20140105-001309.jpg

Jalan-Jalan Kuantan

Dah lama tak keluar jalan-jalan macam ni. Kebetulan hari ni mama nak hantar opah ke Kuantan untuk medical check up kat sana, jadi follow jelah.

Last lalu highway Karak ni adalah masa event Asia Harley Days dulu. Teringat lagi pagi-pagi mendaki bukit naik Harley. Memang best sebab udara fresh.

Perjalanan ke Kuantan ni takdelah lama sangat apatah lagi drivernya bawa average 120 km/jam. Berdesup.

Sampai dan lunch di rumah Mak Teh. Nasi dagang, nasi kerabu, gulai lemak ikan patin, kari ikan tenggiri adalah damage kepada diet saya kali ini. Memang puas hati makan. Boleh rasa beza kualiti ikan kat sini yang lebih fresh berbanding yang dimakan di KL. Lepas lunch, rehat kejap sementara tunggu petang untuk melawat Pantai Sepat.

20140105-001254.jpg

Ada gaya model tak?

Pantai ni tak ramai pengunjung walaupun hari hujung minggu macam ni. Orang datang setakat ambil angin je. Tak tau kenapa.

20140105-001341.jpg

Pengantin baru kat gerai mee kari tepi Pantai Sepat. Mee kari sebagai pembuka selera untuk acara makan petang ni

20140105-001326.jpg

Gerai keropok lekor sata Mokna yang memang kami target dari awal lagi. Sata dia memang best. Lima biji RM2 tapi kecil-kecil. Saya makan tadi at least 8 biji baru puas hati.

Ramai orang kat kedai ni dan seperti biasa masalah yang dihadapi di kedai-kedai Melayu yang berpotensi, kedai not seriously managed. Nak ambil makanan bergoreng pun sampai tak cukup dan kena tunggu. Lepas tu terpaksa berebut dengan customer lain sebab layan diri.

20140105-001309.jpg

20140105-001352.jpg

Our first trip as husband and wife. More to come :)

Dah makan balik rumah Mak Teh kejap, solat dan bertolak pulang. Short trip but oklah. It’s always nice to get out of KL once in a while.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

7 Comments