Skip to Content

Jalan Jalan Beijing (Part 2)

Fuh memang letih flight ke Beijing, nasib baik lah ade in-flight-entertainment. Memang tak bosan lah, tapi flight lame sangat 7jam 40minit, banding dengan mereka-mereka yang pergi London ade lah dalam 3jam lebih flight..

Gereja Kristian Orthodox di BeijingGereja Kristian Orthodox di Beijing

Tapi sesudah aje landing kat Beijing, Fuh! Puas.. Memang puas, sebabnya cuaca sejuk je, nyaman, tak macam cuaca kat Moscow yang sejuk beku, keringkan kulit, sakit betul cuaca musim sejuk die..

Sekarang masalah utama, macamane nak ke hotel? Alamat dah ade, tunjuk kat polis die kate A, tunjuk kat cashier die kat B, tunjuk kat awek Beijing faham bahasa Inggeris die kate C. Memang masaklah kat situ. Dah timbul masalah pertama. Mesti terfikirkan, takkanlah tak naik tren, memang ade, tapi masalahnye, Yan Xiang Hotel yang kita orang nak duduk bukan dekat dengan stesen tren. Jadi ambik teksi lah, mahal pun mahal lah asalkan sampai.

Kedai kedai tepi jalan..Kedai kedai tepi jalan.. Sekali tengok macam kat Jepun pulak

Pemandu teksi memang tak tahu ape bahasa Inggeris, nasib baik phone dah roaming, call lah hotel, akhirnya die bawak jugak kita orang.. Yang lawaknye ade ke nak masuk teksi ikut sebelah kiri kereta (konon nak duk depan lah), sedangkan nih bukan Eropah (bawak sebelah kanan) tapi Asia lah! Tergelak aku sendirian..

Wangfujing Street, lebih kurang macam Petaling Street, tempat membeli-belah buat pelancongWangfujing Street, lebih kurang macam Petaling Street, tempat membeli-belah buat pelancong

Teksi ke Hotel dah agak dah dalam RM 50 (RM1 = ¥2, Sebutan Yuan), tapi alahai, orang teksi pun bawak salah tempat, dapat masuk hotel mewah.. Nasib baik receptionist baik, tolong carikan teksi satu lagi, terangkan arah ke hotel kami tujui. Akhirnya kami sampai setelah 2 jam keluar dari airport, memang penat tapi masih banyak perlu diterokai..

P/s: Nantikan pengalaman cari tempat makan, naik metro (subway di Beijing), serta masalah yang dihadapi masa nak balik ke hotel naik teksi/bus. Kepada yang belum baca, boleh check out Jalan Jalan Beijing Part 1

Related Posts with Thumbnails

Tips Berblogging @blog.ariff:

  1. Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik!
  2. Rahsia Geng Blogger – Dapatkan Score Yang Banyak
  3. Tips Dapatkan Trafik – Apa Yang Boleh Dibuat Selepas Publish Entri Baru
  4. Tips Senang Cari Blog CommentLuv
  5. 7 Tips Untuk Meningkatkan Bilangan Pembaca Blog

18 Responses to “Jalan Jalan Beijing (Part 2)” Leave a reply ›

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Posts linking here

  1. Favicon for http://www.google.com/s2/favicons?domain=www.imcurtain.com IMCurtain.com