Jalan-Jalan Kuala Kangsar

Last weekend jalan-jalan ke Kuala Kangsar sebab nak hantar opah balik. Dah dua bulan opah tinggalkan rumah, sejak dari sebelum nikah hari tu. Nasib baik la opah takde bela ayam ke, itik ke.. kalau tak confirm lagi runsing opah nak balik kampung.

Ni kali kedua pergi Kuala Kangsar. First time dulu masa follow AE untuk seminar hartanah dia.

IMG_4446

Pukul 8 pagi dah keluar rumah. Macam best je tengok orang ni memancing pagi-pagi Ahad. Tak tau la sampai bila sungai ni hidup. Sekarang ni kat mana-mana pun ada development dah.

IMG_4447

Pasar Ahad ni kat kawasan lembah Kuala Kangsar, tepi Sungai Perak. Untuk orang bandar, everything is good here. Belilah apa-apa food, memang puas hati. Buka dari pagi sampai tengah hari.

IMG_4452

Kuih dangai. Kelapa, gula.. dan entah. Tak minat sangat but oklah.

IMG_4461

Tepung bungkus. Macam tepung pelita la..

IMG_4453

Pagi-pagi dah ada lemang..

IMG_4462

Pau kat kedai Cina.

IMG_4464

Cakoi tak dilupakan.

IMG_4465

Nasi ulam. Macam nasi kerabu, cuma sayur-sayur dia lain sikit. Tak heavy sangat macam nasi kerabu. Mana nak cari nasi ulam kat KL ni??

IMG_4483

Lepas pasar pergi ke kampung opah. Kampung ni memang tepi bendang.

IMG_4486

IMG_4490
IMG_4493

Ada orang paksa panjat

IMG_4475

Revisit Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

IMG_4476

Rumah lama sebelah Masjid Ubudiah. Macam ada hantu jee…

IMG_4482

Muzium diraja Kuala Kangsar. Tengok-tengok luar je. Don’t know why, tapi saya jenis yang tak minat masuk muzium kat Malaysia ni..

IMG_4498

Riang-riang. First time jumpa natang ni. Nampak budak-budak kampung kat sini main benda ni relax je. Menghasilkan bunyi yang sangat nyaring dan keluar pada waktu malam.

Masa malam saya tido kat Kuala Kangsar ni adalah seekor riang-riang ni terlanggar tingkap bilik. Menjerit-jerit binatang tu. Terpaksa bangun dan halau. Rasanya kat belah utara je ada kumbang ni.

Seronok gak dapat jalan-jalan kampung macam ni. Seronok jalan dan seronok makan. hehe.. Takpe.. takpe. Balik KL nanti diet balik.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments