Jom Pergi Menembak

Ada dah pernah cakap dulu yang aku rindu menembak, sekarang impian dah menjadi kenyataan. Baru jumpa satu pusat latihan menembak di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat latihan menembak untuk orang awam. Walaupun kat situ guna pistol sahaja (tak terlawan dengan rifle M16 yang aku guna dulu) tapi asalkan dapat melepaskan gian menembak pun puas hati dah.

Jadi dengan sekelip mata aku keluarkan kad debit Maybank, log in kat Groupsmore dan beli terus pakej menembak tu. Yang bestnya pasal voucher tu adalah takde expiry date, maksudnya selagi pusat menembak tu beroperasi, selagi tulah voucher aku valid. Tak tau lagi bila aku nak pergi dan dengan siapa, tapi aku dah dapat jimatkan duit untuk dapat pengalaman berharga ni. Menembak guna pistol ni, memang kena rasa kalau korang ni memang seorang yang adventurous, ganas dan sukakan aktiviti yang mencabar. Dapat sekali seumur hidup pun jadilah.

Dah beli. hoho.. tak sabar nak pergi ni.

Gathering blogger tak habis-habis lepak Times Square, main bowling, picnic, Sungai Gabai dan sebagainya. Bosan dah. Lepas ni aku rasa ada trend laser tag sekejap.. Cuba sesuatu yang baru la macam menembak ni. Baru best.

Tahun ni memang berkemungkinan besar aku tak balik kecuali kalau ada orang sanggup nak sponsor tiket balik aku. Takpe. Simpan je dulu voucher tu.. Jadi klik sini untuk membeli voucher tersebut sebelum offer ni habis atau cukup kuota. You won’t regret it.

blog.ariff proudly sponsored by

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

37 Comments