Kad Kredit Dan Deposit Beli Rumah

kad kredit

Bagi mereka yang baru setahun dua bekerja, nak kumpul duit deposit beli rumah bukan mudah. Deposit satu hal, legal fee dan stamp duti lagi? Dua benda tu makan ribu-ribu jugak. Berapa sangat yang dapat dikumpulkan dalam masa tak sampai tiga tahun kalau gaji RM3,500 sebulan.

Satu tips yang dikongsikan oleh Faizul Ridzuan dalam buku WTF – 23 Hartanah Sebelum 30 ialah dengan menggunakan kad kredit untuk mengumpulkan duit. Caranya mudah je.

Perbelanjaan orang disekelilingnya dikumpulkan di dalam kad kredit miliknya. Contoh, kalau ada rakan nak beli laptop, dia ambil cash daripada rakan tadi dan bayarkan laptop tersebut menggunakan kad kredit.

Dengan cara ni, dia boleh mengumpulkan jumlah tunai jumlah tunai yang sama dengan had kad kreditnya.

Mungkin ada yang bertanya, interest tu nanti macam mana? Kadar faedah kad kredit ni tinggi.

Untuk lari daripada membayar interest, gunakan perkhidmatan pemindahan baki (balance transfer). Sekarang ni, Maybank ada tawarkan perkhidmatan pemindahan baki tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Maksudnya, kalau pindahkan hutang RM12,000 daripada kad kredit lain, bayar jelah RM1,000 sebulan untuk langsaikan hutang tadi.

Tiada faedah dikenakan pada ansuran bulanan tadi jika dibayar penuh. Kalau bayar RM500 sebulan, yang baki RM500 tu akan dikenakan faedah pada bulan hadapan dan bulan-bulan seterusnya.

Dengan cara ni, dapatlah percepatkan pengumpulan wang tunai untuk membeli rumah, tak kiralah samada nak bayar deposit atau legal fee.

Walau bagaimanapun, kaedah ni sesuai untuk mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke atas sahaja. Yang gaji bawah daripada tu, dinasihatkan supaya buat perancangan betul-betul dahulu sebelum gunakan kaedah ni.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah kelayakan loan anda bila dah gunakan kaedah ni. Secara asasnya, bagi mereka yang mempunyai kad kredit dan nak apply loan rumah, adalah sangat digalakkan untuk mengurangkan baki hutang kesemua kad kredit anda di bawah paras 50% had kredit supaya permohonan loan mudah diluluskan.

Jadi, waktu paling selamat nak gunakan kaedah ini adalah selepas loan anda diluluskan dan anda dah sign loan offer letter dari bank. Agak berisiko kalau gunakan kaedah ni sebelum mendengar apa-apa cerita tentang kelulusan permohonan loan anda.

Untuk golongan pertengahan, kad kredit adalah sesuatu yang sangat berguna sekiranya anda bijak menggunakannya. Kad kredit tak jahat, yang jahat tu adalah nafsu anda nak berbelanja tak sudah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments