Keburukan Hotlinking Gambar Dari Laman Web Lain

Disebabkan Geng Blogger tengah down sekarang, banyak blog yang aku masuk memaparkan authentication request box seperti ini:

Macam mana perkara ni boleh berlaku? Sebab blogger tu hotlink je terus banner dari Geng Blogger untuk diletakkan di blog mereka. Jadi bila site Geng Blogger down, image akan hilang dan akan keluar authentication request box seperti itu. Tak perlulah dibincangkan sebab kenapa mereka hotlink ni, cuma aku bagi tau kalau nak blog takde gangguan daripada masalah luar macam ni, eloklah segala jenis image kita upload sendiri. Lagipun free je nak upload, kat Blogger.com tu sendiri boleh. Even ada blogger yang dah ada hosting sendiri pun boleh tahan nak upload gambar kat server Blogger.com semata-mata nak jimat bandwidth.

Kepada blogger yang ada hosting sendiri (pengguna WordPress sahaja) dan nak jimat bandwidth dan tak nak orang hotlink gambar dari hosting korang, ni aku kasi satu tips baekk punya nak kasi ajar orang ini.

RewriteEngine On
#Replace ?mysite\.com/ with your blog url
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(.+\.)?mysite\.com/ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
#Replace /images/nohotlink.jpg with your "don't hotlink" image url
RewriteRule .*\.(jpe?g|gif|bmp|png)$ /images/nohotlink.jpg [L]

Copy dan paste code atas ni ke dalam .htaccess file korang dalam WordPress. Harap korang taulah kat mana file tu, sebab rasanya semua pengguna WordPress self hosted dah tau macam mana nak guna FTP dan kalau dah guna FTP tu confirm akan terserempak ngan file .htaccess ni dalam server korang.

Lepas tu gantikan /images/nohotlink.jpg dengan apa-apa image file yang sesuai. Kalau aku, aku letak banner yang cun, special made untuk tujuan ni. Yelah, kalau sesiapa terkena, kurang-kurang terpampang la banner kacak ni dan kalau orang lain tengok banner tu mesti akan ingat blog.ariff ni hebat giler sebab boleh sponsor bandwidth untuk image kat blog orang tu.

hehehe~

Kalau ikutkan nak je letak gambar portrait besar-besar. Wahahaha~ Kalau nak jahat sikit lagi, letak gambar awek ni. Confirm gelak besar punya. Tapi aku takdelah nakal sangat macam tu. Kesian gak kat member. Betul tak?

Pengajaran kat sini, jadilah blogger yang rajin. Upload je gambar tu ke mana-mana. Berlambak je free image hosting service kat internet ni. Hotlinking gambar dari site lain adalah seperti mencuri bandwidth orang tu. Jangan mencuri, berdosa~ ok?

***

Kepada yang masih belum tahu, Geng Blogger dapat sponsorship dedicated server daripada Mr. Kay, yang juga merupakan partner untuk kontest Tulis & Menang. Sebagai tanda sokongan kepada Mr. Kay, aku harap korang dapatlah join kontest tu nanti. Hadiah dia pun lumayan dan bilangan pemenang pun banyak. So agak senang sebenarnya nak menang. Of course kalau rajin lagi boleh visit partner Mr Tikus dan sponsor-sponsor lain ( kujie2.commrs.kay.mymyliriklagu.com )

Dan ya, ahli Geng Blogger silalah pergi melawat blog Mr. Kay. Nampak apa2 yang boleh diklik dan menarik, silakan buat apa-apa yang patut.


60 thoughts on “Keburukan Hotlinking Gambar Dari Laman Web Lain

  1. Pingback: Tips Blogging Terbaik Lah – Jadilah Blogger Berhemah | PuanbeeDOTcom

  2. Pingback: Kenapa Nak Delete Blog? Saya Tak Marah Pun… | Hidup Biar Sedap

  3. err….

    problen authentication arituh kat blog aq bkan sbab hotlinking pic dari GB

    tapi dari batch GB yang aq letak untuk mempromote GB kat visitors2 aq…

    lalallala

    tapi GB dah ok.. so noproblemo…
    .-= Cerita terbaru kaizen.. Post Yang Ke100 =-.

  4. aku selalu upload kat picasa aje… google punya… hahaha
    .-= Cerita terbaru paeh.. Menulis Blog Kena Ada Gaya =-.

  5. assalamualaikum, saya tak paham ape yg saya dah donload sampai jadi m ni
    kuar kotak box nih.. sebaik ade posting dr arif thx (:
    tp malang nya
    sy x gune WP
    sy gune blogger.
    ade cara nye?? pliss ..
    sy still x leh bukak GB. rase sy x berapa paham ngn istilah2 dlm entri post hotlink box nih..

    • Macam ni, awak cari balik kat mana awak letak gambar tu, delete link dia. Sebab setiap kali nak bukak page, gambar tu akan di load dari server Geng Blogger, jadi sebab sekarang kalau nak masuk server dia minta password maka akan keluar la kotak tu mintak password supaya gambar tu boleh di load dari server

  6. ada beberapa cara tuk halang hotlinking tu..tp setakat ni belum kritikal lagi…
    boleh guna .htaccess file untuk rewrite condition
    boleh guna robots.txt untuk mengelakkan bot dari access file
    guna sub domain tuk buat hosting pic

    yang last..boleh minta belas ihsan web hosting minta sikit space..hehehehe
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Top 5 CommentLuv Sites =-.

  7. penat asyik tekan cancel, mai buang banner tu buat smentara. hurm.. sadis ler GB problem. but, sabar jela. *awek sexy tu pondan ke or dia saje2 jep wt mcm tu? kompius laaaa.. tk jadi nk join page fb dia. hahaha. :P
    .-= Cerita terbaru maisyara.. Mimpi indah jadi pelik. lebih pelik blogger lain sesat masuk dalam mimpi aku ni. =-.

  8. kalo aku upload gambar kat server sendiri, confirm seminggu je tahan bandwidth aku..
    .-= Cerita terbaru topo.. Kempen Earth Hour 2010 versi Darth Vadder =-.

    • Hm. Kalau tau apa nak buat takde problem sangat.
      Cuma kalau nak buat apa2 elok back up la, simpan file asal.

    • yang tu tak tau pulak. Kena tanya kong. Biasa coder ni dia tau la orang macam mana dia perlukan

  9. Great tutorial. Tapi untuk WP aja ? Hmm.

    Awek cun tu . . . Jeles saya ! Haha :)

    Hey, I memang dah try bebanyak kali untuk masuk GB. Tak lepas-lepas.
    Memang the thing is still down or I kena ban ? Haha :)
    .-= Cerita terbaru Sakira.. AirAsia – So Wrong. =-.

      • Ohh. I see, I see. Ingatkan kena ban tadi. Haha !

        Ohh yeah, btw . . . dorang-dorang ni actually bukan hotlinking the image. They just amik the banner link yang GB bagi. So, can’t really blame them right ?

        P.S : Saya create a small banner sendiri. Nak nampak systematic ngan the other two ping service. Hehe :)
        .-= Cerita terbaru Sakira.. AirAsia – So Wrong. =-.

        • Yup. Diorang tak tau, so main amik je. Harap kalau they all baca entri ni faham la keadaan dia macam mana.

    • Rasanya dah. Camne nak vote eh? Aku dah register hari tu. Kalau klik link ko and register kira vote la kan?

    • hahahaha. Theme harga dekat 80USD. Ni pun tak cukup optimized lagi, nak letak ads lagi sket sana sini

  10. Aku penah tulis dulu tutorial untuk aktifkan hotlink protection ni melalui CPanel. Tak guna .htaccess

    boleh cuba tengok kat sini http://izzatruslan.com/2009/04/30/how-to-secure-your-webhosting-bandwidth/

    Apa2 pun, sekarang ni aku tak aktifkan lagi.Hoho..tapi setiap gambar akan ada watermark.. :D Tapi melihat kepada penggunaan bandwidth sejak 2 menjak ni, rasanya perlu aktifkan balik ataupun kena host kat hosting satu lagi..huhu
    .-= Cerita terbaru izzat.. UNITEN Open Day 2010 – 20 March 2010 and All the Best to All Unitenians for Upcoming Final Exams =-.

    • Wah. Banyak hosting ko. Setakat ni belum alert lagi, tapi mungkin aku nak main letak tu. Saje.. hehe~

      Cara ko lagi senang eh. Guna CPanel je. Lupa lak ada Hotlinking protection kat situ. thanks!!

  11. err.. ni kong suh ke apa ni? Aku tak prefer panggil Sponsorship. More pada win-win situation. Tolong menolong satu sama lain. btw, thanks sbb bg ayat utk org masuk blog aku. wahahaha. :D
    .-= Cerita terbaru mrkay.. Aku dan Orange 4 Kay =-.

    • hahaha. Taklah. Ni courtesy. Geng Blogger banyak tolong aku, so aku tolong la orang yang tolong Geng Blogger.

      =)

  12. Owh..baru tahu tadi pasal GB tukar server ni dari blog Ben Ashari. Huhu..semalam tak lepak kat GB, sibuk godek WP. Hari ni ingat nak ping.. ^_^.

  13. hik3..rindu juga aku kat GB..InsyaAllah,weekend ni aku buat entry untuk contest tu..tak pernah lagi menang contest bloggers yang anjurkan..apapun,menang kalah, belakang kira..tak cuba tak tahukan?
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti =-.