Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Dato’ Seri: Ali, kamu dah shopping ke belum untuk raya?
Ali: Belum sempat la Dato’ Seri.
Dato’ Seri: haa.. elok cepat sikit. Nak dekat raya nanti lagi susah. Nasib baik saya dah selesaikan kat Dubai hari tu..
Ali: Minggu lepas orang rumah saya nak shopping kain untuk buat baju raya. Katanya harga kain sekarang dah mahal Dato’ Seri, lagi-lagi kat kedai kain besar yang baru buka tu..

Dato’ Seri: Betul ke? Kalau macam tu nanti saya cadangkan kat boss saya. Dia pun tengah cari idea nak kembangkan brand dia..

Dan hasilnya…

Kedai Kain 1Malaysia

*****

Kain? Kain ni keperluan hidup ke? Pada saya kedai ni samada wujud ataupun tidak tak akan memberi impak kepada kesejahteraan hidup rakyat. Everything will still the same.

Saya rasa PM kita ni dah takde idea, atau think-tank dia dah ketandusan idea. Mungkin dah sampai masa untuk dia berundur. Nak PM lain. Tak kisahlah daripada parti mana sekalipun. Terus terang, saya dah muak dan rasa nak muntah tengok branding dia di sana sini. Kalau kasi lagi satu term, entah apa lagi yang dia tempek branding dia tu.

What do you think? Adakah branding dia ni dah melampau sangat? Atau adakah branding nya ini telah banyak membantu anda?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

65 Comments

  • Ekspresi Ruang

    1 August, 2012 at 1:22 am

    branding yg sgt melampau2 dan muak.
    buat malu kt org luar je.
    tp nk buat cmne, smo projek yg di’1malaysia’kan ni lah yg bg pulangan bsr2 pada kroni2 utk dpt balik dana masuk ke dlm parti.

  • shahril

    28 July, 2012 at 10:46 am

    wah isu panas ni ariff. kat opis saya pon ramai pertikaikan, termasuklah slogan hari kemerdekaan kita. anak muda kini sudah bangkit. Maybe PM boleh beri laluan untuk pemimpin yang betul2 bersih dan menjaga kepentingan rakyat lebih dari diri sendiri untuk mentadbir M’sia yg kita sayangi ni.

  • Hafizul

    27 July, 2012 at 12:19 pm

    Emm tak tau nk kata mcm mn..sebab tak pernah lagi pergi kedai kain 1 malaysia ni..kedai runcit 1malaysia pun tak pernah jejak kaki lagi…duduk main borong kat mydin jer..haha

  • khairil

    27 July, 2012 at 4:12 am

    meh.dah muak sebenarnya dengan branding 1malaysia ni.memang bagus kalau nak buat kedai khas untuk keperluan rakyat tapi rasanya ni lebih kepada politik.lepas ni entah apa kedai 1M yang lagi muncul.

  • myvitrd

    26 July, 2012 at 11:50 pm

    Hot isu.. nak menyelit juga… hehehe.. serius aku pun dah muak dengan jenama ni.. sebab hari2 dihidangkan dimedia masa.. bila kata ada agenda politik orang marah.. tapi cuba tengok betul2 kenapa baru2 ni je sebuk sangat pasal jenama tu.. apa pun kita tunggu lepas PRU.. kalau PM menang lagi adakah dia seagresif mcm sekarang ni.. atau tunggu lagi setahun nak PRU baru sebuk lagi.. emmm masing2lahkan.. apa pun masing2 ada pendapatkan.

  • Akak Tulip

    26 July, 2012 at 11:43 pm

    klu buka kedai kain tgh2 bandar besar, sampai gajah terbang la macik2 susah kat pendalam tu tak mai beli pun.duit tambang pun dah boleh buat makan 2-3 hari…bukan le kata kain ni tak perlu tapi kan dr buat kedai kain..baik le buat bas 1 malaysia ke.ramai jek student2 naik bas.budak u pun ramai,(teringat bas tmbg flat rate kat penang zaman stadi sana thn 2001..ada lagi ke???) .tapi klu pacik kedai ni dh nk sgt buh nama kedai dia 1 malaysia..apa leh buat.jgn nama je 1 malaysia.harga sama, kualiti tak de. dan, pernah 1 hari saya outstation ke muar, on the way back, lalu bukit pasir ( if not mistake) ada kedai runcit 1 malaysia. tapi tgk byk yg singgah, humangai..kete tu leh beli myvi saya 2-3 bijik…hehheheh..just my 2cents….jgn le sekali je ariff ckp tukar pm, penyokong gomen terus sentap..tukar pm bukan mesti tukar kerajaan….untuk kami yg keje di company ada kaitan dgn gomen ni, masa org dok rasa bonus itu ini, benefit itu ini, kami dpt bonus pun leh byr myvi saya jek..tu pun smpi keluar kat blog2 arus kiri (hahahha) kami mkn duit haram…ishhhh…jgn taksub..ariff menyuarakan pendpt je…blog dia..suka ati dia la..

      • Akak Tulip

        28 July, 2012 at 11:53 pm

        hahahha..rapid penang ka la ni pgl? dulu2 hat bas pendek2 cam bas mini wilayah.sekali pacik drebar swing..ke kiri ke kanan..buat la lagu tu kat johor ni ha. dlm dunia ni bukan semua benda kita nk nilai dgn duit tapi hidup sekarang mmg perlukan duit..di sebabkan saya johorean sejati, mmg saya sokong kerajaan sekarang..benda dlm hati payah nk kikis ..tapi buat la sesuatu yg menguntungkan rakyat..bukan utk nama saja…mereka ada team tuk kaji keperluan rakyat..mereka patut tau apa yg perlu dan tak perlu…setiap yg keluar dr mulut PM , dtg dr cadangan + idea + sokongan dr team dia..takkan la team dia suggest kedai kain kot..byk lagi benda lain…….

  • joev

    26 July, 2012 at 10:35 pm

    haha 1 malaysia..serius aku dah menyampah dengar, lepas ni kedai kain lain xleh cri makan la..orang bisnes msti mau untung..klau mahu tolong kasi turun minyak la

  • xenia

    26 July, 2012 at 8:18 pm

    hehehehe… macam2.. semua org ada pandangan masing2..tp rasanya kita kenalah teliti dari pelbagai segi. ekonomi,politik, sosial,rohani..psikologi.. minda rakyat makin celik. apapon sbg manusia kita tetap harus bersyukur dengan nikmat yg dipinjamkan. :-)

  • ReM

    26 July, 2012 at 1:48 pm

    Saya tak nampak branding yang saya nampak ada peluang untuk orang ramai mendapatkan pilihan terbaru untuk mendapatkan kain pada harga murah. Syukur sangat-sangat.
    Tepuk dada tanya selera. Nak ambil yang kedai lain silakan.

  • xenia

    26 July, 2012 at 12:07 pm

    hari2 bukak tv ada iklan brand 1malaysia. itu yang dikatakan naik muak!hahahaha. kat tpt saya ramai org susah. x nak bukak kedai 1malaysia ke?

  • keretahitam

    26 July, 2012 at 10:06 am

    mungkin bagi orang yang senang macam saudara dah muak dengar mungkin dah terlebih mampu. Ia nya di buat berdasarkan keperluan rakyat yang lebih memerlukan atau kata lain mereka yang susah. Tak kisahlah pasal jenama tu yang penting pengisian dari jenama tapi kalu jenama levis ke, luis vitton ke,atau google ke tak muak pulak dengar.
    Kalau muak jangan duduk kat Malaysia ini..itulah mungkin saudara orang senang pergi balik rusia duduk sana. Tolong lihat pada pengisiannya bukan jenamanya.

    • Ariff

      26 July, 2012 at 12:36 pm

      Nak cakap terlebih mampu sampai apa yang saudara gambarkan tu takdelah. Saya ni orang biasa je. Cuma saya nampak benda ni lebih kepada agenda politik daripada nak bantu rakyat.

      Cuba bagitau sikit. Kalau takde kain murah rakyat miskin hidup lagi susah ke? Tak kan? Kain ni bukan keperluan hidup pun. Takde motif dia buat projek ni. Lagi baik salurkan duit tu terus kepada golongan yang memerlukan. Tak gitu?

      • Pijar

        26 July, 2012 at 12:47 pm

        saya kurang setuju dgn pendapat saudara. Kain/pakaian juga salah satu keperluan hidup kita. Dgn adanya KKR1M ni, org susah da miskin terutamanya boleh buat persiapan utk hari raya akan dtg.. Bukankah itu salah satu cara untuk bantu golongn sasaran?? Pada saya, xkesah la brand apa pun, janji boleh bantu keluarga miskin. Mungkin org yg muak dgn jenama 1M ni org yg benci pada PM najib. So, xhairan la bila PM umum nak bagi bonus 1/2 bulan kat kakitangan awam, ‘golongan sebelah sana’ macam kepanasan dan lemparkan fitnah.. Kata nya itu agenda politik juga..hurm… kan bagus kalau ucap Alhamdulillah

        • keretahitam

          26 July, 2012 at 1:42 pm

          Saya sokong pijar.Thanks a lot. Alhamdullillah ada juga pemimpin yang ingin bantu golongan sasaran yang dimaksudkan.
          Maaf saudara ariff jika bahasa saya agak over.Saya sokong jika saudara kata bantuan terus diberi kepada yang perlu.Tapi ada yang tidak kemampuan langsung nak pergi ke JKM, untuk daftar pun takde kenderaan hanya harapkan bantuan orang sahaja. Saya lihat dengan mata saya sendiri, seorang pakcik tua bertongkat terhenjut-henjut keluar dari JKM selepas terima bantuan BR1M untuk pergi ke bus stop,saya tegur, pakcik!anak takde ke?Jawap pakcik tu, kalau harapkan anak aku datang sama tak merasalah aku duit najib bagi ini. Lihat sampai sekali macam tu senario masyarakat. kita zaman ini. Cuma bab kain tu sebenarnya golongan pertengahan lah yang untung, dapat beli dengan harga murah,kalau berkemampuan beli apa salahnya orang miskin nak beli.Tak salah.Saya pun ada kawan dari orang yang tak suka PM, dia kata apa RM 500 aje, tak reti kira ke?Bagi RM 2,000 ke atau 3,000 baru lah bantu rakyat. Maksudnya tak cukuplah RM 500 tu…Kalau ikutkan masyarakat kita ni semuanya tak cukup..Cuma komen ikhlas je.Harap admin tak banned saya di blog ini. TQ

  • ayyu

    26 July, 2012 at 6:51 am

    ada kebaikannya.contoh org susah dapat beli kain utk buat baju sekolah anak.buat baju raya anak. kalau baju raya bukan keperluan tp kalau baju sekolah ya. tmbah2 budak sekolah rendah. slalu kena beli baru sebab dorg tak pndai nak jaga baju. asyik koyak.

  • Izwanyusof

    25 July, 2012 at 3:59 pm

    kadang2 semakin annoying. serius. tak bercambah minda plak rasa. kalau nak target kain musim perayaan, tak perlu buat kedai rasa. kain2 ni bukan long term punya investment.
    we want leader like tun dr. mahathir. love his way of leadership.

  • budak felda

    25 July, 2012 at 3:05 pm

    hanya ada brand tapi kualiti adakah terbaik, silap2 hari bulan bukan saja kain malah semua keperluan dalam malasysia ni akan berjenama 1malaysia, so di mana jenama anak-anak malaysia yang lain. adakah ini cara membantu menaikkan pengeluar dan peniaga bangsa kita ?

  • aYaz

    25 July, 2012 at 11:22 am

    haih.. segala benda, produk, servis bagai nak ada 1M.. siapalah agaknya yg dapat laba berkali2 ganda dr ‘branding’ 1M ni.. =.=’

  • hafiz

    25 July, 2012 at 11:14 am

    habis sume nak 1Malaysia..seluar dalam pun 1Malaysia jugak..seriously, ada part aku sokong, ada part yang aku meluat jugak dengan kerajaan

  • halif

    25 July, 2012 at 10:55 am

    Branding tu kan penting bak kata bro Denaihati. Sekarang kerajaan ada advantage (upper hand) dari yang lain. Asalkan ada kebaikan pada rakyat kira aku ok je. Sukar nak puaskan semua org. n nobody perfect including us. Mula-mula xsuka, lama-lama ok kot.

  • Ain

    25 July, 2012 at 10:51 am

    Utk kebaikan tu ade jugak kan , nnti senang la , nk beli brg2 , malaysia kan sume nk barang yang murah2… I wonder la , ariff ni , you da mcm politic blogger plak .. hahahha.. da terhasut aura PRU ekkkkk….

    • Ariff

      25 July, 2012 at 10:54 am

      Not really. Benda ni lebih kepada national issue than politics walaupun ianya berkait rapat. Itulah, dah dekat pilihanraya ni, kempen diorang pun makin menjadi-jadi. So kena voice out

    • Ariff

      25 July, 2012 at 10:54 am

      Not really. Benda ni lebih kepada national issue than politics walaupun ianya berkait rapat. Itulah, dah dekat pilihanraya ni, kempen diorang pun makin menjadi-jadi. So kena voice out

  • fina fento

    25 July, 2012 at 9:57 am

    Yay. Sokong sokong sokong. Telefon bimbit 1Malaysia DS Najib taknak keluarkan ke? Memandangkan tahun depan budak – budak dah boleh bawak hp gi sekolah. Seluar sukan dah ada cop 1Malaysia dah. Hihi.

  • kak suzi

    25 July, 2012 at 9:09 am

    salam ariff, remeber me, kita jumpa kat kkiad GA rebung, wow..u r very brave, love it, totally agree with u, benda kecik kecik yang nak digembur gembur , isu pokok buat x tahu je..alahaiii….Ramadhan kareem to u :)

  • Azah

    25 July, 2012 at 1:32 am

    satu je yg aku suka dalam byk2 dia duk kempen branding dia, yg kupon buku. yg lain2 aku x tau la… x de membantu langsung kot.

  • MahyuddinMAA

    25 July, 2012 at 1:24 am

    Saya sokong PM yang ada nilai islam dalam dirinya. Kalau tak faham agama pun, dia sanggup untuk jadikan ulama’ sebagai panduan dan tak bantah hukum Allah seperti yang dinasihatkan oleh ulama’. Sekarang banyak yang ulama’ dah jadi ular dalam semak ikut telunjuk pemimpin wlopon tak betul.”ULAMAK PEWARIS NABI”