Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 4) – Main Snowboard Sampai Tak Ingat Dunia

Kalau kat Malaysia ada satu kan best :D

Hari ni aku pergi main snowboard kat indoor snowboarding compleks berdekatan dengan tempat aku. Aku tak pernah tahu pun ada tempat ni, dahla murah, besar dan boleh main snowboard sepanjang tahun! I loike!! Habis la duit aku lepas ni asyik main snowboard je. Aku ni takdelah hebat sangat main snowboard ni, baru nak belajar. Kat Malaysia pun tak reti langsung main skateboard. Tapi kalau snowboard jatuh 1000 kali pun tak luka, itu yang best.

Main kat situ bayar 1900 rubles (RM215), boleh main sampai mati/patah kaki, tangan dan sebagainya/complex tu tutup (12 malam)/dah habis 30 round naik lif dia sampai atas. Tadi aku tak sempat pun sampai 30 sebab aku takut mati/patah kaki dsb. Dah tak terkira berapa banyak kali aku jatuh. Yelah, main sambil belajar kan.. macam tu la. Jadi aku terpaksa stop, karang tak pasal-pasal nak jalan kaki pergi tempat bas pun tak boleh. Dahla aku pergi sorang.

Memang terbaik!

Kompleks tu memang bagus la. 10 kali lagi bagus daripada Sunway Lagoon Resort dari segi kemudahan. F**k Sunway Lagoon Theme Park, management macam ^&%* nak buat duit. Orang Russia ni pun takde bangsat sangat. Locker room dia besar dan bersih. Nak sembahyang dalam tu pun boleh. Aku rasa setiap setengah jam kot cleaner datang. Locker pun memang dia kasi free guna, sampai 10juta kali guna pun takde hal. Kalo kat Sunway Lagoon locker tu sekali guna je RM5, one time entry.

Staff Russian kat sini pun semua bagus-bagus. Receptionist front desk memang cun dan mesra ^^ Mamat Russian yang uruskan equipment tu pun memang helpful. Aku macam terlupa kejap aku kat Russia (tapi bila dah speaking Russian sedar le balik kan). Yang bagusnya, datang sini kalau nak main lepas habis kelas pun boleh. Equipment ngan suit semua lengkap dalam pakej 1900 rubles tu. Berbaloi-baloi. Sebelum ni aku main kat tempat lain, mahal macam celake. Bayar pun ikut jam. Tadi aku main 6 jam, lagi murah daripada time aku main kat tempat lain dulu untuk 2 jam.

Konon-konon bajet cool la, layan album Shaun White Snowboarding.
Jatuh tergolek-golek terus lupa pasal nak dengar lagu.

Jadi sampai-sampai tu excitedlah aku. Ingat sebelum ni nak stop dah main snowboard tapi bila dengar tempat ni murah terus je pergi. Banyak family Russian bawak anak-anak main ski. Ski senang je, boleh guna tangan, ceh~ Tak mencabar. Orang yang main ski ni semua takut jatuh. wahaha~ Kutuk baik punya.

Ni kat atas lif yang duduk.

Serius tinggi! Kadang-kadang ada rasa nak lompat gak. Patutla orang cakap kalau gayat jangan pandang bawah

Ada time aku nak naiklah lif yang ada palang bentuk T tu. Dah bosan dengan yang duduk punya, lepas tu leceh sebab kena cabut snowboard. Kalau naik yang lagi satu ni, sangkut je palang tu kat celah kangkang ke, bawah bontot ke, nanti kabel tu heret naik atas. Jadi aku yang memang sah-sah orang Melayu yang tak pernah naik benda alah tu confirm jatuh punyalah masa first try. Benda tu heret aku kejap, tak sampai lima saat jatuh. Malu siot awek lalu lalang.

Bila dah konfiden naik ni, memang best!

Nasib baik masa tu ada pak cik jaga lif yang memang bagus, dia ajar aku sampai pandai. Kali kedua, ketiga masih jatuh. Kali keepat tu aku dah nak putus asa dah, aku signal pakcik tu nak pergi naik lif yang duduk punya. Dia tak kasi, suruh try lagi sekali. Last-last baru dapat. Sebenarnya senang aje, kena bersandar, kasi seluruh berat badan ni jatuh kat kaki yang di belakang. Tapi lenguh gakla sebab aku letak palang tu celah kangkang. So aku naik benda alah tu dua tiga kali je. Tak tahan beb~ silap-silap kengkang pulak nanti.

Jadi bermainlah aku dan jatuh beribu kali. Everytime aku jatuh tersungkur or terlentang yang betul-betul teruk, aku pergi stop kejap kat tepi. Bahaya kot, mana tau ada internal organ failure ke. Dah bajet ok baru lenjan main balik. Main snowboard ni kena tau jatuh macam mana, mesti sentiasa jaga tangan supaya kalau jatuh, jangan landing rangan dulu. Seboleh-bolehnya biar badan jatuh dulu dan terima hakikat yang ko ni memang hampeh tak reti main snowboard. Relax ah. Yang pro-pro pun jatuh gak.

Jatuh tersungkur. Nampak macam aku, tapi bukan aku.

Ada jugak aku nampak couple Russian ni main snowboard sama-sama. Macam biasa si awek mesti tak reti punya, baru nak belajar. Jadi awek tu pun banyak kali la jatuh, yang boifren dia pulak boleh relax je main lagi tinggalkan awek tu. Kesian pulak aku tengok minah tu tergolek-golek sorang-sorang. Aku pun buat la tergolek-golek dekat dengan dia (padahal memang tergolek betul pun). Aku rasa orang Russia ni cara diorang mengajar memang praktikal sangat la, takde nak berlembut or apa. Jatuh bangun balik, jangan nak mengada. Kalau macam awek Melayu, aku rasa mesti dia dah emo da kalau boifren dia buat camtu. Lepas tu merajuk, lepas tu nangis, lepas tu nak balik. Ah, sudah.. Nasib baik aku tak berminat cari awek Melayu kat sini, nak yang ada kat Malaysia jugak~

Ish. Panjang giler ni. Baik aku stop dulu. Confirm ramai baca tak habis or skip sana sini. Walaupun badan penat, otak aku still jalan laju je nak tulis entri ni.

Ariff Shah: Okeh~ Lepas ni nak tido. Cuba kasi komen banyak-banyak sikit.. Kurang-kurang aku bangun esok semangat sikit nak reply komen.

49 Comments