Kadang Kadang Tak Salah Kalau Tak Update Blog

Sejak kebelakangan ni banyak je halangan aku nak update blog. Dengan trajedi (chewah~) yang menimpa diri aku, dengan semalam sakit kepala/pening menyerang aku dan kemudahan internet yang dah mula nak buat perangai, susah aku nak update blog. Tapi kan, aku tengok subscriber/follower bertambah pulak walaupun aku tak update. Jadi aku ucapkan selamat datang kepada yang baru sahaja mensubsribe blog ni, semoga dapat memberi manfaat kepada korang ah. Kepada yang concerned (ada ke?)pasal apa yang telah terjadi  tak perlu risau. Hehe.. Biaselah. Manusia ni tak boleh la happy je sepanjang masa, ada time dia emo gak. Kalau happy je ada mental problem la tu..

Hari ni aku ponteng lecture science politic. Rasanya takde guna aku pergi kalau tak faham. Semalam kelas tutorial sepatutnya kena buat kerja, sekali lecturer tu tak minta pulak. Huhu~ Selamat. Classmate aku study benda alah tu tiap-tiap malam sejak dari weekend lepas (dan aku tak paham apesal) kemain semangat dia study. Last-last cikgu tu tak minta pun budak foreigner buat kerja tu. Wakaka~ Lantak ko ah. Memang dari dulu lagi mamat ni skema sangat. Subjek-subjek teras (culture, sociology, psychology) untuk budak Russian ni yang dia sebok sangat nak study. Ntah paham ke tak tu.. tapi confirm ah tak paham. Jadi mengapa study?

Petang ni ada training basket. Aku sebagai presiden kelab basket kena jadi coach pulak hari ni. Ades~ Aku tak tau la nak coach satu team. Kalau train sorang-sorang boleh la. Ni satu team memang terkial-kial la aku sorang-sorang nanti.. Minggu ni dah start dah training basket. Bulan depan mungkin ada friendly dan mungkin jugak ada tournament. Lawan ngan budak medic. Tangan aku tak fully recover lagi bai~ Macam mana nak main?

Aku dengar kat Malaysia sekarang panas menggila. Ye ke? Cik Shafaza tak habis habis mintak kirim salji 5 kilo. Nah aku kasi salji.

Cukup tak?

Korang nak apa? Bagi tau aku. Ada nanti aku kasi. haha~


14 thoughts on “Kadang Kadang Tak Salah Kalau Tak Update Blog

  1. takpe….kadang-kadang sibuk dengan asmt ke, exam..nak buat mcam ne..
    .-= Cerita terbaru zik.. Perkara-perkara Sunat Hari Jumaat =-.

  2. relax2 sudah.. tk smsti yea kne update slalu kn? :D

    nk kirim ape yeah? hehe..^^
    .-= Cerita terbaru maisyara.. aku nak MERANTAU. nak berlajar silat boleh? :P =-.

  3. haha..bg picture salji je??
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. konsert satu suara ‘aizat, faizal tahir dan siti nurhaliza’.. =-.

  4. Pingback: IMCurtain.com