Jalan-Jalan Eropah (Siri 15) – Food & Some Other Pictures

Masa nak pergi Paris hari tu sibuk cari kereta untuk disewa. Walaupun kos sewa kereta sendiri dengan travel naik train adalah lebih kurang sama, tapi sewa kereta ni advantage dia adalah dapat detour ke tempat lain semasa dalam perjalanan ke destinasi utama. Kalau naik train, rasanya tak sampai Strasbourg. Lagi satu, tidur dalam kereta adalah lebih jimat berbanding sewa hostel waktu peak season macam sekarang ni.

Proton tahun 1999. Harga 200 Euro. Ada orang nak beli ke?

Sewa Ferrari sejam adalah 229 Euro. Kalau nak merasa bawa Ferrari sekali sekala, boleh je.

Strasbourg – bandar persinggahan macam ni rugi kalau tak disinggah sebab memang dah on the way.

Makan apa kat sini? Kadang-kadang ada chef masak, tapi biasanya keluar makan. Ada Chinese restaurant kat sini yang mana pemiliknya adalah orang Negeri Sembilan. Dah berbelas tahun aunty tu tinggal kat sini. Selain tu banyak kedai makan orang Turki dibuka di sini. Kedai Turki di Jerman adalah seperti kedai mamak di Malaysia, mana-mana pun ada.

Halal

Hand made freshly baked pizza kat kedai makan Turki

Doner kebab. Dicipta oleh orang Turki di Berlin pada tahun 1971. (read more)

Ni lauk masa makan kat kedai aunty tu. Ikan sweet sour dengan masak sate.

Kari ikan yang memang terbaik! (masakan chef)

Mi hailam, juga masakan chef.

Kalau malas masak, makan hotdog resepi Jerman macam bawah ni. Rasa dia memang lain daripada hotdog kat Malaysia. Kalau tak silap aku, satu paket harganya lebih kurang 1.50 euro. Oklah tu.

Halalan toyyiban

Kaesespaetzle – cheese spaetzle. Satu-satunya masakan orang Jerman yang aku makan. Lain-lain ada babi. Lebih kurang macam┬ámacaroni & cheese.

Kalau tak hujan atau hari panas terutamanya, aku pasti akan melawat kedai aiskrim ni. Aiskrim kon berharga sembilan posen euro. Dengar harga sembilan posen rasa macam murah je, tapi bila fikir balik kalau tukar ke dalam RM dan dikira berdasarkan bilangan hari yang aku pergi makan aiskrim, banyak lah jugak. err.. Takpe2. Kat Moscow bukan selalu makan aiskrim hari-hari.

Kenapalah takde aiskrim jagung kat sini..

Aku suka roti. Kalau kat Malaysia, memang rajin singgah bakery. Walaupun kat sini orang semua makan roti, tapi taklah setanding macam kat Malaysia. Tak banyak pilihan dan walaupun dibeli di bakery, roti/pastry yang mereka hasilkan adalah keras.

Aku happy masuk kedai ni yang terletak di Stuttgart. Rasa macam nak datang balik and beli something untuk bawak balik.

Muzium Porsche & Mercedes ada kat Stuttgart.

Kat negara empat musim memang tak wujud pasar malam sebab waktu malam memang sejuk. Ada pasar pagi je.

Last but not least, always a welcoming sight.

Siapa chef yang aku ceritakan atas tadi? Aku la. hehe..

Comments

  1. fatin says

    bestnye! Lagi2 nak puasa ni, haruslah enjoy mknn :D Ada plan pg amsterdam tak? Igt nk delay flight kat amsterdam utk jln2 tp tak taw nk g mne je nnt..