Jalan Jalan Beijing (Part 5)

Dengan bayaran yang agak murah, memang setimpal trip kali ini. Sebabnye..

Makanan dah lah banyak, sedap pulak tuh, gambar kat atas tuh untuk makanan tengah hari, kalau pagi bayangkanlah macamane.. untunglah sebab dapat rase masakan Malaysia di masak ala china.

Selepas selesai bersarapan kami ke Forbidden City pulak, sebelum nih dah tgk gambar-gambar sekeliling kan? Sekarang kite tengok dalam nye pulak macamane..

Kalau nak tahu, Forbidden City nih dulu, maharaja je boleh tinggal dan kaum kerabatnye lah… Pembesar tinggal di luar, orang kebanyakan lagi lah tak boleh masuk… Mengenai Tian’anmen Square tuh, merupakan satu dataran besar di depan Forbidden CIty, kalau nak tengok lagi gambar menarik pasal trip ke China nih masuklah laman web nih ye… flickr.com/syahmiafnan889

Selepas puas jalan-jalan dalam Forbidden City tuh pulak kami di jemput untuk minum teh…

Dari Kiri ke Kanan: Teh Oolong, Teh Naga(Red Tea), Teh Jasmine( Green Tea), Teh Pu-erh

Kalau nak tahu lagi pasal teh-teh dalam dunia nih sila lah lawat laman web  starchefs.com. Teh paling mahal sekali sebelah kiri tuh, sebabnye makin lame simpan teh tuh makin sedap dan makin mahal. Paling kurang nak minum umur teh tuh 17 tahun… (Dan boleh buat investment jugak sebenarnye kalau beli teh tuh!)

Dan kenyang minum teh, malam tuh pulak kami lagi sekali pergi ke Wang Fujing Street untuk beli souvenier yang ade.. nak tengok gambar-gambar lagi pergilah ke Flickr saye ye…

Wang FuJing di waktu malam

P/s: Tunggu post seterusnya untuk highlight of the trip! Sebabnye dapat panjat Great Wall! Letih dan berbaloi!

Sneak peek Great Wall China

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments