Jalan-Jalan Istanbul – Tips Jimat Duit

Istanbul adalah sebuah bandar must go, must see kalau anda belum sampai sini lagi. Bandar ni paling senang nak travel dan explore dan sebagai orang Islam, tak perlu pening hal makanan sebab Turki adalah negara yang mempunyai majoriti rakyat Islam. Satu lagi faktor penting kenapa Istanbul paling senang nak travel adalah disebabkan sistem pengangkutan awam yang setaraf dengan negara maju.

Dengan pengukuhan Ringgit yang dijangka berterusan sehingga tahun hadapan dan kelemahan Turkish Lira, ini adalah masa terbaik untuk melawat negara Turki. Saya mulakan entri ni dari anda sampai ke airport di Istanbul. Entri ni panjang, bookmark dan baca 2-3 kali sebelum anda travel ke Istanbul.

Tukar Duit Lira Di Malaysia

Money changer terbaik di Istanbul

Kalau boleh tukar duit Lira sikit je di Malaysia sebab kadar tukaran yang kurang memuaskan. Masa saya tukar haritu, kadar sebenar adalah RM1.08 = 1 TRY, tapi dapat RM1.20. 11% untung untuk money changer. Bayangkan macam ni, setiap RM1,000 anda tukar, RM110 habis dapat kat money changer je. Banyak tu! Kalau tukar ke Euro, keuntungan yang mereka ambil lebih rendah iaitu sekitar 1.4 – 2% je.

Bergantung kepada perbelanjaan anda di airport semasa arrival nanti, sebenarnya 100 Lira pun cukup dah untuk transfer dari airport, tapi kalau naik metro, lagi murah. Pada saya, orang kaya dan orang yang tak rancang perjalanan mereka sahaja yang jadi tukang kayakan syarikat teksi di airport Istanbul nanti.

Saya juga akan share lokasi money changer yang ambil untung paling sikit pernah saya jumpa di Istanbul, berdekatan Spice Market yang memang semua pelancong akan pergi. Jadi better kurangkan Lira dari Malaysia dan bawalah Euro atau USD.

Airport

Turki adalah negara yang sangat popular sebagai destinasi pelancongan. Boleh kata seluruh pelusuk Turki ada tempat untuk pelancong pergi dan lawati. Jadi tak hairan kalau airport mereka sentiasa penuh, terutamanya di bahagian imigresen. Jangan terkejut kalau tengok line untuk clear imigresen yang sangat panjang terutamanya pada musim panas (April – Julai).

Satu cara untuk elakkan daripada beratur adalah dengan menaiki Business Class ke Turki. Saya tak cadangkan anda beli tiket Business Class, cuma tips ini khas untuk mereka yang kumpul point kad kredit. Dapat upgrade ke Business class untuk tiket sehala pergi ke Istanbul pun cukup dah, balik tak perlu.

Dan kalau tanya saya airline mana terbaik untuk Business Class ke Istanbul, jawapannya Turkish Airlines. Sebab masa landing, anda boleh gunakan Arrival Lounge untuk berehat, mandi dan sarapan sebelum masuk ke kota Istanbul. Percayalah, lepas lebih 10 jam dalam perjalanan, dapat duduk dengan selesa, makan dan mandi adalah satu kenikmatan.

Average umur kapal terbang Turkish Airlines adalah kurang daripada 10 tahun. Kebanyakan kapal terbang baru

Turkish Airlines juga ada menyediakan perkhidmatan Baggage Transfer (tak pasti samada percuma untuk pengguna Business class ataupun tidak) di mana mereka akan bawa beg anda ke hotel dan anda dah boleh terus jalan-jalan sebelum check in ke hotel.

Sebelum anda transfer dari airport, saya cadangkan anda ambil dulu kad sim data daripada mana-mana kedai telco di arrival hall airport. Saya gunakan Turkcell iaitu company yang paling besar dan paling lama di Turki (tapi kiosk mereka kecil sahaja). Kos untuk data sahaja ialah 1 GB 100 Lira, 5 GB 125 Lira. Kalau nak guna selesa dan berkongsi dengan orang lain, ambillah 5 GB tu terus. Turkcell ni sampai Cappadocia pun dapat, so don’t worry.

Transfer dari airport adalah kos paling besar pertama yang majoriti pelancong bayar ketika di Turki. Orang Turki rata-ratanya memang naik metro terus sebab stesen metro tak sampai 300 meter dari arrival hall international. Turun lift dah nampak pintu masuk stesen metro. Kalau dari domestic airport, jauh sikit jalannya. Kos untuk transfer airport adalah seperti berikut:

  • Metro: 6 Lira Istanbulkart + 2.6 Lira tambang  ke Yenikapi + 2.6 Lira tambang tram ke Sultanahmet = 11.2 Lira
  • Teksi kuning / Yellow Cab: Base fare 60 Lira + time + toll = ~ 90 – 120 Lira
  • Uber = 85 Lira
  • Airport transfer (melalui kiosk) = Bermula dari 100 Lira

Nampak kan bezanya macam langit dengan bumi. Kalau naik metro, anda confirm dapat tempat duduk sebab stesen kat airport paling hujung. Perjalanan dari airport ke Sultanahmet mengambil masa yang lebih kurang sama je sebab traffic jam.

Kalau tak nak tukar naik tram, naik metro sampai stesen Yenikapu kemudian naik teksi ke hotel anda. Kos teksi antara 15-25 Lira dari sini. Still lagi jimat.

FYI. Istanbulkart tu wajib ada kalau jalan-jalan sekitar Istanbul. Macam kad Touch n Go cuma taklah dia nak tolak service charge kalau top up atau nak guna kat tempat lain macam nak masuk tandas. Ada tandas berbayar yang terima penggunaan Istanbulkart. Lagi satu, kalau beli tiket transit sekeping, harganya jadi 5 Lira untuk satu trip. Dengan Istanbulkart, 2.6 Lira je.

Macam yang saya share sebelum ni tentang persiapan sebelum ke Turki, guna app Trafi untuk tahu mana nak naik dan nak naik apa untuk ke lokasi yang anda ingin tujui. Senang je.

Tukar Duit

Dah bawa duit sikit tadi mesti nak tukar duit kan. Ok. Rule pertama, kalau nak kayakan money changer, silalah tukar duit di Sultanahmet. Memang confirm jadi korban. Dah elok save duit tak tukar kat Malaysia, jangan jadi mangsa kat Istanbul pulak.

Money changer terbaik di dunia yang pernah saya jumpa terletak di kawasan Spice Market (bukan di dalam), Angun Doviz. Kat kawasan ni kebanyakan money changer dah ok, tapi yang saya jumpa ni terbaik. Mereka ambil untung dalam 0.5 – 1 Lira sahaja untung untuk tukaran dari Euro dan USD ke Lira. Gila. Takde komisen, takde hidden cost. Mungkin volume mereka sangat besar yang membolehkan mereka bagi spread kecil macam ni.

Jangan pergi tempat lain sebab memang saya tak jumpa dah money changer yang boleh bagi rate sebagus kat sini dalam Istanbul. Another thing, bila nak balik, tukarlah duit lebihan kepada USD/Euro kalau tak rancang nak beli apa-apa di airport.

Kat airport harga semua benda mahal walaupun tax free, so jangan fikirlah nak beli souvenir, baklava, Turkish delight, fridge magnet atau apa-apa sahaja di sini. Mahal tu maksud saya benda yang boleh beli harga 4 Lira di bandar seperti fridge magnet akan jadi 4 Euro di airport. Settlekan semua shopping anda di bandar dan tukar semula duit lebihan ke USD/Euro sebelum pulang. Tukar duit Lira di Malaysia macam biasa akan kena sebelih dengan money changer.

Makan

Sehzade Cag Kebab berdekatan Sultanahmet. Antara kebab yang sedap dan unik

Food portion kat Turki ni besar, boleh kongsi dua orang. Satu meal bermula dari 15 Lira. Makanannya semua sama, ayam/daging/kambing panggang dan kebab. Kena pandai cari kedai specialty. Alah. Macam kat Malaysia la, sana sini ada kedai nasi lemak, roti canai, tapi tak semua tempat sama. Ada tempat sedap untuk food tertentu sahaja. Itulah gunanya app Zomato yang saya share sebelum ni.

Untuk save duit, elakkan ambil breakfast di hotel. Biasanya masa booking anda akan dicaj dalam 5 Euro sehari sekepala untuk sarapan. Tak perlu sebab sarapan di Turki ni memang tak kena langsung dengan tekak orang Melayu. Makanan panas yang ada hanyalah telur mata kerbau dan pancake kalau anda bernasib baik. Lain-lain adalah seperti kek, biskut, breakfast cereal, sayur dan pelbagai jenis buah zaitun. Mereka memang tak pandai continental breakfast.

