Jalan-Jalan Eropah (Siri 5) – Bandar Biberach An Der Riss (1)

Bandar ni adalah sebuah bandar kecil di bahagian selatan Jerman, negeri Baden-Wurttemberg. Suasana kat sini memang aman, tak banyak kereta dan semuanya within walking distance. Rasanya kalau aku kaya raya nanti nak beli rumah satu kat sini, boleh jadi hideout kalau melawat Eropah lagi. haha. Angan-angan..

 

Orang di negara maju ni lebih peramah dan welcoming berbanding negara-negara lain. Sebenarnya status ekonomi sesebuah negara tu yang mencorakkan budaya dan keterbukaan rakyat mereka. Kalau negara kaya, rakyat sendiri hidup senang, mereka tak kisah sangat dengan orang luar yang datang, malah lebih gembira kerana orang lain menghargai negara mereka.

 

Segala keperluan asas ada di sini. Ada juga keluarga berbangsa Cina dari Malaysia membuka kedai makan di sini. Restoran halal kepunyaan orang Turki pun ada. Kawan aku ni dah 2 tahun tak balik Malaysia sebab hidup kat sini memang selesa dan tenang. Aku pun kalau belajar sini memang tak balik langsung, takde stress langsung.
 

Galeri gambar dipecahkan kepada 2 sebab banyak sangat gambar bandar ni. Lagi satu supaya menambahkan pageviews. Cuba korang tolong aku klik ads sikit, baru semangat nak update banyak-banyak.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments