Kat Mana Nak Cari iMac / Macbook Murah?

Saya adalah pengguna Mac. Windows user boleh stop baca entri ni kalau nak cerita pasal spesifikasi Windows based pc/laptop. Tak perlu.

“Pejabat”

Asalnya nak beli Mac Mini untuk kegunaan pejabat. Mac Mini yang ada sekarang paling murah around RM2,000, belum masuk keyboard/mouse dan lcd. Kalau masuk semua jadi RM3k. So itu bajet saya.

Saya tak nak beli Mac Mini direct dengan Apple sebab versi yang ada sekarang ni adalah versi kemaskini Oktober 2014. Tak lama lagi akan ada update. Kalau nak tunggu pun susah sebab kat ofis memang nak pakai. Dah tangguhkan pembelian ni sejak dua bulan lalu. Jadi nak tak nak kena cari something supaya kerja kat ofis boleh jalan.

Next best option adalah cari yang second hand kat Mudah dan forum Lowyat. Ada jumpa satu Mac Mini kat Mudah, spesifikasi tinggi sikit, latest version dan harga dalam RM2,500 je. Malangnya dah terjual. Kat forum Lowyat takde yang jual. Jadi saya try cari iMac.

Sebelum tu, saya kongsikan kriteria saya memilih barang second hand jenama Apple ni.

  • Latest version atau sekurang-kurangnya satu version di belakang
  • Barang yang dibeli tak boleh lebih dua tahun daripada tarikh pembelian
  • COD only. Benda macam ni kena tengok betul-betul dulu, baru bayar dan kalau boleh pick up sendiri

Kalau nak cari Macbook, kriteria utama yang perlu dilihat selain daripada atas ni ialah battery cycle. Secara asasnya, battery yang dah 1000 cycle hanya akan mempunyai 80% kapasiti asal bateri. Biasanya kalau dah 1000 cycle tu memang orang akan tukar bateri. Benda ni boleh jadi point kalau nak minta Macbook tu dijual murah sikit. Kos tukar bateri baru dalam RM400 – 800, bergantung pada jenis Macbook dan orang yang pasang bateri tu.

Banyak listing untuk iMac yang kebanyakannya spesifikasi lama. Last-last jumpa satu iMac versi pertengahan 2014. Penjual ni memang ada kedai second hand barangan Apple. Mereka ambil barangan Apple daripada syarikat yang berhenti beroperasi.

Harga asal iMac ni adalah RM3499 pada tahun 2014. Saya beli pada harga RM2950. Oklah. Kalau nak compare dengan iMac entry level yang ada di Apple store, paling murah RM4,599. Harga dia macam ni sebab Ringgit jatuh. Nak dapat iMac pada harga ni memang tak jumpa dah. Unit yang saya dapat tu agak baru dan nampak baru dan kena pada bajet saya, jadi boleh kata berbaloi jugak la.


Nama kedai tu Zaranet dan terletak di Midpoint Desa Pandan. Pertama kali seumur hidup saya sampai ke tempat ni. Entri ni bukan advertorial untuk kedai tu. Selain daripada iMac, Macbook lama-lama pun ada. Owner bangla.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

15 Comments

Leave a Reply