Jalan-Jalan Cappadocia

Sempat singgah ke Cappadocia sebelum pulang ke KL. Cappadocia adalah lokasi wajib pergi sebab rupa tempat ni lain daripada yang lain, memang takkan jumpa kat mana-mana dah. Kami sempat melawat Cappadocia selama dua malam je, cukup untuk join satu tour dan pulang pada hari ketiga. First day sampai dah penat.

Kami menetap di Vista Cave Hotel. Review bagus pada harga yang berpatutan. Kat Cappadocia ni specialty hotel dia adalah boleh tidur dalam gua yang dijadikan bilik hotel. Bukan semua hotel ada bilik ni, jadi kalau ada harganya mahal sedikit berbanding bilik biasa. Disebabkan saya lebih pentingkan keluasan bilik, saya tak ambil bilik ni sebab cave room yang luas rata-ratanya dah terkeluar daripada bajet. Saya lebih suka bilik yang ada balcony dan ada view yang tak terlindung oleh bangunan lain. Gambar kat atas ni adalah view dari balcony kami.

Disebabkan waktu saya pergi tu low season, dapat free upgrade ke bilik yang lebih besar daripada yang ditempah. Low season macam biasa adalah musim sejuk dan tak banyak hotel yang buka musim ni sebab tak banyak pelancong yang datang. Vista Cave tu pun tutup selepas kami pulang sebab takde tempahan dan ownernya ambil keputusan untuk bercuti sampai tourist season seterusnya bermula. Katanya kos terlalu tinggi kalau tinggal di Cappadocia masa musim sejuk, lebih-lebih lagi kalau takde customer.

Satu benda yang best pasal Cappadocia ni ialah bentuk muka buminya yang unik. Boleh kata setiap sudut pandangan kawasa ni adalah Instagramable. Banyak lagi gambar saya nak post kat Istagram. Sabar jelah. Takut orang fed up pulak asyik post Cappadocia je kan.

Nak explore Cappadocia dengan mudah adalah dengan menyertai pelbagai tour yang ada. Mudah pergi dengan tour guide sebab ada transport dari hotel dan pulang ke hotel. Kalau nak sewa kereta dan explore sendiri pun boleh, cuma kami takde masa untuk semua tu. Just datang dan nak relax je.

Ni kat Imaginery Valley. Dari viewpoint kat sini boleh nampak macam-macam bentuk batu

Macam scene dalam movie Indiana Jones pulak kan


Macam inilah rupanya bila batu-batu tadi dah ditebuk untuk dijadikan rumah. Ada yang dah ditinggalkan dan ada yang masih berpenghuni. Cuma yang untuk kawasan tourist ni takdelah jadi tempat tinggal orang.


Kalau cakap gambar ni ambil kat Planet Marikh pun orang boleh percaya.

Naurah tengah tidur masa ni. Tinggalkan dia dalam van dengan tour guide. Dapatlah tangkap gambar berdua. Nasib baik rakan satu tour group tu baik nak tolong ambilkan gambar cantik-cantik.

 

 

Uchisar. Kat sini ada Uchisar Castle yang merupakan lokasi paling tinggi di kawasan Cappadocia. Dulu-dulu tempat ni berfungsi sebagai look out point untuk penduduk di sini. Kalau ada musuh datang, mereka boleh nampak dari sini dan dapat beri amaran kepada penduduk untuk menyorok di dalam underground city. Juga dijadikan kubur di mana mereka percaya lagi tinggi kedudukan kubur, lagi dekat dengan tuhan.



Kalau dah sampai sini, mesti try restoren Topdeck Cave ni. Sedap dan berbaloi. Percayalah. Dari segi harga, semua lebih kurang sama je kat sini. Best thing is, restoren ni pun dalam gua. Setting dia memang romantik.

Kalau first time datang Turki, mesti melawat Cappadocia sebab kalau datang tengok Istanbul je memang boring. Bajet hotel dalam 30 Euro dah boleh dapat satu bilik semalam. Cari dalam Booking.com (register dan dapatkan $15 sekarang) untuk latest deal. Tak perlu lama pun, pergi tiga malam cukup dah. Yang first time ni just datang tengok-tengok je dulu. Kalau betul suka, baru datang second time untuk betul-betul kenal tempat tu macam mana.



Booking.com

Boleh follow Instagram saya @shahariff untuk gambar-gambar lain. Saya dalam proses nak kemaskini dan upload balik gambar best-best daripada travel sebelum ni. Also, read my previous blogposts tentang Jalan-Jalan di Turki.

  1. Persiapan Saya ke Istanbul
  2. Jimat Duit di Istanbul
  3. Jalan-Jalan Istanbul – My Story

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply