skinhead di Russia

Abang Botak Terangkat

oleh Buzarovig


Soundtrack: ACAB – Skinhead Selamanya

Post aku kali ni bertentangkan Abang-abang botak yang suke buat hal di bumi Russia ni.. Abang2 botak ni begitu popular dikalangan foreigners yang tinggal disini. Mereka menggelarkan diri mereka ‘Russian Skinhead Army’. Orang-orang tempatan Russia menggelarkan mereka Hooligans. Aku pulak panggil diorang abang botak sebab kepale diorang botak dan otak diorang pon sebijik macam “abg botak” yang tak nak berfikir menggunakan akal, tewas dek nafsu.. tau nak pukul sana sini je. Bajet hebat sangat la wess.. Ingat ‘keras’ sangat la wehh.. pukul beramai- ramai bole la.. Meh bak datang 1-on-1. Kalo kalah pon takpe janji dua dua rasa sakit kan.. kepada yang tak kenal Skinhead RUSSIA ni, aku terangkan sedikit sebanyak mengenai depa ni okeh.. Meh tengok gambar-gambar Russian Skinhead Army ni..

Diorang ingat diorang ni pejuang nasionalis la kan. Padahal Racist nak mampus! Kalo bole semua orang yang tak same kulit ngan dier, kuning/ coklat/hitam, nak dihapuskan kat bumi Russia ni. Apa bangang nak mampus pemikiran kolot abang2 botak ni… memang abang botak ni bertindak menggunakan nafsu la wehh… Akal campak maner poitt…

Waktu klimaks abang2 botak ni, selalunyer bulan April. Maybe bulan April ni musim mengawan diorang.. Kami yang belajar di sini akan berhati-hati bulan ni… Ader satu hari dalam bulan April ni akan diberikan cuti kepada semua foreigners yang belajar kat sini sebab abang2 botak tengah meraikan hari kelahiran Hitler Nazzi setanurrajim. Tapi sejak dua menjak ni, universiti kami dah tak bagi cuti dah.. sebab kes2 pukul pelajar2 asing dah makin berkurang kat russia ni, mungkin abang2 botak sudah kembali ke pangkal jalan.. memilih jalan yang halal kan. Bagus la macam tuu. Barokah dunia dan akhirat..

Abang2 botak russia ganaz beb.. Siap belajar berperang lagi.. Semangat nasionalis la katekan..

 

Otak dah banyak tahi sangat.. tu yang tak nak berpikir betol ke tak fahaman yang korang bawak tu..

Nak citer ape lagi eh pasal abang botak Russia ni? Cukup la sampai sini ok… takde idea nak tulis sebenarnye.. Otak dok ingat abang botak yang lagi satu jer.. hehe.. nak bersihkan pemikiran jap.. Negeri Sembilan adat pepatih, sekian sama2 kasih.. muahhh~

***

Pertama sekali aku nak kenalkan kat korang Buzarovig, kawan satu batch aku kat Moscow Aviation Institute (MAI) ni. Baru je bulan ni start berblogging. Kalau ada free time pergilah jenguk blog dia. Buzar ni salah seorang otai gym di kalangan budak MAI. Ade six pack woh!!! Awek-awek Melayu hot dan seksi kat luar tu kalau nak nombor telefon Buzar kena selalu masuk blog ni ok! hehe… Nanti aku kasi. Tapi nak mintak direct pun boleh, cuma tak taulah Buzar ni nak bagi ke tak.

Aku pernah terserempak dengan Skinhead ni. Korang ingat tak? Baca [Kau Nak Kena Pukul ke?]

Thanks to Asyraf:

Salam. Dengan segera saya ingin menerangkan. Untuk pengetahuan semua skinhead terdapat beberapa fahaman. Apa yang anda nampak di Russia itu lah Neo-Nazi. Skinhead nationalisme, memperjuangkan white power. Ia berbeza dengan skinhead di Malaysia. Skinhead di Malaysia ialah SHARP (skinhead again racial prejudice) yang sememangnya berbeza sekali fahaman dengan neo-nazi. Skinhead di Malaysia bukan rasis seperti di Eropah sana. Mungkin benar masih ada sebilangn besar anak Melayu yang tidak sedar diri tergolong dalam kumpulan neo-nazi di Malaysia kerana kononya ingin turut menjadi nationalisme tetapi ne0-nazi/rasis bukanlah skinhead yang sebenarnya, mereka cuma puak yang menjadi mangsa politik. Apa yang kami gelar mereka hanya “bonehead”(manusia bodoh, bukan skinhead. Skinhead hanya aktivis rakyat memperjuangkan hak manusia kelas pekerja/bawahan yang sering dipandang remeh oleh rakyat kelas atasan). Itulah apa yg skinhead pejuangkan. Takde skinhead takde lah sambutan hari buruh 1 Mei dan sememangnya neo-nazi itulah musuh skinhead kerana mereka telah memburukkan nama skinhead. Jangan risau. Tak kira apa pun di Malaysia walau berlainan agama bangsa, selagi kita manusia, kita sama. Kita tetap boleh bersatu. Kita tidak akan mengikut budaya hitler yang bodoh yang sering membezakan warna kulit/keturunan/bangsa. Itulah perlakuan paling bodoh kepada mana-mana neo-nazi/bonehead/punk di seluruh dunia. TQ

Sekian.

Nota: Entri atas tu adalah hasil tulisan rakan saya, Buzarovig yang menceritakan tentang Skinhead di Russia dan perasaannya terhadap mereka. Baca dan faham betul-betul. Tak banyak yang boleh diubah daripada penulisan tu sebab itu tulisan dia. Rasanya pada bahagian aku, dah buang mana-mana elemen yang boleh menyebabkan permusuhan dan sakit hati dan aku mohon maaf terhadap kesilapan tersebut. Terima kasih kepada yang meninggalkan komen secara berhemat dan memperbetulkan kesilapan aku tanpa penggunaan kata-kata kesat.

 

Comments

  1. the crow says

    bagi aku pndpat yg mgtakan Malaysia ramai SHARP da slh,nowadays nazi atau Malay power lbh rmai,,,.aku blh dktkn sbgai seorg SHARP dan masih bljr d u temptan.aku mula memakai boot pd thn 99..bg aku,bdak2 nazi di sni ptt dhantar ke russia lah,br diorg tahu knapa kta prlu mghrmati kaum lain….slgi kita dhrmati…
    bab pkl mmkul tu biar la aku jwb,ia brgntung pada dr sndiri sbnrnya….selagi ada otak kt mampu bfkr,sdgkn yg bkn skinhead,pn brgaduh…..lagi satu kepada bdak2 skinhead yg lain tu, zaman skrg xsama dgn dhulu,dsmping mnjdi skinhead,kita prlu blajar….masa depan juga adlh satu prkara pnting….skinhead pun pnting,cheers.

    • ariff says

      Terima kasih atas pendapat saudara. Betul sangat lah tu, kita nak hidup harmoni sesama kaum kat Malaysia ni, golongan macam tu lebih baik dihantar terus ke Russia. Kalau nak tunjuk gangster pun, mungkin terhadap pendatang asing tanpa izin yang semakin banyak sekarang ni. Sekurang-kurangnya sentimen tu lebih berasas daripada nak berperang dengan bangsa Malaysia itu sendiri.

      • the crow says

        jika awak nak tahu itula orang melayu,lagi satu org melayu xnk mngaku kelemahan dri,kalau btul sygkn bgsa sekalipun,majuknla dri bknnya ddk mlepak d tpi jalan dan hnya mmpu mnjerit Malay Power,apa yg mereka cba sbnrnya utk tnjukkan?kebodohan dri atau mahu memalukan bgsa melayu?sama la sprti yg mnyokong mereka,hahahah kadang2 kelakar melihat gelagat mereka yg ingin menjadi nationalist tp time tya psl sejarah negara tah taw tah tdak…aku dkt sni brharap pd kwn2 ku yg dahulu mmbnci glongan ini ttpi skrg mnyokong,igtla,knapa kta dlhrkn ke dnia dgn plbagai warna klit,Tuhan xjadikn msia semua jd melayu saja,,,,dan lagi satu,lmbg swastika itu sndiri lmbg satu agama,baik pkai lmbg agama lain saja…..

  2. sapick says

    alhamdulillah..kita satu malaysia..satu islam..thanx sebab menyedari kesilapan anda..kalau nk g kuching..n nk kaji skinhead d sini..just tell me..aku siap blanje kau mi kolo..:)

    • ariff says

      Biasalah, semua orang buat silap. Yang membezakan mereka adalah samada mereka ni betulkan kesilapan mereka atau tidak. Kuching eh? Tak pernah sampai sana lagi. Insya allah kalau datang nanti aku roger.

  3. says

    Saya sudah baca tulisan anda.
    sedikit ada perasaan aneh,tapi ada pula pertanyaan yg ingin saya ajukan kepada anda.
    anda pelajar bukan?bisa memakai internet bukan?seorang pelajar terdidik akan melakukan pengkajian-penelusuran-penelitian sebelum mengeksposnya ke media publik…tentu untuk menghindari perselisihan seperti disini.
    sudah kah anda menelusuri lebih lanjut tentang skinhead?asal muasalnya?faham hidup-ideologi-way of life nya?jenis2 skinhead yang ada dimuka bumi ini?genre nya? life stylenya?etc?
    jika anda belum menelusuri sampai sejauh itu, sebagai sesama orang terpelajar saya ingin mengingat kan anda agar lebih berhati2 membuat tulisan yang bisa memancing perselisihan ini.

    thanks & cheers!

    P.S : Anda pelajar bijak yang selalu terbuka menerima kritik&saran bila tidak mendelete komen saya yang menurut saya pribadi memakai kata2 yang cukup sopan.thx

    • ariff says

      Terima kasih atas teguran. Entri telah dikemaskini, sila berikan komen kalau ada yang tak kena.

  4. sapick says

    assalamualaikum..saudara ariff..jgn la cakap kiteorg skinhead xde otak..fyi..aku dan kwn2 aku ikut skinhead krana ape?krna fashion dan music..kiteorg amik yg baik dan buang yg xpatut..kiteoeg jage solat..think man..ko org Islam..aku Islam..kwn2 aku Islam..Islam is the way of life..kiteorg minat nk ikut pun salah ke?mmg ko akan ckp baik ikut sunnah dan Quran..tp bro..aku bljr berdikari dari skinhead..persahabtan pun dari skinhead..otai skinhead kat tmpat aku solat 5 waktu bro..ade lagi org terok dr kiteorg..kalau setakat kaji tgok dari jauh baik xpyh..kalau nk tau..lepak same..kiteorg bkn org gile skati nk pukol org..org bagi salam n dudok kat kiteorg..kiteorg jwp salam..smbut tangan kau..please bro..jgnla burokkan kiteorg mcm tu..ko educated..aku pun same amik ipta..please bro..

    • ariff says

      Rasanya dah betulkan mana yang patut. Entri lama nih, masa tu pun aku main bantai tulis. Minta maaf.

  5. asyraf. says

    salam. dengan segera saya ingin menerangkan. utk pengetahuan semua skinhead terdapat beberapa fahaman. apa yg anda nampak di russia itu lah neo-nazi. skinhead nationalisme. memperjuangkan white power. ia berbeza dengan skinhead di malaysia. skinhead di malaysia ialah SHARP (skinhead again racial prejudice) yang sememangnya berbeza sekali fahaman dengan neo-nazi. skinhead di malaysia bukan rasis seperti di eropah sana. mungkin benar masih ada sebilangn besar anak melayu yang tidak sedar diri tergolong dalam kumpulan neo-nazi di malaysia kerana kononya ingin turut menjadi nationalisme. tetapi ne0-nazi/rasis bukanlah skinhead yang sebenarnya, mereka cuma puak yang menjadi mangsa politik. apa yang kami gelar mereka hanya “bonehead”(manusia bodoh. ia bukan skinhead. skinhead hanya aktivis rakyat memperjuang kan hak manusia kelas pekerja/bawahan yang sering dipandang remeh oleh rakyat kelas atasan. itulah apa yg skinhead pejuangkan. takde skinhead takde lah sambutan hari buruh 1 may. dan sememangnya neo-nazi itulah musuh2 skinhead kerana mereka telah memburukan nama skinhead. jangan risau. tak kira apa pun di malaysia walau berlainan agama bangsa, selagi kita manusia, kita sama. kita tetap boleh bersatu. kita tidak akan mengikut budaya hitler yang bodoh yang sering membezakan warna kulit/keturunan/bngsa. itulah perlakuan paling bodoh kepada mana2 neo-nazi/bonehead/punk di seluruh dunia. tq(harap research dahulu ya)

    • ariff says

      Thanks sebab terangkan. Bukan tak buat research, dah buat tapi takde result. Entri ini akan diupdate lepas ni.

  6. aliya says

    emm,,tntg isu ni..aku terigt satu buku ni..tulisan harun yahya..knape ye wujudnya golongan camni..sememangnya sejak dulu lagi..diorg bunuh org sebb merasakan mereka yg terbaik…bengong la diorg ni

    • ariff says

      Ni macam semangat nasionalisme tapi pada tahap yang melampau. Kat Malaysia pulak semangat nasionalisme kita terlalu rendah.

  7. DeadManWalking says

    Bro, aku sokong, mmg skinhead kat malaysia ni boleh dianggap ‘poser’ coz hanya tau ikot orang and film2 eropah pasal skinhead padahal x tau apa perjuangan seorang skinhead…damn…tapi FYI kat Malaysia ni skrg dah kurang coz budaya lain dah sampai, contohnya SHUFFLE-walaupun aku x suka suffle ni-sekurang2kurangnya diorang grouping yang x cari gaduh….cuma fight dancing jer….that’s why skinhead fade out already….hahahaha (i still remember those day – JB riot & KL troopers (Skinhead group from JB and KL).

    • ariff says

      shuffle tu aku tak tau sangat, tapi setakat free dance je kan. OKlah tu, dance2 ni mestilah diorang ikut kreativiti sendiri gak, kurang2 gunalah otak tu sikit daripada skin2 bodoh ni ikut ideologi entah sape2. Menari2 badan pun sihat.

  8. kesian_ariff says

    ariff.. ariff… nama dah baik dah. Cuma post kurang kajian la. Internet dah pandai pakai, blog dah pandai buat. Harap di lain masa, sila buat kajian sebelum post maklumat ye. Sebagai professional, tak elok jika kita post sesuatu yang berlandaskan fikiran dan fahaman kita sahaja. Takpe, wikipedia ada, youtube pun ada (pandai pakai kan?). Kaji lagi ok, semoga berjaya.

    • ariff says

      Skinhead yang korang faham kat Malaysia tak sama dengan Skinhead yang aku faham kat Russia. So, itulah..

  9. says

    takutnye ngan budak2 skin kat russia kan, dah ala2 geng-geng yg kat L.A tu, kerjanya tembak org aje, bayar duit utk perlindungan, dan paksa budak2 join dieorng. dan setiap group ni bangga dengan group masing2. hati2 ye kat sana.

    Tapi akak gelak besar tgk mamat 2 orang dari Malaysia tu, tersengih macam kerang busuk, dierong pun nak celebrate besday Hitler jugak ke, ke sekadar poyo2 dressing tapi tatau ape2..

    Tapi lagu Kebangsaan Russia sedap eyh akak dgr..
    .-= Cerita terbaru farenova.. Blogging dan Alexa =-.

    • ariff says

      YUp. Lagu dia best. Kalau version akustik gitar lagi best..

      Yang budak Malaysia tu kalau diorang sambut gak birthday Hitler dah boleh murtad kot. Entah la..

    • ariff says

      Kesian.. kesian. Nak buat macam mana dah. Kepala otak takde. Diorang ni pikir dengan kepala lutut je. Nilah jadinya..

