Jalan-Jalan Jepun

SONY DSCOsaka Castle

Ada apa kat Jepun? Yang saya tau ada Disneyland je.. hmm

Awal pagi tadi baru je book tiket gi Osaka, Jepun. Plan asal nak ke Tokyo, tapi sebab dah terlepas tiket murah, ambil Osaka. Sama je sebab kedua-dua bandar memang dalam list tempat untuk dilawati untuk trip ke Jepun nanti.

Plan asal untuk trip tahun ini adalah ke Turkey dan Greece. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa tangguh. Semalam check ada tiket yang murah ke Jepun, terus decide nak pergi sana. Snap decision.

Orang cakap kalau nak pergi melancong ni kena plan dulu. Salah. Kalau nak melancong, beli tiket dulu. Beli tiket awal-awal untuk dapat murah. Dah ada tiket baru plan dengan lebih detail.

Ada masa nanti saya akan tulis tips untuk mendapatkan tiket murah Air Asia.

So yeah, September ni ke Jepun selama 11 hari 10 malam. Yahoo! Tak sabar. Dah lama tak jalan-jalan jauh macam ni. Passport buat kumpul habuk je.

Apa lagi yang best kat Jepun? Yang dah pergi tu kasi idea sikit.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments