Kat Mana Nak Cari iMac / Macbook Murah?

Reading Time: 2 minutes

Saya adalah pengguna Mac. Windows user boleh stop baca entri ni kalau nak cerita pasal spesifikasi Windows based pc/laptop. Tak perlu.

“Pejabat”

Asalnya nak beli Mac Mini untuk kegunaan pejabat. Mac Mini yang ada sekarang paling murah around RM2,000, belum masuk keyboard/mouse dan lcd. Kalau masuk semua jadi RM3k. So itu bajet saya.

Saya tak nak beli Mac Mini direct dengan Apple sebab versi yang ada sekarang ni adalah versi kemaskini Oktober 2014. Tak lama lagi akan ada update. Kalau nak tunggu pun susah sebab kat ofis memang nak pakai. Dah tangguhkan pembelian ni sejak dua bulan lalu. Jadi nak tak nak kena cari something supaya kerja kat ofis boleh jalan.

Next best option adalah cari yang second hand kat Mudah dan forum Lowyat. Ada jumpa satu Mac Mini kat Mudah, spesifikasi tinggi sikit, latest version dan harga dalam RM2,500 je. Malangnya dah terjual. Kat forum Lowyat takde yang jual. Jadi saya try cari iMac.

Sebelum tu, saya kongsikan kriteria saya memilih barang second hand jenama Apple ni.

  • Latest version atau sekurang-kurangnya satu version di belakang
  • Barang yang dibeli tak boleh lebih dua tahun daripada tarikh pembelian
  • COD only. Benda macam ni kena tengok betul-betul dulu, baru bayar dan kalau boleh pick up sendiri

Kalau nak cari Macbook, kriteria utama yang perlu dilihat selain daripada atas ni ialah battery cycle. Secara asasnya, battery yang dah 1000 cycle hanya akan mempunyai 80% kapasiti asal bateri. Biasanya kalau dah 1000 cycle tu memang orang akan tukar bateri. Benda ni boleh jadi point kalau nak minta Macbook tu dijual murah sikit. Kos tukar bateri baru dalam RM400 – 800, bergantung pada jenis Macbook dan orang yang pasang bateri tu.

Banyak listing untuk iMac yang kebanyakannya spesifikasi lama. Last-last jumpa satu iMac versi pertengahan 2014. Penjual ni memang ada kedai second hand barangan Apple. Mereka ambil barangan Apple daripada syarikat yang berhenti beroperasi.

Harga asal iMac ni adalah RM3499 pada tahun 2014. Saya beli pada harga RM2950. Oklah. Kalau nak compare dengan iMac entry level yang ada di Apple store, paling murah RM4,599. Harga dia macam ni sebab Ringgit jatuh. Nak dapat iMac pada harga ni memang tak jumpa dah. Unit yang saya dapat tu agak baru dan nampak baru dan kena pada bajet saya, jadi boleh kata berbaloi jugak la.


Nama kedai tu Zaranet dan terletak di Midpoint Desa Pandan. Pertama kali seumur hidup saya sampai ke tempat ni. Entri ni bukan advertorial untuk kedai tu. Selain daripada iMac, Macbook lama-lama pun ada. Owner bangla.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Kat Mana Nak Cari iMac / Macbook Murah?”

  1. rahimah majid Avatar

    Saya sempat beli iphone 5 je yang 2nd hand 64GB dalam RM 624 kat South Korea baru baru ni. Ikut bajet masing masing la kan. Nanti boleh survey item yang lain pulak.

  2. Madam Affiliate Avatar

    …good n great infos on iMac / Mac.
    Thanks for sharing it.

  3. fadzliolaoliOlaoli Avatar

    rare dengar kedai jual barang imac dan mac secondhand…dan lagi best ownernya bangla..

  4. Hasrul Wayne Avatar

    Baru 2 minggu lepas beli Macbook Air standard spec kat Lowyat dapat RM3599 masa Cyber Monday. Memang best sebab nipis dan simple.

  5. raihanah Avatar

    untung juga kalau beli yang murah camni. nanti boleh usha kalau ada duit. iphone dia tak jual ke?

  6. Amin Hakim Avatar

    Tak sangka ade orang jual imac second hand ye.. rasa nak grab satu la.. ehehe

  7. Ato Avatar

    Terasa nak beli plak… tunggu bajet cukup baru angkat satu….

  8. apa Avatar
    apa

    mid point desa pandan tu blah mana

    1. Ariff Avatar

      Entah la. Cuba google. Saya naik grab tau2 sampai dah

  9. eazaq .... Avatar

    hmmm. Sudah ku jangka, orang bangla memang sangat rajin dan semakin ramai yang own bisnes yang berjaya. Siapa sangka suatu hari nanti mereka akan jadi bangsa yang kedua selepas Bangsa Cina yang agak dominant dalam dunia perniagaan. Banyak perlu belajar daripada mereka. Maaf tuan, lari tajuk sedikit..huhu

  10. akubiomed Avatar

    Boleh survey. Sudah lama mengidam nak Mac produk.

  11. siti hazreen Avatar

    Wow…owner bangla…?

  12. Haiqal Avatar

    Salam. Kalau nak beli macbook for beginner, elok beli yang version 2012 or 2013.

    Terasa nak beralih arah pulak.

    Terima kasih

    1. Ariff Avatar

      Beli ikut yang sesuai dengan bajet dan function. Kalau basic2 usage, cari paling murah & ringan. Kalau involve video editing, kena utamakan spec.

      Untuk Macbook especially, prefer SSD dan RAM 8GB. Kalau hard drive biasa untuk second hand item, drive tu sendiri dah tak perform. SSD still ok sebab SSD memang tahan lama.

      Macbook air saya ni awal2 dulu dah upgrade SSD sebab memang non-upgradeable lepas beli. So kalau nak option SSD, bayar lebih sikit. Benefit dia, sampai harini performance tip top. Cuma bateri je rasa kurang power.

  13. Syahril Hafiz Avatar

    Owner bangla. haha last mention.

    Macbook kriteria dia bateri je eh. Baru tau :). Teringin lama dah dok hold nak membeli. ermm