Susah nak apply kad kredit sekarang ni lebih-lebih lagi kalau gaji tahap fresh grad. Even dengan statement perniagaan sekalipun (income masuk on paper melayakkan untuk apply) bank masih lagi bagi pelbagai alasan untuk me-reject permohonan kad kredit. Itulah sebabnya saya memilih laluan bekerja makan gaji dulu supaya mudah nak mohon fasiliti macam ni.
Bila cakap pasal kad kredit, ramai orang Melayu pandang serong dan hanya nampak pada negative side kepada kad kredit iaitu kumpul hutang. Jadi bila awal-awal dah ada mindset macam tu, memang kalau mereka ni dapat kad kredit pun mereka akan gunakan kad tersebut untuk kumpul hutang.
Mindset macam ni sama macam main saham. Cakap pasal saham, orang kita mesti terus terbawa kepada mindset bahawa saham ni risiko tinggi dan boleh cepat hilang duit (memang betul pun). Tapi kalau mindset tu diubah kepada yang lebih positif dan oportunistik, pasti anda akan menemui cara untuk menjadikan pasaran saham sebagai bank anda.
Tak tau nak buat apa dengan kad kredit ni. Buat masa sekarang, saya hanya nak ambil kesempatan terhadap apa-apa kelebihan yang datang dengan kad kredit ni. Memang banyak sebenarnya dan kalau digunakan dengan betul mengikut keperluan, boleh memberikan lebih nilai dan penjimatan.
Will write more on this in the future.

Kebijaksanaan menguruskan penggunaan kredit kad. Kalau belanja diluar kemampuan itu yang menyebabkan masalah.
Komen-komen yang diberikan oleh pengguna kad kredit boleh dijadikan panduan mengunakan kredit kad secara bijak.
Entri terbaru akubiomed >> Entri pemanas badan blog AkuBiomed