Jalan-Jalan Istanbul – My Story

Jalan-jalan Istanbul kali ni sebenarnya last minute planning. Sepatutnya bukan Istanbul, tapi Cape Town, South Africa. Tapi kami tak menyesal langsung pergi Istanbul ni bahkan planning nak pergi lagi. Kalau follow kisah saya sebelum ni, tiket pergi balik Istanbul ni saya dapat percuma daripada point kad kredit. Bertahun jugak kumpul untuk tebus tiket ni.

High tourist season melawat Turki adalah pada musim bunga, April-Mei dan musim luruh, September – Oktober. Selain daripada masa ni, tak terlalu sibuk dan hotel tak penuh, lebih selesa. Kalau naik flight kelas ekonomi, bulan-bulan ni confirm beratur panjang kat imigresen.

Landing at Istanbul Ataturk Airport. Fast Track pass cukup membantu tak perlu beratur panjang di imigresen.

Naik metro dari airport ke stesen. Nak jalan Istanbul mesti pandai guna public transport dia. Tak susah pun. Dengan pelbagai app yang ada (baca entri selebum ni tentang persiapan ke Turki), takde masalah dah nak jalan-jalan Istanbul. Yang penting ada internet. Saya guna local simcard dan modem sendiri masa travel. FYI. Beli modem sendiri dan guna local sim lebih jimat kalau banyak travel.

Check in Hotel Erguvan. Lepas rehat dan jalan-jalan sepanjang Kennedy Cd. Masa kami sampai, cuaca memang elok sangat. Ada matahari dan tak terlalu sejuk. Disebabkan kedudukan Istanbul menghadap lautan Marmara, angin memang kuat di sini. Jadi udara sentiasa segar dan nyaman.

Hari kedua kerja. Melawat kilang sebuah syarikat pembuatan barangan kulit di sini. 80% pendapatan daripada jualan dalam negara sahaja dengan 20% eksport. Nilai jualan setahun mencecah RM150 juta.

Ingatkan kerja separuh hari je. Sampai hotel petang dan dah penat. Terus tak keluar.

Next day melawat pulau Buyukada, salah satu daripada sembilan pulau di lautan Marmara yang dikenali sebagai Prince Islands. Kalau naik public transport, kenalah tahu sikit-sikit nama tempat dalam bahasa Turki sebab feri ni berhenti di semua pulau, jadi jangan silap turun. Buyukada adalah yang paling besar. Perjalanan naik feri sejam sehala. Relax sikit.

Tambang murah je, dalam 5 Lira kalau tak silap. Istanbul best sebab tambang public transport sangat murah. Kalau naik tram, bas atau metro, tambang dikira per entry, bukan ikut jarak macam kat Malaysia.

Bagi burung camar makan atas feri. Jaga-jaga jangan sampai kena berak dengan burung sudah

Tiada kereta di pulau ni dan transportation method yang utama adalah kereta kuda. Secara peribadi, nothing much pun kat pulau ni selain daripada hutan, pantai, bangunan lama dan banyak summer house yang kosong. Pulau ni sesak masa musim panas dan kebanyakan pantai ada entrance fee. Kalau nak lari daripada kesibukan kota Istanbul, sinilah tempatnya.

Bukan summer house tapi mahkamah.

Hari-hari seterusnya barulah jalan-jalan sekitar Istanbul. Takde itinerari kat sini, jalan ikut mana sempat, ikut mood. Kalau first time, cari penginapan sekitar stesen tram Sultanahmet. Lokasi terbaik sebab dekat dengan public transport dan main attraction.

Masjid Sultan Ahmet. Negara sejuk ni mencabar sikit nak ambil wuduk. First time solat subuh kat masjid ni datang awal sangat sampai pintu pun tak buka lagi. Alhamdulillah.. Saya tak faham kenapa mereka solat Subuh berjemaah hujung-hujung waktu. Good experience.

Grand Bazaar. Tak jumpa apa-apa kat sini dan tak pusing habis sebab nampak barang yang dijual semuanya lebih kurang je. Kurang selesa nak jalan sini sebab semua peniaga jenis yang panggil masuk kedai. Kat Spice Market lagi agresif. Saya suka Grand Bazaar sebab bersih, cerah dan laluannya luas.

Galata Tower. Tak sempat naik atas ni. Hotel kami selepas pulang dari Cappadocia dekat je dengan tower ni. Kawasan ni lebih relax, banyak cafe, tempat yang best untuk lepak-lepak. Next time kalau ke Istanbul, memang saya akan cari penginapan di kawasan ni.

Selain daripada itu, Istiklal Street pun dekat je. Istiklal Street ni macam Arbat Street kat Moscow, atau kat KL macam Jalan Bukit Bintang, cuma jalan ni tiada akses untuk kereta.

Bila Naurah dah tido, barulah dapat dating kejap dengan wife

Dari Galata, boleh jalan melalui Istiklal sehinggalah ke Taksim dan sepanjang jalan ni terdapat macam-macam kedai, shopping centre dan restoren. Sinilah tempatnya nak shopping barang yang nak di bawa balik.

Kat Istiklal ni ada laluan scenic tram sehingga ke Taksim cuma masa kami di sana hari tu, renovation sedang berjalan, jadi takde tram. Galata-Istiklal-Taksim ni common route sebagai pelancong di Istanbul. Don’t miss it.

Ok. Blogpost to be continued. Read my past blogposts.

  1. Persiapan Saya ke Istanbul
  2. Jimat Duit di Istanbul

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply