Jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu

Aku rasa dah cukup lama aku berkecimpung dalam dunia blogging di Malaysia ni untuk aku perasan jenis-jenis blog yang wujud dalam dunia Melayu. So jom tengok apa jenis blog yang wujud di sekeliling kita.

Blog personal

Ni normal la. Aku rasa semua blog sejak azali lagi started as a personal blog. Lepas tu baru berkembang, tambah bidang. Jadi tak perlu nak komen banyak-banyak, semua orang faham.

Blog informasi

Ni bidang biasa yang diterokai oleh mereka yang ada personal blog. Information is power! Blog informasi ni kena cepat, pantas dan cekap untuk mendapat skop berita terkini. Blog informasi ni pun banyak jenis, ada kongsi ilmu pasal rumah tangga, pasal kereta, pasal kerja kosong, pasal masak-masak, pasal tutorial html/php dan macam-macam lagilah.

Blog ntah hape hape/blog copy paste

Blog yang macam ni biasanya takde benda original. Apa dia rasa seronok nak copy kat internet tu, dia copy masuk blog dia. Kadang-kadang ikut sedap bapak dia je copy entri blogger lain lepas tu letak dalam blog dia. Konon-konon dia tulis la. Blog camni biasanya tujuan dia satu, nak buat duit Nuffnang. Kerja senang, duit senang dapat tapi ada maruah ke tak buat duit macam tu, lu pikir sendiri.

brought to you by

Blog translate

Haha.. ni pun kadang-kadang aku buat. Takdela selalu, sekali je kot. Mengaku awal-awal.

Biasanya kalau nak jadi blog informasi, kena ada banyak sumber ilmu. Jadi kalau sumber ilmu tu dalam bahasa Inggeris, translatekan ke dalam bahasa Malaysia lepas tu pos dalam blog sendiri. Tak payah kutuk aku, semua orang buat. Kalau tak kantoi takpe, kalau kantoi sendiri malu muka lah. Haha..

Blog translate camni, kalau nak bermaruah sket, tak payahla copy semua kan. Ko translate text, amik isi dia cukup lah. Lepas tu olah sendiri. Gambar atau apa-apa attachment pun kalau boleh buat sendiri. Ni kalau copy bulat-bulat, amik semua gambar tu (ntah-ntah siap hotlinking terus) memang nampak sangat kemalasan tu.

Kalau ada blog dalam bahasa Russia yang aku boleh copy paste kan seronok. Takde siapa boleh kantoikan aku. wahahaha~

Tapi takdelah. Content dalam blog.ariff adalah 95% datang daripada kepala hotak aku sendiri, kecuali yang Guest Post tu la kan.

Blog gambar

Ni biasanya blog budak pompuan & photographer amatur. Yang pompuan suka upload gambar banyak-banyak, sebab tangkap gambar banyak-banyak guna camera point and shoot. Mentang-mentanglah sekarang ni kamera point and shoot semua kecil-kecil.

Yang photographer pulak suka tangkap gambar sana sini, tapi dengan stail dan penuh kesenian. Lagi best kalau dia reti edit gambar tu kasi cantik guna Photoshop lepas tu dia ceritakan apa kisah disebalik gambar tu. Aku kadang-kadang suka gak tengok blog-blog camni, walaupun ada masanya banyak gambar camwhore, tapi kalau gambar cantik boleh dimaafkan.

Blog politik

Huh. Ni fed up aku baca, nak nak lagi kalau blog politik yang bersikap kepartian. Memang menyampah. Orang Melayu ni kuat berpolitik, kalau dah melekat dalam bidang politik ni, kadang-kadang banyak benda yang diorang buat boleh buat malu kaum je.

Kalau blog politik aku lebih suka baca yang independant. Takde nak amik side siapa-siapa and kalau amik pun, of course setelah banyak pertimbangan dilakukan.

Blog cerita

Yang ni biasanya blog yang senang jadi terkenal sebab orang suka baca cerita yang menghiburkan. Aku rasa sekarang dah banyak dah blog macam ni, mereka tulis cerita ikut kreativiti dan imaginasi mereka lepas tu letak gambar sikit. Blogger yang buat blog ni memang berbakat dalam bidang penulisan sebab cerita yang diorang tulis kalau tak lawak, mesti menarik dan membuatkan orang tertunggu-tunggu nak baca.

Tapi itulah, kalau mereka menulis, mesti panjang-panjang. Kadang-kadang macam nak baca novel online pulak. So kena amik masa untuk baca.

*******************************************

Kategori yang aku nyatakan kat sini, tak semestinya satu kategori untuk satu blog je. Agak bosan sebenarnya nak cerita pasal benda sama dalam blog, jadi kebanyakan blogger akan tambah bidang dan cuba masukkan blog mereka ke dalam kategori-kategori lain.

Apa lagi eh? Ada lagi tak yang aku tak mention?


63 thoughts on “Jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu

  1. ada jugak ak suka copy paste..biasaye artikel2 menarik bkaitan keagamaan/isu semasa lbh pd dunia luar…sbb senang nk baca balik..nti bukak blog sndiri jer, xyah nk google dah..tp biasenya letak ar kredit..

    tp semakin lame dunia blogging ni…byk baca blog org len, idea nk tulis tu dtg sendiri..sbb alang2 dh bukak blog, pe salahnyer tulis kan…xksh la psl pepun..jnji goreng..

    nk letak kategori mane pun xtau…blog rojak kot.

  2. pernah dengar pasal blog idea tak? ada macam politik but no party matters..politik kepartian ni sampah je..blog idea tu, macam blog sosialis, liberalis, humanis, dan macam2 lagi..senang cerita mereka pun anti parti..but still in politics..
    .-= Cerita terbaru bH.. Nekadku =-.

    • Pernah2. Yup, aku memang kadang2 baca blog idea ni. Tapi biasanya memang kadang2 ada berbau politik kepartian gak.
      Tapi kalau politik kepartian… ada yang masya allah ntahapehape. Bahasa makian kalau boleh satu entri tu dia nak letak. Memang kotor habis. Buat malu orang Melayu je

  3. aku tengah pening, nak letak kategori apa dalam blog ni.
    apa2 pun, aku nak share yang semua pembaca.
    “blogging… sharing is caring”

    • Benda baru mmang seronok.
      Hati ni rasa sentiasa muda. pastu syok sendiri. heheh..

      skrg ni tengah bertungkus lumus tambah plugin mana yang patut.
      .-= Cerita terbaru nuwa.. Salam Dunia Blogging =-.

    • Uh.. terima kasih sebab memilih blog aku juga. Macam terharu pun ada..

      Takpe. Blog ko pun ramai dah memfollow. Biasa blog yang dah maintain lama akan ada pengikut tetap dia. Kena konsisten je la.

      • Ramai orang baca blog kita mungkin disebabkan gaya penulisan kita dan isi. Apa tidak boleh bakat itu dijual? Kan? hehe.

        Semenjak berblog, saya dah keluarkan 2 novel. Menulis mlm2 je arif. side income :) Bandingkan dengan pendapatan nuffnang, jual kat publisher lagi masyuk :)
        .-= Cerita terbaru Khairi.. The biggest Python captured on Amateur camera! =-.

  4. Ehem… salam,

    Dua jenis blog kat atas tu aku ada. Blog cerita, dan blog copy paste. hehe.

    Blog cerita ada cerita pengalaman kelakar yang first time visitor takkan baca sbb pjg, tapi pembaca setia aku akan baca sbb diorang kat dalam entry pajang tu ada benda best dan kelaka. Alhamdulillah, selain nuffnang yg baru lepas 50 hingget, blog ini juga boleh generate duit kalau isinya boleh dijual ke mana2 publisher.

    Kalau korang rasa blog korang best, ayuh, jual ke publisher.

    Blog copy paste aku kopi pes emel2 aku yang selalunya bergambar untuk perkongsian.

    Aku ke sini melalui blog ariedrifke. :)

    • Kalau dapat jual kat publisher tu memang tahap hebat dah.

      Copy paste ni takde masalah kalau benda tu unik. Kalau kita copy paste benda yang orang dah tahu, memang susah la nak dapat trafik.

      Thanks for reading :D

    • Download download movie cerita ngan lagu ni aku cari kat site tehparadox. Kat situ lagi cepat update. Biasanya diorang cedok dari situ gak..

    • Ada.. terkejut gak ada orang buat camtu. Lepas tu siap ada earning Nuffnang lagi. Terfikir.. ish.. patut ke macam tu?

      • x patut rasanya sbb tuan punya blog yg asal tuh kemain pecah kepala nak pikir isi entry tp sudahnya sesenang org lain kopipes. lainlah kalo org yg kopipes tuh kasik kredit kat blog yg dia copy tuh x pun bahagi dua income nuffnang dia tuh. hahhh gituh baru adil rasanya kot ;)

        • Kalau mintak kebenaran takde masalah dan benda yang dia copy paste tu ada kaitan dengan blog dia, Tapi kalau takde kaitan langsung dan copy paste sebab nak trafik je, tu macam dah buang masa la.
          Aku cukup malas masuk blog yang takde original content.

  5. woiii…aku xske ek upload gmbr byk2..tu namanye budget cun.muahaha…weyh, awal2 pagi aku masuk office pagi ni, aku dapat call dr student kat Moscow, nak beli tiket emirates balik msia 26jun. tp tiket dah nak hbs da pong. seat pon xbyk. jun peak season kan?

  6. suke baca blog cerita. tp, jmpe blog cerita ni satu dua jep.. ssah nk jmpe yg btul2 mengasyik kn.. hehe..
    .-= Cerita terbaru maisyara.. menggigil badan ku memikirkan result SPM akan keluar nanti! trrr.. trrr.. :( =-.

  7. err .. blog bola
    blog IT and gadget
    blog game
    blog download
    blog lucah …
    blog gosip

    hohoho .. banyak lagi tu bro! Aku blog aku rojak jer .. tapi maybe boleh juga jadi blog kebajikan

    Blogger We Care :-)
    .-= Cerita terbaru hydir.. Siapa kata jadi Engineer seronok? =-.

    • Blog kebajikan. Betul gak :D

      Blog lucah.. macam kejap ada kejap takda je. Biasalah bila orang report2, mesti kena shut down, ataupun kena block dengan kerajaan.

    • haha. Ada orang memang tak minat langsung pasal politik. Aku minat tu adelah sikit-sikit, tapi kalau pekat sangat semangat kepartian, memang aku tak layan langsung lah blog macam tu.