Kalau Dah Pinjam Duit Orang, Sila Bayar Balik

Bila terbaca tajuk berita ni utama di dada akhbar hari ini, saya rasa ada sedikit kebodohan pada mentaliti  orang yang macam ni. Konsep dia mudah, kalau dah pinjam duit orang, sila bayar balik.

Hari tu dengarnya ada kempen nak boikot pembayaran PTPTN. Jangan bayar katanya. Ramai yang sokong suruh orang yang berhutang ni tak payah bayar. Ni pun lagi satu kebodohan iaitu menggalakkan penghutang ni supaya tak membayar hutang mereka. Rosak.. rosak.

Memanglah ada parti politik tu kasi janji pilihanraya nak hapuskan hutang PTPTN. Tapi selagi mereka tak menang dan mengubah polisi, hutang tetap hutang. Kena bayar. Simple common sense.

So get this. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Hutang kena bayar, tak kisahlah siapa pun anda. Jangan sesekali ada mentaliti bahawa hutang boleh dibuat-buat lupa. Tak taulah Datuk ni buat apa dengan duit yang  dipinjam daripada Ah Long tu sampai tak boleh bayar balik, anda sememangnya gagal dalam pengurusan wang, tak layak bergelar tokoh perniagaan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

32 Comments

  • Akak Tulip

    29 August, 2012 at 9:19 am

    Kalau org utang, dan dia kata susah blum mampu byr.. Tp di rumahnya asik tambah brg, pakai line internet yg plg mahal (keje bese je,bkn perlu internet superpower), siap buat open house raya ni, perlukah kita halalkan utang tu sbb dia ‘susah’?? Tp ms bg pinjam tu mmg dia tgh susah sgt2,jd skrg dah redha je la kalau x dpt blk. ( Slmt hari raya ariff,maaf atas segala salah silap terlanjur bahasa)

  • shaharil

    27 August, 2012 at 10:56 pm

    Bila pinjam along ni, rumah tangga boleh cerai berai dan hidup tak tenteram. Asyik pindah randah ke tempat yang dirasakan selamat.

    Anak-anak yang bersekolah pun menerima musibah. Takut untuk datang ke sekolah. Kadang-kadang hadir, kadang-kadang tak hadir. Kesian betul, banyak ketinggalan pelajaran.

  • Lagubestbest

    27 August, 2012 at 4:19 pm

    Datuk tu buat meniaga la tu. Kadang2 peluang meniaga tu tup-tup je datang, duit modal lak xbape nak cukup, so pinjam along senang xbyk kerenah. Sekali bisnes tak smooth, maybe perlukan masa lebih panjang tuk mula dpt untung..

    • Hafizul

      30 August, 2012 at 10:51 pm

      betul tu bro…kalau nak di ikutkan kawan-kawan hutang memang byk..sejak di bangku sekolah menengah..lepas kawin ni jer tak ada org nk berhutang..ingt kita ni kaya sgt..tapi fikir dia tu kawan kita, tolong la setakat termampu..tapi bila aku susah, ada diorang kisah????sedih sgt bila ingt peristiwa mcm ni..kalau aku kaya, ok fine..aku halalkan je..ni nak makan hari2 pun mikir..hutang tetap hutang…uwwaaaaaa….

  • Myvitrd

    27 August, 2012 at 12:29 pm

    Bab ni saya setuju Hutang tetap hutang.. WAJIB kena bayar.. kalau macam tu.. esok saya pinjam duit u janji nak bayar.. tapi saya cabut tak mau bayar.. tahu2 orang jumpa saya mati kena kelar je nanti.. huhu

    • Tho Ha

      27 August, 2012 at 9:45 am

      Tiga Org Hampir RM1K … Sy pulak seorang RM1.7K. (Sy Halalkan). Sorang Lagi RM400 (Tetapi bermati2 an kata hutangnya RM300. Sy halalkan hutangnya – terpulanglah pada dia kalau dia kata 300, 300 lah halal. Kalau dia kata 400, 400 lah halal). Dua orang lagi hutang RM100 ( RM100x2 = RM200) tak bayar. (sy halalkan). Sorang lagi hutang RM300 (sy halalkan : tak kenal pun jumpa kat masjid) Kenapa saya halalkan ??? SAKIT JIWA mengenangkan hutang yang diorang pinjam TAK BAYAR nih. Prof Dr Muhaya cakap setiap malam maafkan orang, Insya – Allah jiwa akan tenang. Ikhlas cakap, saya pun berhutang jugak tetapi bukan dgn orang : Dgn BANK-BANK. ada jugak yg terkantoi tak bayar dan bank akan bertalu-talu telefon kita. Kalau insan-insan di atas membayar hutang mereka, saya dapat selesaikan sekeping kad kredit . Untuk pengetahuan, semasa sy menaip ini Citi Bank telefon tapi saya tak angkat. He He He.

    • Tho Ha

      27 August, 2012 at 10:07 am

      Sy hampir2 terjebak dgn hutang ah long. Ceritanya mcm ni … duit poket sy tinggal tak sampai RM10 (dok menghitung hari bila lah nk masuk gaji). Tetiba dpt sms dari bekas rakan sekampus hendak pinjam RM1,600. Kesian sy mendengar musibah yang menimpanya. Pada masa itu ketiga-tiga kad kredit sy sudah tepu, maka tidak dapatlah sy mengeluarkan wang tunai. Sy pun bercadang hendak pinjam ah long RM2K dan beri kawan sy RM1,600. Sedang sy berkira2 mana ah long yg hendak dipinjam … iklan ada tertampal di merata2 tempat. Mereka akan menyimpan kad bank gaji kita sehingga hutang langsai. Masalahnya ialah, adakah ada jaminan setelah RM2K +++ riba melampau, ah long akan pulangkan kembali kad gaji kita ?? Itu yg merunsingkan fikiran sy. Akhirnya sy mengambil keputusan untuk tidak meminjam Ah Long dan meminta maaf kepada kawan sy yg ditimpa musibah itu kerana tidak dpt menolongnya. Sabtu lepas sy menonton cerita Anak Halal : sy beristighfar .. buruk padahnya hutang ah long ni. Fuh !!

  • sam zahri

    26 August, 2012 at 2:52 pm

    @samzahri

    Agree. Selalu yg aku kena dgn org yg pinjam duit ialah penghutang buat buat tak ingat dan melambat lambat kan duit hutang. Kenapa kita pulak yg ter hegeh hegeh nak mintak balik?

  • adib

    26 August, 2012 at 2:46 pm

    setuju sangat2 dengan entri..kalau dah berhutang tu sila la bayar..walaupun hutang PTPTN sekalipun..time nak meminjam boleh pulak kata mampu nak bayar balik..time suruh bayar buat liat pulak..ragam manusia