Jom Tengok Saham – KHSB

Sebab kerja saya hari-hari tengok saham je, rasanya ada jugak faedah kalau saya kongsikan pemerhatian saya pada pasaran. Tujuan saya mudah, nak ajak anak muda lain untuk meminati bidang ini. Belajar slow-slow.

Beberapa hari lepas, saya ada menghantar tweet yang berbunyi:

AirAsia, KHSB, JCY [Link] – 23 Feb

Pada masa itu, harga KHSB adalah pada paras terendah selepas kenaikan terakhir (mencecah 80 sen). Semalam, naik pula ke paras tertinggi sehingga 66 sen.

Anak panah biru pada hari saya tweet

Siapa yang beli masa saya tweet tu, confirm dah buat lebih daripada 20% keuntungan semalam. Kemungkinan besar Isnin ni boleh mencecah 75 sen.

** Bukan panggilan untuk anda beli. Apa-apa pun untung rugi adalah tertakluk pada anda. Pelaburan dalam pasaran saham terutamanya adalah sangat berisiko. **

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments

  • Ekspresi Ruang

    4 March, 2012 at 12:28 am

    20% tu pon sbnrnya cukup byk bg yg tau bersyukur dan xtamak. huhu
    ssh nk komited main saham ni. kena slalu alert dgn naik turun dan spekulasi.
    xtry beli saham kechana petroleum & saham sapura crest? sbb xlama lg diorang nk merging being the biggest dlm industri.

  • Kereta Import Lebih Murah

    3 March, 2012 at 11:14 pm

    Setuju sangatlah. main saham tak boleh banyak perasaan tamak. Aku pun dah lupa password kat jupiter tu. Nak jugak try main. Kalau dapat bnyk duit dgn main saham, boleh ler nak beli kereta import satu. (Saya sedang mempromosi kereta import murah sekarang..)

  • Denaihati

    3 March, 2012 at 12:55 pm

    Kebanyakan player sendirian tak main banyak kaunter. Mereka fokus kaunter2 tertentu yang aktif dan follow trend up n down kaunter tersebut. Setiap kaunter tidak akan terus naik dan tak akan terus turun pasti ada julat untuk membeli apabila tiba masa yg sesuai.

    Kalau target beli untuk sort term mesti ada target untuk jual ketika untung atau rugi. contoh target nak jual apabila naik 20% jadi bila capai harga tersebut mesti jual jangan kisah berapa nak naik lepas tu. Kalau dah jatuh 10% jual je jangan fikir harga akan rebound sebab kalau rebound ok lah tapi apa jadi kalau terus jatuh 20%.

    Tamak telah menghancurkan ramai trader kecil BSKL.

    • Ariff

      3 March, 2012 at 2:46 pm

      setuju sangat. Ikut pengalaman, trader kecil kena kurangkan perasaan tamak tu. Dari awal kena set margin keuntungan dan bila tercapai kena terus cekup jangan tunggu. Asalkan tak rugi.

      • aslam

        6 March, 2012 at 11:48 am

        kena tau bila nak cut lose dan target berapa… kalau main contra,mungkin untuk short term.. boleh juga main swing..hold untuk jangka masa tertentu.

  • Izzat Aziz

    3 March, 2012 at 8:41 am

    Dulu masa ambil investment punya subject, kena pilih satu stock dan kononya invest, masa tu ambil takaful, bagi masa 6 bulan, lepas 6 bulan kena jual semua.. last skali bila kira boleh lah untung dalam 20 percent something.. walaupun sekadar olok-olok je, tapi rasa seronok duk periksa saham..haha