Jalan Jalan Malam Merdeka @ Genting Highlands

Malam Merdeka, malam 31 Ogos tiap-tiap tahun ni biasanya jadi malam para remaja muda mudi dapat kebebasan lebih sikit berbanding malam-malam lain. Kalau malam hujung minggu yang biasa budak-budak ni balik pukul 3-4 pagi, malam merdeka pulak mereka balik pukul 6 pagi, lagi best tak balik langsung malam tu. Jadi kutu rayau melilau entah ke mana. Aku tak terkecuali dalam hal ni.

Tapi aku takdelah liar mana pun, setakat melepak bersama kawan, keluar makan sambil ronda-ronda sana sini je. Takdelah nak buat kerja tak senonoh macam hisap dadah, buat aktiviti seks bebas, pergi pub & disco tu semua. Ibu bapa, sila pastikan anak-anak anda tak terlibat dalam aktiviti yang tak senonoh macam ni, yelah ada ibu bapa yang open. Kasi kebebasan mutlak pada anak-anak. Silap haribulan, dah dapat cucu.

Malam tadi sebenarnya macam-macam plan timbul. Dah plan awal-awal nak buat something malam merdeka, tapi sampai malam tadi masih lagi buntu nak buat apa. Dari planning nak pergi Melaka sampailah planning nak naik Pulau Pinang. Last-last pergi lepak kat Putrajaya je. At least something la kan.. Daripada duduk kat mamak mengisi perut tu je..

Malam dimulakan dengan upacara penyerahan iPhone 3G yang dilakukan dengan penuh adat istiadat kepada pemilik baru, Een. Semoga iPhone tu akan dapat berjasa pada pemilik barunya seperti ia telah banyak berjasa kepada aku.

digi award2 Banner

Di sebalik kamera besar, ada orang besar. Macam biasa, Syah jadi driver dan photographer. Thanks a lot bro! Cuba teka rambut macam hantu yang interframe tu rambut siapa? :D

Lepak IT @ Putrajaya. haha.. Nasib baik aku bawak MacBook Pro malam tadi. Adelah jugak benda nak main. Ada ke diorang suruh aku cerita pasal SEO, PageRank ngan Alexa kat tengah-tengah padang depan Istana Kehakiman Putrajaya =________=’ Tak kena pada tempat betullah diorang ni.

Sebenarnya masa kat Putrajaya tu, lepak kejap kat jambatan. Tapi disebabkan ada polis terlebih rajin menghalau orang melepak, maka berhimpunlah kami di dataran depan Istana Kehakiman ni. Takde guna pun sebenarnya, lepas polis berambus, orang berduyun-duyun melepak balik kat jambatan tu. Buat penat je.

Lepas tu naik melepak kat mamak di Taman Melawati. Sahurrr.. Tunggu Blowie tukar kereta dan mulalah kanvoi naik ke Genting Highlands. Pertama kali rasanya aku naik ke Genting Highlands dengan kereta. Sebelum ni pergi naik cable car je kot. Tu pun masa kecil dulu.

Menyambut pagi ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-53 di Genting Highlands. Udara segar, pemandangan cantik, sinar mentari menerangi segenap alam yang indah ini.. Yeah. Aku berjaya memerdekan minda aku dari segala kecelaruan dunia pada pagi tadi buat sementara waktu. Kiranya berbaloilah jugak aku keluar menyambut malam Merdeka ke-53 ni kan. Jangan tanya posing gila tu idea siapa, tak lain dan tak bukan idea si Eny la. Motif? Aku tak tau!

Sampai kat Genting, lagi sekali buntu tak tau nak buat apa-apa. Yelah, masa banyak lagi. Kalau nak turun balik macam rugi. Bukan selalu datang situ kan.. Last-last bersetuju nak naik cable car pergi balik sebab tak jadi masuk park naik roller coaster. Oklah tu. Cable car pun seronok apa, dah la panjang. Naik ramai-ramai dengan orang separa gila yang tak cukup tido ni memang mengujakan. Sepanjang-panjang 40 minit turun naik tu, gondola kitorang memang riuh-rendah.

Memang best la naik cable car nih. Kenapa takde cable car sepanjang banjaran Titiwangsa eh? Tak pun dari Genting tu turun KL ke.. hoho.. agak-agak berapa jam la perjalanan atas gondola tu kalau diorang buat cable car dari Genting sampai KL. Gila!

Ini gondola bendera Malaysia. haha.. tak la.. ini gondola untuk technician kot.. Tapi aku nak naik yang nih.. baru mencabar! Kenapa Fear Factor tak kasi challenge naik gondola ni sampai atas? Baru betul-betul menguji keberanian peserta.

Thanks to Syah, Een, Paeh, Ayong, Man, Eny dan Blowie sebab bersengkang mata melepak sampai hari ni. Aku pun tak cukup tidur lagi nih. Baru dapat ganti tidur kurang daripada 3 jam. Adeh.

2010/2011 Premium Sponsor


65 thoughts on “Jalan Jalan Malam Merdeka @ Genting Highlands

  1. mase nampak gondola-bendera-malaysia tu dulu,siap bet dengan member kalo dia naik gondola tu saya nak bagi duit bonus kat dia..seb baik dia tak berani..huhuhu

  2. kantoi pakai baju same dr malam sampai pagi..hehe (bucuk)

    besh nye jalan2..kat sini, sol tido je sepanjang ari sbb cuti..qada’ tido melampau..hehe

  3. ehehhe.. lyan korang mang syok.. smpai awek aku kol pon aku xsedar time tido0.. bersepah miskol.. ngee..
    thanks to u all coz bwak aman g jln2 mlm merdeka.. ehehhe.. later kite plan chantek ckit.. leh g lpak lame2.. ngee.. korang kan buas bab2 jalan nie.. ehehhe.. terutame dak sakit tuh.. xpadan ngan kcik + sakit.. advance gilew bab jalan.. ahahhaa.. eh eny.. sehaaaaaat ea.. ahakz..

    to ariff.. smoge blek mlaysie.. dak2 nie kang da kurang sorang players a.k.a mastermind nk g meroyan.. uhuhuhu.. blek moscow time bepday gua.. ahahhaha..

    luv u guys.. <3^infinity aahhahha

  4. hahaha~
    sempat lagi tuh..ok la, takde la ko lepak umah jek bile balik mlysia nie~
    ade gak peneman bawak sana snie kn?
    seyes,aku tengok gondolan tech tuh mmg seram~
    cmner agknye dia buat keja ek?

  5. waahh.. ariff.. seronoknye..
    g sampai genting.. skrg da smpi umah ye?
    best giler kumpul ramai2.. then lepak dgn member2.
    lain kali sy nak itot la.. hahaha..
    nak jd geng blogger.. best la aktiviti korang..
    neway.. enjoy ur sleep..
    take care ariff.. (;

    p/s : nice entry.. ^_^

  6. cis ko update dulu kan.. hoho lawan tokey ni.. gyahahahhaah~ japgi aku update pasal ni gak.. lalalalalalala… sian eny tak sabar nak picture.. nanti aku upload eh… ape2 pon thanx korang2 smua kerana menceriakan hari aku… love u guys a lot :) BFF

  7. Aigoooo! Besh besh!! Pagi2 dah gerak genting memang segar ah udara sana kan? :) Teringat lak masa dulu pergi pun pagi2 hari.. Btw, Eny! Apa motif kau suruh peace dan pandang belakang~