Jenguk-Jenguk Rumah Tierra Shah Alam 2

tierra shah alam

Kebetulan saya dan wife berada di kawasan ini siang tadi, jadi kami mengambil kesempatan untuk menghadiri open house Tierra di Shah Alam 2.

Tierra adalah rumah jenis teres dengan kelausan tanah berukuran 22 x 90 kaki dan built up area 2210 sqft. Harga bermula daripada RM500k sehingga RM650k, tapi ni harga soft launch. Harga dalam brochure (harga rasmi) lebih tinggi, bermula dari RM571k.

Dari segi design cantik dah. Nothing too extreme atau pelik. Cuma dari segi material, nampak macam IJM ni makan untung kaw-kaw untuk projek ni. Bila nampak batu jenis sand brick yang digunakan berbanding clay brick, saya dah turn off nak beli. Tambah pula wife yang berkelulusan dalam bidang arkitek point out satu-satu benda yang murah dalam binaan tu, saya tak rasa rumah ni berbaloi pada harga yang diletakkan.

tierra shah alam 2

Lagi satu, ianya leasehold. Yes, leasehold in the middle of nowhere.

Tapi best la field trip dengan wife yang tau pasal rumah ni. Biasanya kalau perempuan lain tau rumah cantik/tak cantik, dapur besar/kecil, ada laman/takde laman je. Kalau saya tengok rumah dari segi potensi pelaburan, wife pula tengok dari segi kualiti binaan.

So lepas ni tau dah mana nak dating selain shopping mall. hehe..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

26 Comments