Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar

Kali kedua menjejakkan kaki ke Alor Setar atas tujuan kerja. Memang best kadang-kadang dapat keluar dari KL, lagi best kalau tak perlu keluar duit sendiri. hehe..

Jadi entri ni nak cerita pasal makan jelah. On the way ke Alor Setar, stop di Puncak Mutiara Cafe, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Not bad tempat ni and very unique. Walaupun terletak dalam kawasan kampung, tempat ni memang akan sesak dengan pengunjung on weekends dan cuti sekolah. Specialty diorang adalah kambing dan kambing semua mereka ternak sendiri. Tempat ni asalnya adalah pusat ternakan kambing dan mereka branch out buka bisnes restaurant.

puncak-mutiara-cafe

The unique thing about this place is customer makan di gazebo masing-masing. Really private and relaxed.

nasi-Beriani-Paha-Kambing

Nasi Beriani Peha Kambing. Ok la.. Harga dalam RM25 camtu.

kambing-puncak-mutiara

Kambinggggg..

kandang-kambing

Sebahagian daripada kambing yang dibela. Besar lagi kandang ni sebenarnya.

Nothing much kat Alor Setar walaupun tajuk entri ni jalan-jalan cari makan Alor Setar. Kerja macam biasa. Alignment and symmetrical check pada kapal Pilatus.

ariff-shah-work

Teropong guna benda alah theodolite ni memang boleh mengundang makian.

Macam biasa kalau ada job kat Alor Setar ni kami akan menginap di Holiday Villa, Alor Setar. Rasanya Holiday Villa paling mahal kat situ, tapi kualiti dan servis hotel ni memang makin teruk. Bilik takde air panas dan masa sampai haritu house keeping lupa nak letak tuala. Breakfast pun ala kadar je buat; meehoon kosong, nasi goreng terlebih masin. Kalau ada hotel lain yang better, memang dah pergi.

Habis kerja, jalan-jalan cari makan malam. Dimulakan dengan mee ketam. First time makan mee ketam ni. Tapi mee ketam ni bukanlah di Alor Setar sebaliknya di Kampung Bagan Nyiur, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Hampir sejam drive malam tu semata-mata nak cari mee ketam ni.

mee-ketam

Mee dan satu ekor setengah ketam di dalamnya

Kebetulan 50 meter dari kedai mee ketam ni ada masjid dan ada ceramah sedang berlangsung. Kereta beratur park tepi jalan. Pergilah singgah kejap. Rupa-rupanya Ustaz Kazim Elias tengah bagi ceramah. Selalu tengok dia dalam tv je kat Astro Oasis / Al-Hijrah sebab dua channel tu je buka kat rumah. Kagum sekejap dapat jumpa hadiri ceramah ustaz selebriti ni secara live.

ceramah-ustaz-kazim

Satu kampung turun..

ariff-shah-ustaz-kazim

Tak dapat stay lama sebab nak kena balik Alor Setar. Jadi bertolaklah kami pulang. Tapi sebelum balik, singgah ke Sungai Dua untuk char kuay tiow kat situ. Tempat ni memang popular dan char kuay tiow dia memang power!

char-kuay-tiow-sg-dua

Memang tak jumpa la char kuay tiow yang power macam ni kat KL

Kalau outstation macam ni memang rosak diet. Susah.. susah. Dua bulan lagi nak naik pelamin ni. Kena strict sikit lepas ni.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

36 Comments