Kalau Anak Tak Boleh Diam, Jangan Dibawa Ke Dalam Panggung Wayang

Reading Time: < 1 minute

Pictures in the News: Amsterdam, The Netherlands

Situasi: Tengok cerita Upside Down; cerita romantik katanya. Oklah..

Selang dua seat, ada couple.. dan anak kecilnya. Sweet la laki bini dating bawa anak sekali. Si anak buat bunyi budak kecik a la merengek manja. Makin lama makin kuat.

Yang parents pulak, buat bodoh je. Mungkin anak dah tak senang duduk, I don’t know. Tapi parents tu still biar anak dia ‘berbunyi’. Panas la macam ni.

Orang dah bayar tiket nak tengok movie tanpa gangguan, parents yang tak reti jaga anak ni pulak pergi bawa anak masuk ke dalam panggung wayang. Cakap bodoh karang marah pulak.

Budak kecik umur bawah lima tahun sepatutnya tak boleh dibawa ke dalam panggung wayang, kecuali kalau movie tu jenis cerita kanak-kanak macam filem animasi dan sebagainya. Kalau nak bawa, pastikan budak tu jenis yang dah cukup umur dan boleh dicontrol.

Kalau tak, tinggalkan jelah kat sesiapa sebelum keluar dating. Tak pun tak payah tengok wayang langsung. Tunggu anak besar dulu. Dalam panggung wayang tu ada lagi orang lain yang nak tengok movie.

Yang pihak Golden Screen Cinemas pun satu, jagalah kualiti sikit. Patutnya orang dengan anak kecil tak boleh dibawa masuk kalau movie tu bukan untuk budak-budak. Benda basic macam tu pun tak tau ke?

Last-last, ada orang tegur sebab tak tahan sangat. Tak lama lepas tu parents tadi blah walaupun baru sekerat jalan tengok movie tu.

Published
Categorized as Bla Bla Bla

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

52 comments

  1. Itu la .. memang bosan bila kes macam ini berlaku. Bagi saya, mcm pernah berlaku pada saya, walaupun masa itu cerita kartun, saya terus beri perhatian pada anak. Tgk cerita yg ditengok … kadang2 kartun pun depa boring.

  2. parents tu pun satu. dah tahu anak macam mana, lagi nak bawak masuk panggung. budak2 bukannya senang nak disuruh duduk diam.

  3. Nak tambah .. mungkin ada yang kata, lebih baik HH layan Astro First .. hmm … Saya tak ada Astro, dan tak ada niat nak pasang sbb Astro banyak citer kartun yang akan ambil masa anak-anak ini … nanti asyik tgk TV je … pelajaran terganggu..susah juga, apatah lagi untuk perkembangan anak kecil yang baru nak kenal dunia. Nanti dunianya hanya kat TV je.

    Jika nak bawa anak tgk wayang, pilih yang memang citer untuk anak2 tgk, macam citer animasi seperti Ice Age ke, Neemo ke ..

    1. Setuju dengan pandangan bro pasal Astro tu. Memang rosak anak2 kalau asyik disuapkan dengan Astro je sejak dari kecil. Tak boleh dibiasakan

  4. As-Salam. HH selalu gak bawa anak2 tgk wayang, itupun atas sbb permintaan mereka, paling terbaru tgk wayang citer hantu lawak .. lupa lak tajuknya …. semua bawak, dari yg darjah 3 sampai yang baru umur 4 tahun.

    Semua dok diam sebb citer tu best untuk derang tgk. Dan lagi tak ramai pun dalam panggung tu. Yang ada semua bekeluarga. Jadi anak-anak bising sikit2 tu … masih boleh terima lagi. Lagipun, kalau bising pun sbb tgk citer tu.

    Bagi HH, yang tgk wayang tapi guna handphone lagi annoy sbb dok sembang benda yg tak ada kena mengena dengan wayang yang dok tgk.

    Sekadar pendapat.

  5. Salam. Memang sakit hati kalau kita nak fokus tengok movie tetiba anak kecik merengek kan? Sepatutnya ibubapa tu langgan astro first n tengok la movie tu di umah. senang kan?

  6. Memang spoil kalau kena macam ni. Sebut pasal sound orang dalam panggung ni aku pernah sound budak2 arab sebab jadi commentator dalam wayang macam bapak dia bayarkan tiket wayang aku.

    1. hahah.. agak la. Kadang-kadang orang macam ni memang kena sound terus. Kalau biar diam je, sampai bila2 diorang takkan reti respek orang lain dalam pawagam

  7. Kesian ke parents tu tak dapat layan cerita sampai habis. Tapi, betul juga tu. Benda seperti ini perlu dimaklumkan lebih awal kepada keluarga tu.

  8. mak pak tu pon…beli dvd je. dunia bertiga xsama mcm berdua. lama sgt hidup berdua kot parents tu.
    xpon langgan je astro first. tgk kt rumah sambil jaga anak. abes citer…

  9. alahai..mak ayah kemaruk nak tengok wayang la tu…bayi memang akan meragam kat tempat yang dia tak selesa.tu pun mak ayh tak tau ke??sian anak..

  10. yaaa… amat bersetuju dgn bro ariff. aku dah beberapa kali terkena mcm ni. ada kapel bawak anak. rasa nak sound jer.. tp tahan sabar lagi la setakat ni

  11. Wah! Movie apa tu?
    Sampai hati parents tuh..tah tah anaknya takut gelap..bunyi sound lg..
    Tahniah kepada org yang menegur tue! Yeah I Like! :)
    Anda prihatin! Haha..

  12. aku sebenarnya tak minat tonton wayang, tapi cukuplah sekadar berada dirumah dengan anak buah, pergh! bingit dan rimas rasa bila dorang bising, ni kan pulak time korang tengah menonton wayang… bengang je.

  13. Looking on other side of the coin, maybe ibubapa tersebut nak sangat tengok cerita tu i.e. twilight, istanbul aku datang. Wifey pun selalu request nak tengok wayang tapi takde tempat nak hantar anak…

    time alisya dulu, bawakje dia, memang dia behave dan tak timbulkan masalah..bagi susu tidur..tapi,tuhla, anak-anak ni kadang2 susah nak dicontrol…..Cuma, sepatutnya, kalau anak2 tak boleh dicontrol tu, sepatutnya, kalau nak layan juga movie tu,salah seorang or both keluar bersama budak tu…

    P.s : Sayapun salah seorang peminat suka tengok wayang,tapi at the moment memang takble nak tengok..kena tunggu azim besar dulu dan cerita yang both sesuai utk mereka….

  14. bukan dalam wayang ye,dalam flight pun sama..penah naik flight dr sabah ke kl,ade budak tu nangis non stop dr masa berlepas smp la touch down kat lcct..wlpn cuma 2 jam stgh tp mmg terseksa giler jiwa raga aku masa tu..rase nak terjun turun je dr flight tu,,=p

  15. aku tgok movie citer jackie chan yg terbaru ni. duduk2 je, xtahu la bau ape kurang mnyenangkan! kerusi busuk ke, org sekeliling busuk ke? xpe, bole tahan lagi. paling xtahan ada org pindah tempat duduk, duk kerusi atas aku, pastu cina gemok tu tido xmenahan, siap mengorok tu! 1 pggung kot dgr! aisehhh. nk tido tido la, jgn la ganggu org lain!!

  16. yg mak ayah tu patutnya paham2 lah. kalau dah anak tu bising, tengok lah keadaan anak tu kenapa. anak tu nak ke tandas ke, lapar ke yg sampai buat bunyi tu.
    astro first kan ada. sesuai utk seisi keluarga menonton wayang kt rumah.

  17. Setakat ini, yang selalu aku jumpa kalau anak dia menangis memang dia bawa keluar, sampai berhenti/tidur. Pernah kena cakap telefon.. tak tahulah camne dia dapat line, tapi cakap tak khabar ingat.. kalah sound system wayang.. geram teramat.. mujurlah ada sorang jerit “woi” terus diam.

  18. sebab tu saya tak berani nak bawak anak masuk panggung.. takut ganggu orang lain..budak kecik ni mudah bosan.. lagi la kalau bukan cerita yg tema kanak kanak tu..

  19. sepatutnya sebagai ibu bapa kena faham situasi dalam panggung tu kena hormat org lain.. kalau anak meragam cepat2 bawa keluar.. kalau biarkan anak tu melalak sampai ganggu org lain dah tak elok namanya..

    Aku dah lama puasa tengok wayang ni sebab susah nak tinggal anak.. so tunggu je anak dah dewasa barulah gi tengok..

    Kenapa org yg jaga pintu tak halang family tu dari bawa budak ye?

  20. hahah.. boleh nk bawa anak tgk wayang yg tk mengganggu penonton lain.. tgk wayang citer yg menarik minat anak2 tu.. cam citer animasi ke.. gi bawa tgk citer romantik mmg la budak tu bosan. Bila bosan dia akan buat perangai.. my hubby and me semenjak dh ada anak tk masuk panggung.. baru2 ni jer pegi coz anak dah cerdik sikit, bawa dia gi tgk wayang citer animasi.. both of them behave. Si kecil half way dah tido, si kakak tgk sampai habis coz citer yg dia minat..dlm kes awak.. anak tk salah.. parents tu yg kurang pandai.

  21. betul betul betul.! setuju sangat kalau mak bapak ada anak kecik tak payah bawak tengok wayang. dah banyak kali kena tapi yang paling tak boleh blah, ada mak bapak bawak anak anak, lepas tu anak anak dorang duduk belakang kita, duk tendang tendang kerusi. bila kita marah, jeling jeling, tetap takde effect pun. mak bapak dorang relaks je tengok wayang, kita pulak yang stress.

  22. aku sound direct aje. pernah baling pop corn kat budak yang bising tu. mak bapak tu pandang belakang. aku terus cakap..

    “get lost”

    terus dia suruh anak dia diam. haha..

  23. Buang duit je bwk anak2 kecik tgk wayang. Kalau stakat trtidur tk pa la, ni mnangis2 r berulang alik ke toilet. Menganggu je. Beli je la vcd pastu ulang la tengok 10 kali sehari pn kt umah nun

  24. Setuju. patutnya takyah la kemaruk sgt nak tgk wayang jika dah ada anak kecil. Dah tentu dia tak selesa, suasana gelap dengan skrip besar dan sound system yg dia pun tak biasa. kalau aku pun hangin cenggini

  25. X sesuai langsung membawa anak kecil ke panggung wayang, buleh mengganggu ketenteraman awam tuh..kesian org lain nak tgok wayang mau hilang konsentrasi dibuatnya..tambah laik kalu lah duk kat sebelah..

  26. kami dh hampir 4 tahun tak tengok wayang sejak ada anak kecik ni…. :)
    nak bawa risau tak tertengok je wayang tu nanti… tunggu la anak2 besar sikit…

  27. Wayang is not the best place to hang around with kids. Adalah lebih baik download je movie tu dan melepak sesame di rumah.. Lagi aman dan damai kan.. :D

Comments are closed.