Jadual Peribadi Kehidupan Harian Steve Jobs

Jadual ini ditemui dalam iPad kepunyaan Steve Jobs. Menunjukkan perincian tentang aktiviti hariannya setelah meletakkan jawatan sebagai CEO Apple.

 

haha. tak la. Jadual ini dibuat oleh beberapa individu untuk melawak. Tapi apa yang digambarkan Steve Jobs sebagai seorang yang memang control freak adalah benar. Pernah dalam satu kes Steve Jobs menghubungi pekerja di Google tentang warna yang tidak betul pada huruf ‘O’ dalam logo Google semata-mata untuk memberitahu dan meminta mereka untuk memperbetulkannya secepat mungkin. [berita penuh]

Panggilan itu dibuat pada hari Ahad, Januari 2008. Aku yakin tak ramai CEO dalam dunia ni yang sanggup untuk meluangkan hari Ahad mereka dengan meneliti sesuatu berkaitan kerja. Dan untuk menyedari gradient warna yang tak betul pada huruf dalam logo Google tersebut memerlukan tahap kepekaan atau attention to detali yang sangat tinggi.

Mungkin pada sesetengah orang, ini adalah perkara kecil tapi apa yang dibuktikan di sini adalah Steve Jobs merupakan seorang yang perfectionist. Aku yakin dia mengambil tahu tentang segala-galanya berkaitan Apple, bermula daripada pembangunan produk sehinggalah kepada rekabentuk Apple Store. Sifat seperti inilah perlu ada pada CEO GLC kita.

Aku bangga dengan Steve Jobs kerana aku juga seorang perfectionist. Therefore, I am destined for greatness!

Apa-apa pun jadual atas ni memang kelakar. iPhone 8.. iPad 6.. hologaphic Facetime.. Apple television.. Apple mothership.. haha! Aku rasa Steve Jobs pun confirm gelak terbahak-bahak kat rumah bila baca jadual ni.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

39 Comments