Jalan-Jalan Eropah (Siri 8) – Reims, France

On the way to Paris, singgah ke Reims sekejap untuk malam tu. Kalau naik train, memang tak dapat singgah bandar-bandar kecil ni. Lagi satu, kalau drive sendiri, tak payah susah-susah sewa hostel. Sekarang peak season, tiket train + tempat tinggal memang mahal semuanya. Tidur dalam kereta sudah.

Keperluan seperti internet dan tandas wajib ada berdekatan tempat kereta di letakkan (tempat tidur). Mc Donald’s biasanya mempunyai kedua-dua kemudahan ini, jadi kalau travel dan overnight di sesebuah bandar, pastikan kita dah tau lokasi Mc Donald’s di bandar tersebut.

Reims ni terletak lebih kurang 100km dari Paris. Bandar tak popular, tapi bandar-bandar kecil sebeginilah yang lebih cultural berbanding bandar tumpuan pelancong seperti Paris. Kalau mengembara di negara orang, pergi ke tempat macam ni, bandar kecil yang tak sesak dengan orang asing.

Sebelum terlupa, kalau drive masuk France kena get ready bayar tol tolol. Kawan aku cakap sebelum ni takde sangat, sekarang makin banyak tol dia. Toll dalam Euro, jadi kalau perjalanan pegi balik keluar Paris, sediakanlah dalam 70 Euro untuk bayaran tol.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments