Jam Tangan Pilihan

Aku tak pernah suka pakai jam tangan. Sebab utama adalah badan aku yang cepat berpeluh. Bila dah berpeluh dan melekit, pakai jam mahal macam mana pun mesti rasa tak best. Satu lagi sebab rimas. Kalau boleh aku nak tangan aku bebas tanpa elemen lain. Tak pernah suka pakai apa-apa kat tangan ni.

Selama 24 tahun hidup tak pakai jam, senang je sebenarnya kalau nak tau waktu pukul berapa. Samada tengok kat phone, ataupun tengok jam orang. Tengok jam orang adalah lebih mencabar, memerlukan skil untuk menoleh dan melihat tanpa menimbulkan syak wasangka target tersebut.

Boleh juga dijadikan alasan untuk usya awek dalam metro. -__-‘

Disebabkan tak lama lagi aku akan bergelar ‘pekerja’ (harap bukan ‘penganggur’), imej tu kena ubah. Pemakaian jam bagi aku adalah satu perubahan. Jenis jam yang dipakai juga akan mencerminkan personaliti aku nanti.

MG 29er – dah terkeluar daripada bajet tapi lebih kurang macam ni yang sedang dicari

Untuk mengatasi masalah peluh dan ketidakselesaan semasa memakai jam, aku akan menggunakan tali jam yang diperbuat daripada nylon. Dalam bahasa pasaran, tali jenis ini dikenali sebagai NATO strap. Mula popular digunakan apabila jam yang menggunakan tali jenis ini menjadi perkakas rasmi tentera di UK.

Aku lebih suka jam automatik/mekanikal berbanding yang jam quartz yang menggunakan kuasa bateri. Jam automatik adalah lebih original dan orang yang kenal aku tahu aku suka buat sesuatu ikut cara aku. Jam automatik mempunyai mekanisma tersendiri untuk ‘mengecas’ dan membolehkan jam tersebut berfungsi.

Biasanya jam automatik lebih mahal..

CWC military grade standard issue untuk tentera British. Pilihan bagus tapi jam design jam ni terlalu skema. Mungkin disebabkan untuk kegunaan kerajaan ia direka sebegitu.

Bila dah memilih jam automatik, kategori jam digital sekaligus terkeluar daripada pilihan jam yang akan aku beli. Juga fungsi chronograph adalah sesuatu yang membazir duit buat masa ini sebab fungsi tersebut tidak akan aku gunakan. Sekarang aku hanya perlukan jam dengan fungsi tarikh.

Akhir sekali adalah kalis air. Terdapat beberapa standard kalis air pada jam (30, 50, 100 dan 150m). 100 meter adalah standard yang sesuai digunakan jika jam tersebut digunakan bersama ketika berenang. Ia juga melambangkan tekanan atmosfera yang mampu diterima oleh jam tersebut. 100 meter adalah pilihan mereka yang lasak supaya jam tersebut tahan lebih lama, lebih-lebih lagi dalam keadaan suhu melampau sejuk di Moscow ni.

Masih lagi mencari. Percaya atau tak, sehari suntuk aku cari jam pilihan di internet.

Update – Bacaan sesuai untuk peminat jam tangan.

  • A Blog to Read – Independent blog tentang jam. Antara blog yang paling popular dalam niche jam tangan.
  • Watch Snob – Editorial di Askmen.com. Can’t go wrong about it.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

46 Comments