Jumpa Tun Mahathir Di Moscow

picture by Lina Mardhiah..

Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad. Bila bersalaman dengan dia tadi, memang dapat rasakan yang Tun sekarang ni dah dimakan umur tapi beliau masih aktif. Well, that’s Tun being himself. Dia takkan duduk diam punya.

Tun Mahathir tadi datang atas jemputan Presiden Russia, Dmitriy Medvedev dan sesi perjumpaan bersama pelajar Malaysia hari ini pun dilakukan pada waktu kelapangannya sebelum bertolak pulang petang tadi. Malang sekali buku terbaru beliau, A Doctor in The House – The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pada aku. Kalau tak dah berpeluang untuk minta tandatangan personally daripada dia. Bukan senang nak jumpa Tun ni, tak taulah bila lagi akan dapat aku bertemu dengannya.

It is an honour Tun. Thanks for seeing us.

24 Comments