      • mka says

        actually skinhead kat msia dibawa oleh group A.C.A.B..mrk semua budak2 yg baik..cuma terpengaruh dah lebih..mula2 lagu n dressing..lama2 ikut perlakuan..tp alhamdulillah..ketua dia dah berubah..harap2 budaya ni akan hilang

  10. cj'alhafiz says

    ini budaya mmg tak bagus…..
    ingat masa dedulu kat sekolah…ramai yg nak tiru…
    kononnya style…tapi perangai cam hampeh…
    gaduh sana sini…. cakap mencarut meraban……haishh…..

    • ariff says

      Itulah. Merosakkan minda budak2 sekolah. Konon identity/subculture or apa-apa kebodohan yang sewaktu dengannya. Last-last end up jadi penagih dadah.

  11. zik says

    Skin head budak2 malaysia.. budget otai lah diaorang nie.. ggrr
    .-= Cerita terbaru zik.. Program Earth Hour. =-.

    • cj'alhafiz says

      setuju dengan anda zik…..
      benda karut lagi marut ni sng sgt nak ikot…
      ce suh g smayang kat masjid…mau idak?? kan…

    • ariff says

      Hahaha. Unity. Humans can live in unity, but better humans who live with their brains can live in larger communities and be united.

  12. says

    Skinhead dan Nazi memang ajar perkauman “white power”. Sedihnya, orang kita selalu ikut sesuatu trend secara membuta tuli….. kena hantar gi sana baru tahu tinggi rendah langit.
    .-= Cerita terbaru Dak Wan.. Tips to Disquss! =-.

    • ariff says

      Itulah. Kasi diorang ni jumpa skinhead yang sebenar baru tahu. Ni ikut je macam orang bodoh.. susah la camtu

  13. iyllienaz says

    haha..ada syle lah mereka..sbb tu smua ganas2 belaka..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. anak disisihkan kerana warna kulit yang berbeza?? =-.

  14. maisyara says

    tadi baru jumpe blog buzar tu kt GB. ada kawan dia post entry pasal dia. lupa pula sapa name yea.. hehehe. awek2 bergambar dgn dia so sexy yoo.. xD

    *abg sedara mai dulu ada join dgn kumpulan skinhead zaman 90an dulu la. sekarang dah pencen. but, still pakai baju skinhead. xD
    .-= Cerita terbaru maisyara.. ada setengah lelaki lebih cantik daripada perempuan. Jangan jealous! xD =-.

  15. SyimaSyaz says

    ye abang botak…eh silap
    hehehe…saya dulu penah ikut budak2 skin ni masa tahun 1998..form 4.bkn join jadi skingirl..tidak la.saya masih waras… lagpun nyampah dgn diorang ni.skit2 pukul. pukul kalau dgn tgn je takpe…ni main tendang2 guna boot.salah skit kene…pasal salah sebesar lubang idung saya pun kene pukul gaks…
    btl! org melayu muda2 skrg ni penat nak pikir lah perangai diorang ni.. skrg emo2 laks.kalau cun melecun takpe, cam tak mandi setahun je tgk… masalahnye nak ikut pn kalau ikut ke arah kebaikan takpe, yg buruk2 tu suka di ikutnye. tgk kat BB tu, bersepah budak2 masam emo. cuba tanya PMR dgn SPM dapat berapa? 1 org kot dari ber-ratus2 tuh yang dpt result gempak…
    Itu lah muda-muda skrg… eh kite ckp pasal skinhead kan… bkn emo kan??hehehehe

    • ariff says

      Tak tak, tak emo pun. Kalau emo sikit pun xpe.

      Itulah. Kecoh je main pukul ramai2. Takde teloq! Kasi one on one la. Baru jantan. Selalu yang join geng ramai-ramai ni kebanyakan kecut telur, otak tadak.

Trackbacks

  1. Gejala Skinhead di Russia | blog.ariff…

    Post aku kali ni bertentangkan Abang-abang botak yang suke buat hal di bumi Russia ni.. Abang2 botak ni begitu popular dikalangan foreigners yang tinggal disini. Mereka menggelarkan diri mereka ‘Russian Skinhead Army’. Orang-orang tempatan Russia mengg…