Kalau Nak Main Saham, Main Dengan Duit Yang Kita Tak Nak Guna

AE yang ajar saya tips ni. Memang logik. Kadang-kadang tak semua saham yang kita jangka naik dalam jangka masa yang kita anggarkan sendiri akan naik. Bila ini berlaku, terpaksalah tunggu.

Takpelah kan kalau terpaksa tunggu sebab duit yang tu kita tak bercadang untuk gunakan dalam masa terdekat. Cuma bila menunggu ni dan bila saya nampak ada kaunter lain yang berpotensi, darah anak muda yang mendidih ni nak je suruh masukkan duit lagi untuk beli kaunter lagi yang berpotensi tu.

Tak boleh. Kena berdisiplin. Berurusniaga dalam pasaran saham ada risikonya. Pelabur bijak tak akan laburkan kesemua cashnya dalam instrumen berisiko macam saham ni. Lagipun, kalau terjadi worst case senario, sekurang-kurangnya sebahagian sahaja aset yang terjejas. Bukan semua. Saya takde mommy/daddy yang kaya nak back up kalau apa-apa teruk terjadi.

Sabar.. sabar.

P.s. Mohon lawati link ini

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

25 Comments