Lagi bab makan. Saya jarang makan di kawasan Sultanahmet kecuali kalau terpaksa. Biasanya food kat kawasan tourist ni semuanya cukup rasa je, takde keistimewaan, harga standard untuk tourist. Kalua boleh, cari kedai yang memang jadi tempat orang tempatan makan. Biasanya kedai untuk orang tempatan ni tak selesa sangat, sempit dan kecil, tapi ada value dari segi cara penyediaan, rasa dan harga makanan. Kos makan kat kedai cantik-cantik untuk tourist of course mahal sedikit berbanding tempat orang tempatan.

Tempat Tinggal

Bilik kami di Cappadocia

Saya book kediaman guna Booking.com. Untuk pengetahuan, booking.com ni blocked dalam Turki, tapi anda masih boleh guna kalau book dari Malaysia. No issue.

Bagi first timers, Sultanahmet adalah kawasan yang paling sesuai untuk anda sebab anda mesti nak lawati tempat wajib seperti Blue Mosque, Hagia Sophia & Topkapi. Hotel semua lebih kurang je, yang bezanya adalah saiz dan lokasi hotel.

Kalau nak adventure sikit dan nak lebih nilai, boleh tinggal di kawasan Karakoy. Masih lagi berdekatan dengan Sultanahmet dan kawasan ni pun merupakan kawasan yang wajib pergi sebab ada Galata Tower dan Istiklal Street. Kediaman kat sini lebih besar dan mewah pada kadar harga yang lebih kurang sama dengan yang ada di Sultanahmet. Highly recommended.

Bagi yang book di Booking.com guna link saya akan dapat 10% untuk booking dia.

Cappadocia

Rumah dalan gua di kawasan Uchisar Castle

Lagi sekali, untuk first timers, confirm nak pergi tengok Cappadocia kalau ada bajet kan. Tempat ni adalah salah satu natural world wonder, memang unik kat sini je. Jadi tak rugi datang sini.

Bagi yang tak nak ambil pakej tour macam saya, saya share kos travel ke sana.

Flight tiket – Bermula 190 Lira seorang pergi-balik kalau anda book kena pada masanya.

Transfer airport – 30 Lira seorang sehala, 60 Lira pergi balik. Kalau ambil pakej hot air balloon, dapat free.

Tour – Ada pelbagai tour di kawasan Cappadocia. Paling common adalah Red & Green tour. Red tour hari tu saya dapat 100 Lira seorang, quoted 110 Lira. Green 120 Lira. Jangan lebih daripada harga ni, kalau anda dapat lebih murah, share kat bahagian komen macam mana boleh dapat. Tour ni all in dari pagi sampai petang, transport, lunch, museum ticket & guide.

Gambar paling banyak kat Cappadocia. Memang unik

Dalam tour nanti anda akan dibawa ke kedai jual barangan tembikar sebab mereka ada industri pembuatan barangan tembikar di Cappadocia. Guide akan cakap anda boleh dapat 75% off daripada harga yang dipamerkan dan harga tu untuk pelancong lain yang datang secara walk in. Jangan tertipu, mintak harga kurang lagi kalau beli banyak.

Ada satu restoren sedap kat Cappadocia bagi mereka yang menetap di Goreme, Top Deck Restaurant. Saya tak tipu, memang sedap sebab chef yang sediakan makanan. Restoren kecil je dalam gua. Harga bepatutan dan disebabkan Cappadocia tu tempat pelancongan, harga makanan pun faham-faham jelah macam mana. Kebanyakan restoren charge harga yang standard untuk tempat macam ni, tapi tak semua yang value for money. Jadi dah alang-alang bayar mahal tu, makanan tu mestilah sedap kan.

Scam di Istanbul

Hati-hati di kawasan Sultanahmet. Penyeluk saku ada, budak-budak gipsi minta sedekah secara paksa ada dan kutu yang duduk kat mesin tiket pengangkutan awam pun ada. Kutu ni biasanya tunggu kat mesin beli tiket dan katakan anda nak top up Istanbulkart, jadi dia pun tunjuklah lebih kurang macam mana walaupun sebenarnya anda dah tahu. Bila dah complete, dia akan minta duit dan anda pula akan terasa macam kena bagi supaya dia tak kacau anda.

Saya tak sempat panjat Galata Tower ni untuk tengok view dari atas. Alasan untuk pergi Istanbul lagi sekali

Lagi satu scam yang saya jumpa masa di Karakoy, tengah jalan kaki nak panjat bukit menghala ke Galata Tower, scam pembersih kasut. Anda jalan, tiba-tiba si pembersih kasut ni melintas tepi anda dan terjatuhlah berus kasutnya. Anda panggil dia dan inform berus kasut jatuh, dia ucap terima kasih dan panggil anda ke tepi konon untuk bersihkan kasut anda sebagai nak balas budi.

Kalau pergi, dia akan bersihkan sebelah je dan lagi sebelah dia minta duit. Anda pun terpaksa bayar sebab takkan la nak jalan dengan kasut sebelah kotor sebelah bersih kan. Jadi tak pasal-pasal daripada tak kena keluar duit, dah kena keluarkan duit padahal selama ni tak kisah pun kasut kotor ke bersih. Scam ni popular dan sebab saya dah pernah baca pasal benda ni di web lain, saya tak kena.

Shopping di Grand Bazaar & Spice Market

Saya tak beli apa-apa di Grand Bazaar dan Spice Market.

Sebab dah pergi Morocco, medina di Marrakech lebih menarik dan macam-macam berbanding Grand Bazaar & Spice Market. Still a good place to go dan saya suka Grand Bazaar sebab bersih. In fact, Istanbul in general bersih, bawah sikit je berbanding Jepun/Singapore, better than Kuala Lumpur.

Lagi satu, berbanding medina di Marrakech, masuk Grand Bazaar dan Spice Market ni tak sesat sebab susunan kedainya yang teratur dengan laluan yang memang nampak jelas. Jalan sorang-sorang pun ok lagi kat Grand Bazaar. Kalau kat Marrakech, confirm sesat. Bila sesat dan tanya orang jalan keluar, mesti nak kena bayar orang tu.

Kalau nak beli baklava atau Turkish delight, beli yang branded je. Ada beberapa local brand yang memang buat baklava fresh. Beli di kedai jenama tersebut, bukan kedai tepi jalan.

Nak beli barangan fabrik seperti tudung print atau cashmere? Beli di luar Spice Market sebab yang kat luar tu kebanyakannya kedai wholesale, tapi ada yang jual runcit. Spice Market tak seronok sangat, sebab tak banyak barang yang ada dan penjual semua jenis agresif. Fed up jadinya.

Dua tempat ni untuk cuci mata sahaja, kalau nak beli, biarlah masa kali kedua anda ke sana sebab memang tempat lain dah takde benda yang dicari.

Tiket Feri

Selain Prince Island, banyak lagi lokasi lain boleh pergi dengan feri pada kadar tambang yang murah

Kalau dah sampai Istanbul, naik feri adalah satu kewajipan sebab murah bangat! Kos perjalanan pergi balik 5.2 Lira dengan perjalanan sehala dalam 90 minit untuk pergi ke Prince Island @ Buyukada. Kalau tak nak jauh sangat, guna app Trafi dan cari route feri yang dekat-dekat seperti Uskudar atau Besiktas. Memang money well spent dengan bersiar-siar naik feri sekitar Istanbul.

Ada tour naik feri 12 Lira seorang kat jeti. Tapi saya tak naik tour tu. Macam tak perlu, cuma kalau nak dengar cerita pasal kota Istanbul, bolehlah try. Saya jalan dengan anak kecil, kurang fleksibiliti nak ikut tour ni semua.

***

Standard of living kat Istanbul lebih tinggi berbanding Malaysia, jadi kosnya pun tinggi sedikit tapi tak semahal bandar Eropah lain. Saya jatuh cinta dengan kota ni dan kalau ada rezeki, nak cari business partner di sini. At least kalau ke sini, lebih selesa dan macam-macam lagi boleh dibuat dan teroka berbanding kalau pergi ke negara Eropah lain.

Kalau nak jimat duit masa travel dan elakkan daripada keluarkan duit untuk perkara yang tak perlu, memang perlu ada perancangan rapi sebelum travel. Kalau tak, siap jelah duit lebih untuk perkara yang tak diduga.

Istanbul dan negara Turki secara amnya bukanlah destinasi pergi sekali dah cukup. Terlalu banyak tempat menarik, bandar dan lokasi bersejarah yang boleh dilawati. Saya yakin bagi mereka yang dah pernah melawat kota ni, mesti akan datang lagi.

Pernah ke Istanbul? Sharekan apa yang anda suka pasal trip anda di bawah. Bercadang nak pergi? Boleh baca entri tentang persiapan saya ke Istanbul. Baca sambungan blogpost ini, Jalan-Jalan Istanbul – My Story.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply