Jalan-Jalan Eropah (Siri 1)

Reading Time: < 1 minute

Jalan-jalan ni tak dirancang langsung. Yeah, memang kerja gila. Sebenarnya dah lama nak pergi satu tempat ni, 5 tahun aku tunggu. Tiba-tiba tahun ni dapat peluang nak pergi, timing pun cantik. Jadi malam kelmarin bincang dengan kawan yang tinggal di Jerman, dia confirm semalam dan aku terus beli tiket untuk hari ni. Gila tak?

Duit Euro ni besar gedabak

Beli tiket sehala je dari Moscow, jadi tak tau bila kembali ke Moscow semula. Aku dapat rasakan perjalanan kali ni agak jauh. Harap takde apa-apa masalah. Sekarang berada di lapangan terbang antarabangsa Sheremetevo. Masa tiba di sini awal-awal dulu, mendarat di lapangan terbang ini. Banyak yang dah berubah, terminal baru telah dibina. Sangat aman damai berbanding lapangan terbang Domodedovo di mana berlaku tragedi pengeboman dulu.

 

Selama aku menggunakan lapangan terbang di Moscow ni, bahagian imigresen sentiasa penuh sesak.  Pegawai pun semuanya muka bengis je. Kat sini lain, siap boleh borak tanya pasal studies aku kat sini. Ohh.. aku suka airport baru.

 

Aku masih tak nak bagitau destinasi aku. Boleh lihat entri Wordless Wednesday #3 untuk hints. Ada yang boleh dipakai tu. Boleh juga tengok live blog aku sebab aku update selagi phone ni boleh hidup. Bateri tu tolonglah jangan mati. Susah aku kat Jerman nanti.

Oklah kasi can, aku tunjuk boarding pas aku. Nasib baik aku baik. Sekarang dah tau kan mana destinasi aku.

Perrghhh.. mengantuk ni. Tidur pukul 1 pagi, pukul 3.30 terbangun sekali, pukul 4.40 terbangun lagi. Last-last pukul 5.00 pagi baru betul-betul sedar. Lepas call orang jauh, mandi dan bersiap, pukul 6.30 keluar hostel. Naik bas je sebab airport tu dekat. Nasib baik takde traffic jam. Nantikan update seterusnya.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Jalan-Jalan Eropah (Siri 1)”

  1. pilotHans Avatar

    wow, im starting to read…..byk siries lagi..nice…..feeling exited plak! haha…

  2. hanisaleeya Avatar

    rindu “orang jauh” T_T

  3. ohcikgu Avatar

    wahh..gi moscow rupanya..

  4. nasslimdiet2 Avatar

    bestnya dapat jalan-jalan. bila la aku nak pi melancong ke luar

  5. Richie Avatar

    do wit mo lan
    ado duit sumo jalan
    ade duit semua jalan..
    hahaha

  6. Afiq Ikhwan Avatar
    Afiq Ikhwan

    bertuah la awk dpt jelajah bumi orang.. ^_^

  7. haiqal Avatar

    Impian aku masa belajar-Nak bercuti ke ovc since ada kawan belajar kat sana.So,kalau penginapan boleh cut cost.wee.Probaly Ireland.InsyaALLAH.:)

  8. el Avatar

    ngeh! gi la jalan2 kat dresden..cantik..bt dah kt german..gi blackforest!

  9. Lord Zara Avatar

    Pergh Ariff.
    Cemburu aku ni. =.=

  10. wawa Avatar

    munich..! have a great time ariff.. enjoy

  11. namia Avatar
    namia

    selamat bercuti ariff .. semoga perjalanan pergi dan kembali selamat hendak nya

  12. Amir Said Avatar

    wah bestnya. dah lama bercita-cita nak pergi Europe..

  13. akie Avatar

    haha, salah2.. bkan munich :D

  14. Mr.Bintang Avatar

    hehehe… awal2 lagi aku da tau ko g munich :p lalalala..

  15. *Dari KELATE ke COPENHAGEN* Avatar

    Alang2 ke Munich tu, dan kalau singgah ke copenhagen..roger2 la ya
    Enjoy your Eurotrip!

    1. ariff Avatar

      Ok. Kalau singgah nanti aku roger. Ada tourist guide. hehe..

  16. Pacifsta - X Avatar

    salam…

    “Gila tak?”
    cukup gila untuk orang yang waras :p

    “Pegawai pun semuanya muka bengis je”
    cukup bengis untuk jadi pegawai imegresin :)

    ingatkan tak sempat nak update bila ‘out station’.hehe…

  17. izwan Avatar

    wah german…terus igt bmw :P

  18. namaakulynn Avatar

    ekspidisi ‘ariffshah the explorer’ bakal bermula.have a nice hols!pics kasik byk2. ;)

  19. fadzioriq Avatar

    wah tak best nyer~duk moscow, jejalan kat german~huhu
    tak sabar nk keje leh g jejalan nanti~hehehe

  20. Izryn Avatar

    Munich….ntah bila dapat ke sana…

  21. ekspresiruang Avatar

    gi munich tu, jgn lupa gi Allianz Arena waktu malam. tgk stadium tu tukar2 kaler. hehe. munich aku pernah pergi 2 kali. KFC kat area Marienplatz tu halal. skg tak sure la sbb tu last 2 years :)

  22. nur hidayah isa Avatar

    pergi Munich kan. heheh

  23. naimulfirdaus Avatar

    tak nampak pasal kecik sangat gambar tu..

  24. queen Avatar

    HAVE A NICE HOLIDAY!