Kamera DSLR Entry Level Terbaik

Aku ni baru je berjinak-jinak dengan  aktiviti fotografi nih. Kiranya kalau kasi event and suruh aku tangkap gambar, confirm terkial-kial lagi nak guna setting apa. Tapi dengan bangganya aku cakap aku pernah dibayar untuk jadi paparazzi time satu event kat KL hari tu. So at least pengalaman macam mana nak cover event besar-besar and cari spot bagus-bagus time event tu ade la jugak. Haha.

Kamera aku xdelah hebat sangat, second hand je pun. Siapa nak kasi duit ribu riban nak beli kamera besar mahal-mahal. Nak buat main-main je pun. So kalau level student ni, tak payah la nak beli yang mahal2. Baru nak belajar tu, guna la kamera-kamera yang entry level. Aku guna Nikon D40 ngan kit lens 18-55 VR. Body Nikon D40 tu dapat pada harga RM900. Masa tu ada dalam 2k+ shutter. Oklah tu. Asalkan tak lebih 5-6 ribu, boleh kata baru lagi. Seller tu beli kat US, daripada Nikon tapi refurbished product. Xde cacat cela masa aku dapat tu, perfect and still like new. Dia jual pun sebab kawan dia nak tolak D80 kat dia.

Lens pulak beli dengan orang lain. Haha. 18-55 tu beli ngan satu brader Cina tinggal kat TTDI. COD ngan dia kat The Curve. Dia cakap dia guna lens tu tak sampai sebulan sebab dia beli lens lain. Sekarang ni dia guna full frame dah. Daripada perbualan aku ngan dia masa kat The Curve tu, memang nampak gaya dia ada banyak pengalaman. Cakap pun semua boleh percaya sebab valid fact. Maka aku rasa beli lens dengan dia pun memang berbaloi sangatlah. Harga RM450, memang still nampak macam baru time dapat tu.

So tulah kisah kamera DSLR aku yang tak seberapa ni. Tujuan aku tulis ni pun nak kasi panduan la pada sesiapa yang nak berkecimpung dalam hobi ni. Yang tengah ringan tangan nak beli benda mahal-mahal macam ni sebab duit tengah banyak, tolonglah kawal sikit nafsu tu. Try dulu yang murah-murah, kalau newbie, buat cara newbie. Jangan jadi newbie yang bodoh. Tapi suka hati la nak ikut ke tak kan nasihat ni. Duit korang, suka hati korang.


21 thoughts on “Kamera DSLR Entry Level Terbaik

  1. huhu..aku baru je beli and baru je buat entry pasal nie. amik ayat kau sikit ariff . hope dont mind :p

  2. bf ak gne nikon d90…mmg lawa r gmbr klu amik gne camera ni…tp die pon bru jinak2 dlm dunia perkameraan ni..hehehe…tp mmg lelaki rmi je ske ceburi bdg camera ni…stylo kot…hahhaa

  3. Mmg best bereksplorasi dengan DSLR! Tapi, bukan kamera aku, kemera orang… Main pinjam2 guna jer.

  4. i nak beli D90..ade sape2 taw kat ner leh dpt murah..cdg nak beli kat jepun(sebab akan kesana next month)..tp mcm xberbaloi..sebab warranty nye nanti payah..any suggestion xrakan2?

    • Bukan ke kat Jepun lagi mahal?
      Lagi elok beli kat malaysia je. Try tengok kat shashinki

  5. suke part “kalau newbie, buat cara newbie. Jangan jadi newbie yang bodoh.”…

    mmg btoi pun…
    biar bijak buat pilihan bersesuai baget ngan cukai pendapatan…
    tp x rugi kalau nak amik D90…
    jangan dah beli pastu nak jual blek….
    tu yang rugi….
    DSLR skrg makin canggih beb…
    mmg gatai tgn nak upgrade baru…
    try ar function baru….

  6. Pingback: beli - StartTags.com

  7. salam ariff , saya mmg bminat dlm bidang fotografi ni skrg tgh survey kamera nikon d40, kat mana blh cari ye? yg baru berapa riban? yg secnd hand plak nk cr kat mana? konfius larr…