Jalan-Jalan Eropah (Siri 13) – Ulm, Bandar Kelahiran Albert Einstein

Lepas melawat bandar Stuttgart dan muzium Mercedes Benz, singgah ke Ulm ketika dalam perjalanan pulang. Ulm adalah sebuah bandar kecil yang terletak lebih kurang 30km dari Biberach.

Tarikan utama bandar Ulm adalah gerejanya yang merupakan gereja tertinggi di dunia. Walaupun 80% daripada keseluruhan bandar ini musnah dibom ketika Perang Dunia Kedua (1944), gereja ini tidak mengalami sebarang kerosakan langsung.

Ulm juga merupakan bandar kelahiran Albert Einstein (14 Mac 1879). Di tengah bandar, dibina sebuah memorial untuk menandakan lokasi rumah Albert Einstein ketika dia dilahirkan. Rumah tersebut juga musnah dalam pengeboman pada tahun 1944.

Pro tip daripada kawan aku untuk sesiapa yang ingin melawat Ulm:

  • Jangan singgah ke Mc Donald’s depan stesen keretapi kerana pekerja kat situ adalah yang paling tak friendly dan muka tak reti senyum dalam Jerman.
  • Kedai kebab di dalam lintasan jalan bawah tanah depan stesen keretapi adalah yang paling tak sedap.
Selain daripada tu, Ulm mempunyai kawasan tepi sungai yang sangat sesuai untuk berdating. Ada hotel tepi sungai yang memang kalau bangun pagi di hotel tersebut boleh dengar deruan air macam tinggal tepi waterfall. Bandar ini sesuai sebagai singgahan untuk honeymoon sebab tak sesak dan ada lokasi yang memang close to nature.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments