Kalau Loan Tak Lepas Nak Buat Apa? – Semak CCRIS & CTOS

kalau tak lepas loan

Boleh kata 90% loan yang tak lepas adalah disebabkan ada masalah dalam CCRIS & CTOS. Disebabkan sekarang amat mudah nak dapatkan laporan CCRIS & CTOS, saya galakkan semua yang nak apply loan untuk semak dulu dua laporan ni supaya boleh kenalpasti masalah yang ada sebelum apply loan.

Saya semak laporan CCRIS & CTOS saya sekurang-kurangnya sekali setahun walaupun tak beli rumah pada tahun tersebut. Just in case lah kan. Kalau ada apa-apa masalah, boleh diselesaikan cepat.

CCRIS adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau juga dikenali sebagai Central Credit Reference Information System. Ia merupakan pangkalan data berkomputer yang mengutip, memproses, dan menyimpan maklumat pinjaman semua peminjam di Malaysia.

Kalau budak sekolah ada buku rekod peperiksaan, peminjam wang bank ada rekod CCRIS yang menyimpan rekod prestasi pembayaran hutang oleh peminjam tersebut.

CTOS pula adalah singkatan daripada Credit Tip Off Service Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang menyediakan servis memberikan maklumat kewangan seseorang individu . Ia digunakan oleh majoriti sistem kewangan negara, institusi bank atau syarikat pinjaman berlesen.

shareholding

Maklumat yang dikutip dalam CTOS termasuklah:

  • Maklumat perniagaan seperti pegangan saham, pemilikan dan jawatan pengarah dalam syarikat
  • Maklumat saman dan muflis
  • Maklumat pinjaman/ansuran lain seperti motosikal, perabot dan sebagainya

Biasanya kalau ada rekod buruk dalam CTOS, besar kemungkinan loan yang dipohon bakal ditolak. Bank memang beratkan laporan yang disediakan oleh CTOS.

Apa yang paling kerap menyebabkan permohonan pembiayaan gagal?

Tunggakan. Tunggakan yang dapat dilihat dalam rekod CCRIS. Paling common sekarang, tunggakan PTPTN. Lain-lain seperti tunggakan kad kredit atau pinjaman lain. Kadang-kadang ada tunggakan/kelewatan 1 bulan pun dah boleh melambatkan loan diproses sebab bank akan minta penerangan lanjut atau bukti bayaran.

guarantor

Lagi satu tentang tunggakan ni, kalau dalam rekod CCRIS ada nombor tunggakan lebih 3 bulan, besar kemungkinan permohonan loan confirm reject walaupun benda tu dah berlaku lebih 6 bulan lalu dan tunggakan telah dibayar.

Lain-lain seperti ada saman atau notis bankrap memang sah-sah akan menyebabkan permohonan pembiayaan ditolak. Untuk orang muda, tumpukan pada nak elak daripada ada rekod buruk disebabkan oleh instalment loan/kad kredit lambat bayar atau tak bayar.

Masalah ada tunggakan ni boleh berlaku pada sesiapa. Orang yang banyak hutang (banyak kad kredit, banyak rumah) lebih cenderung untuk menghadapi masalah ni. Kadang-kadang bukan sebab apa pun, terlupa tarikh akhir untuk bayar.

Jadi dengan menyemak rekod CCRIS & CTOS setahun sekali ni, dapatlah kesan masalah tu pada peringkat awal dan ‘bersihkan’ mana yang patut sebelum apply loan rumah. Nasihat saya, 6 bulan sebelum beli rumah mesti check rekod CCRIS & CTOS.

Untuk bacaan lanjut, boleh rujuk penerangan mengenai CCRIS & CTOS di laman web Mega 3 Housing. Baca sekali panduan mereka yang lain tentang pemilikan rumah. Entri ini dibawakan dengan kerjasama Mega 3 Housing.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments