Jalan-Jalan Eropah (Siri 4) – Bangun Pagi Petik Strawberi

Bangun pagi tadi, tak mandi terus keluar jalan-jalan. Hari ni cuti umum. Bandar Biberach yang senyap ni bertambah senyap sebab orang semua tak keluar rumah dan student balik kampung. Bandar ni memang aman, sesuai sangatlah untuk aku melarikan diri daripada hiruk pikuk Moscow. Serius aku cakap, bandar ni memang macam syurga.

 

Bandar ni dikelilingi oleh ladang gandum. Gandum di Jerman ni penting untuk buat roti dan beer. Beer merupakan salah satu eksport utama mereka. Memang kampung habis tempat ni.

 

Jadi pagi ni kawan aku ajak pergi petik strawberry. Nak jalan ke sana jauh gak, lalu kawasan ladang gandum dan jagung. Ada juga orang bela lembu tenusu dan kuda. Kebanyakan penduduk memang dah lama tinggal sini, mungkin sejak terun temurun keluarga tu kat sini. Nak cari orang muda susah, mungkin ramai dah berhijrah ke bandar untuk belajar atau bekerja.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

27 Comments