Kawasaki MX World Store Malaysia

Awal bulan hari tu saya dijemput untuk menghadiri launching event Kawasaki MX World Store Malaysia. Basically, kedai milik CBK Motor Sport ini adalah yang pertama di Malaysia menjadi pengedar rasmi Kawasaki MX.

Kedai lima tingkat ini juga adalah merupakan one stop center untuk pemilik motosikal motocross Kawasaki di mana ianya menempatkan showroom, kedai aksesori, ruang rehat VIP serta bengkel motor di tingkat paling atas bangunan.

Kawasaki KX

Kawasaki KX adalah range motosikal off-road daripada Kawasaki. Secara asasnya, motosikal ini bukan untuk kegunaan di atas jalan raya dan tidak mempunyai cukai jalan. Full range motosikal Kawasaki motocross:

  • KX85-II, KX250F, KX450F (harga bermula RM16,300)
  • KLX250, KLX150 (harga bermula RM8,789)

Motor macam ni ada kuasa yang tinggi, jadi orang cakap kalau badan sekeping macam saya ni tunggang KX series, confirm boleh melayang. Tak percaya :p Kena try sendiri nanti. Mengikut kata pemilik kedai CBK Motor Sport, Ah Loo cakap dia nak invite blogger untuk try sendiri kursus motocross anjuran Zero to Hero Malaysia. Tak tau bila, tapi nampak gaya memang menarik!

Launching Event

Launching event dihadiri oleh media partners, ahli kelab Kawasaki Malaysia, pasukan motocross tajaan CBK Motor Sport sendiri (pernah memenangi tempat pertama di Asia Motorcross Championship 2011 dan beberapa event lain), wakil dari Kawasaki Malaysia – Mr. Jeffrey serta rakan rapat CBK Motor Sport.

Sebenarnya kedai Ah Loo ni dah lama, cuma pelancaran ini adalah untuk kedai barunya yang lebih besar. CBK Motor Sport mendapat tajaan daripada Kawasaki Malaysia untuk pembukaan kedai besar ini.

Melalui kerjasama ini, CBK Motor Sport harap dapat meningkatkan jualan dan market size jenama Kawasaki di Malaysia, memperkenalkan sukan motocross kepada mereka yang meminatinya, melatih pelumba baru untuk sukan motocross dan menyediakan after-sales support terbaik untuk pemilik motosikal Kawasaki KX dan Kawasaki secara amnya.

 

Pertukaran cenderamata antara pihak Kawasaki Malaysia dengan CBK Motor Sport

Press conference dilakukan di tingkat dua bangunan yang menempatkan kedai aksesori. Rambang mata sekejap. Kalaulah dapat full jaket atau full face helmet, memang bergaya habis merempit tiap hari.

Disebabkan ada sebuah Kawasaki Versys yang dipamerkan di depan kedai, saya trylah kecek kat Ah Loo supaya kasi 30% off untuk motosikal tersebut, malangnya tidak berjaya. Ah Loo sendiri guna Versys dan ini mengukuhkan lagi alasan saya untuk mendapatkan sebuah Versys (malangnya tak tahu bila boleh mampu) berbanding jenama atau jenis yang lain. Kepada Ah Loo, my offer still stands. 30% off dan saya ambil cash terus :P

Last sekali ada cabutan bertuah. Hadiah yang diidamkan adalah riding jacket Kawasaki berharga RM400+ tapi of course la saya tak menang. Mana pernah menang cabutan bertuah ni. Walaupun tak menang, sempat pinjam jaket si pemenang untuk action shot. hehe..

Kawasaki MX

Last but not least, video yang saya merajinkan diri untuk compile. Ada video demonstrasi Kawasaki KX yang super cool. Bila tengok diorang buat stunt, rasa macam nak beli satu je Kawasaki KX ni. Serius. Tengok sendiri. Also, gambar superbike kepunyaan geng superbike yang hadir. Adalah dalam 30 macam tu..

More details:

  • Address: CBK Motor Sport Sdn Bhd, No. 373 Batu 2.5, Jalan Ipoh KL
  • Phone: 03 – 40422985
  • Email: cbkmotor@gmail.com
  • Website: www.cbkmotorsport.com
 

Comments

  1. adimuz says

    perghh…..style moto scram tu…eden ade teringt kat moto eden enduro dt125.hehehhee

    • Ariff says

      Memang mat rempit tengok je la. Lebih bangga kalau mat rempit kita pakai motor macam ni

    • Ariff says

      Kalau beli sendiri untuk kegunaan harian, lebih suka model lain. Tapi kalau Kawasaki nak bagi saya satu, apalah salahnya kan. hehe.. boleh aje

    • Ariff says

      Untuk on-road, ada versi KLX250SF. Harga kurang pasti, mencecah 20k kalau tak silap

  2. says

    lama giler tak naik moto,kali terakhir masa tgh menyanyi dulu…saya pakai Yamaha ss110…pernah kena langgar dari belakang oleh motor jugak…masa tu on d way nak rehearse kat RTM program Live Hari Raya 1995
    Entri terbaru Zarul Umbrella >> Kembara MRT di SingapuraMy Profile

  3. says

    Teringat zaman gua layan motorcross dulu, tapi sejak member gua kenalkan gua dengan ‘drift’, terus gua jual motor gua dan angkat Skyline..hehehe.